Malaysian Attention Engine
Live wire
85General : PM Anwar To Table 2027 Budget In Dewan Rakyat This Afternoon84General : Budget 2027: STR, SARA Aid Raised To RM150 A Month - Anwar74Business : Govt To Provide 50 Acres Of KL Land Worth RM1 Bln For Bumiputera Agenda73Syarat ketat potongan cukai perbelanjaan gaji pekerja asing67Perbelanjaan pembangunan naik, lonjakan projek baharu belum ketara66Elaun pendidikan khas murid autistik meningkat ke RM200 sebulan66Semua doktor yang tamat latihan siswazah ditawarkan jawatan tetap secara automatik65General : Road Transport Act To Be Amended To Compel Compensation From Drunk Drivers - PM Anwar61Belanjawan 2027: Rakyat dijangka nikmati lebih banyak manfaat60General : Budget 2027: RM160 Mln Package To Boost e-Hailing, p-Hailing Workers' Income60Peruntukan Jualan Rahmah, Agro Madani naik kepada RM750 juta57Belanjawan 2027: Johor Bahru bakal laksana e-ART, Lembah Klang dapat RM100 juta atasi banjir kilat
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Raja Muda Perlis promosi potensi negeri di Uzbekistan

Only social or community posts, or a single source.

Attention
20
no previous hour
Momentum
24
0 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 9 Oct, 14:28 MYTLatest activity 9 Oct, 14:28BMconfidence 60%

What happened

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan merasmikan Promosi Masakan Perlis di Hadith Hotel, Samarkand, Uzbekistan. (Gambar Istana Arau) PETALING JAYA: Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mengetengahkan potensi negeri itu dalam sektor pelancongan Islam, makanan halal dan pendidikan menerusi beberapa program di Samarkand, Uzbekistan. (Free Malaysia Today, 14:28)

Read the reporting

1 report
Photo: Free Malaysia Today
Free Malaysia Today·News·BM·2 min read

Raja Muda Perlis promosi potensi negeri di Uzbekistan

By FMT Reporters · 9 Oct, 14:28 MYT

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan merasmikan Promosi Masakan Perlis di Hadith Hotel, Samarkand, Uzbekistan. (Gambar Istana Arau) PETALING JAYA: Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mengetengahkan potensi negeri itu dalam sektor pelancongan Islam, makanan halal dan pendidikan menerusi beberapa program di Samarkand, Uzbekistan.

Usaha memperkenalkan Perlis di peringkat antarabangsa itu turut melibatkan kerjasama strategik antara Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin (UniSIRAJ) dengan Islamic Civilization Center in Uzbekistan (ICCU), selain penganjuran Seminar Warisan Nabawi Antarabangsa (SWAN) kali ke-10.

Menurut kenyataan media, inisiatif berkenaan bertujuan memperkukuh kedudukan Perlis sebagai destinasi pelancongan mesra Muslim, di samping memperluas jaringan kerjasama pendidikan dan kebudayaan dengan Uzbekistan.

Sebagai sebahagian daripada usaha itu, Tuanku Syed Faizuddin berkenan merasmikan Promosi Masakan Perlis di Hadith Hotel, Samarkand, bagi memperkenalkan keunikan makanan tradisional negeri tersebut kepada masyarakat antarabangsa.

Program yang diadakan bersempena SWAN 2026 itu dianjurkan Hadith Hotel dengan kerjasama Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis, Yayasan Tuanku Fauziah (YTF), Kedutaan Besar Malaysia di Tashkent, FAMA Perlis, UniSIRAJ dan RG Food Industries Sdn Bhd.

Ketua cef Hadith Hotel Ravshan Kadirov turut menyediakan hidangan istimewa kurma daging Perlis untuk diperkenalkan kepada tetamu.

Turut berangkat Raja Puan Muda Perlis Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil bersama anakanda puteri Sharifah Farah Adriana Jamalullail.

Promosi berkenaan bukan sahaja bertujuan memperkenalkan warisan makanan Perlis sebagai sebahagian daripada identiti budaya Malaysia, malah membuka peluang memperluas kerjasama pelancongan dan mengeratkan hubungan rakyat kedua-dua negara.

Sementara itu, Duta Besar Malaysia ke Uzbekistan, Rafeedah Abdul Aziz berkata pihak kedutaan giat mempromosikan kempen Melawat Malaysia 2026-2027 di Uzbekistan, Kyrgyzstan dan Tajikistan bagi menarik lebih ramai pelancong dari rantau Asia Tengah.

Beliau berkata hubungan antara rakyat Malaysia dan Uzbekistan juga semakin berkembang, didorong kemudahan penerbangan terus Kuala Lumpur-Tashkent yang dikendalikan Uzbekistan Airways dan Batik Air.

Menurutnya, kedua-dua negara mempunyai potensi besar untuk memperluas kerjasama pelancongan, khususnya menerusi pertukaran budaya, warisan sejarah dan khazanah peradaban Islam.

Katanya, selain Tashkent, bandar bersejarah seperti Samarkand, Bukhara dan Khiva menjadi antara destinasi pilihan rakyat Malaysia yang ingin meneroka sejarah Laluan Sutera serta perkembangan tamadun Islam.

Bandar berkenaan turut mempunyai kaitan dengan sejarah keilmuan Islam di Asia Tengah, termasuk sumbangan tokoh ilmuwan seperti Imam al-Bukhari, al-Khawarizmi, al-Biruni dan Ibnu Sina.

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow16:0017:00
Latest 17:13 MYT
20New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Free Malaysia Today) source

Where it started

Free Malaysia Today (News)
9 Oct, 14:28 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Free Malaysia Today
    14:28

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Free Malaysia Today

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

Raja Muda Perlis promosi potensi negeri di Uzbekistan · Malaysian Attention Engine