Malaysian Attention Engine
Live wire
40Malaysia pertimbang anjur F1 secara berkala, kerjasama negara lain40Dua kapal berdaftar di Singapura ditembak di Selat Hormuz, satu tenggelam39Kerajaan akan wujudkan jawatankuasa kerja selaraskan penguatkuasaan produk asing39Menteri Pertanian Jepun letak jawatan angkara kontroversi39General : Next-of-kin of Four MOH Heli Crash Personnel To Receive Monthly Pension From Oct 21 - Dzulkefly39Bangkai kapal tertua dunia ditemui di perairan Turkiye36Pegawai kerajaan maut ditikam suami36Kerajaan berusaha ringankan beban pemandu teksi – PM Anwar34Meet the XBOX Nano Controller34Malaysia: Seascape Energy receives Letter of Agreement from PETRONAS regarding acreage expansion around Temaris Cluster PSC34Haze turns Indonesian skies orange, shuts East Timor schools34Guru tuisyen ditahan lakukan amang seksual terhadap lima pelajar lelaki
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Ramziela akui dipandang serong dek status penyanyi kelab

Only social or community posts, or a single source.

Attention
31
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 15 Oct, 23:10 MYTLatest activity 15 Oct, 23:10BMconfidence 60%

What happened

Ramziela akui dipandang serong dek status penyanyi kelab (Harian Metro, 23:10)

Read the reporting

1 report
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·2 min read

Ramziela akui dipandang serong dek status penyanyi kelab

By Norhayati Nordin · 15 Oct, 23:10 MYT

norhayati_nordin@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Penyanyi era 1980-an dan 1990-an, Datin Ramziela Radzillah, 61, tidak menafikan pernah dipandang serong oleh segelintir masyarakat kerana status sebagai penyanyi kelab yang dianggap berperilaku tidak baik.

Ramziela berkata, beliau yang aktif menyanyi di kelab pada era itu bagaimanapun tidak menghiraukan cakap-cakap orang kerana tanggapan negatif sekadar andaian mereka sahaja.

"Orang dulu pun ada yang pandang serong kepada penyanyi-penyanyi kelab. Tetapi, bagi saya situasi sebenar tidak seperti itu. Saya lagi 'respect' (hormat) kalau penyanyi kelab sebab saya tengok cara mereka bila menyanyi umpama macam giat belajar.

"Boleh lihat macam mana awak belajar 'deliver' untuk persembahan, nak menyanyi dan paling 'best' dapat belajar banyak genre lagu, banyak bahasa. Macam saya, ketika itu pernah menyanyi di banyak hotel 'area' Bukit Ferringhi, Pulau Pinang.

"Jadi, kita ada pengalaman berdepan dengan banyak pelancong asing ketika buat persembahan. Dari situ, dapatlah kita belajar lagu Jepun, China dan Perancis. Sebab itu, saya senang juga dapat tawaran menyanyi daripada pihak Tourism," katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Katanya, faktor mendorong pandangan serong terhadap penyanyi kelab lebih terarah kepada gaya penampilan yang seksi dan pergaulan terbuka dengan ramai orang.

"Saya dulu pun memang pernah 'seksi gila' orang cakap. Ramai yang cakap cara saya berpakaian memang tidak 'cukup kain'. Kiranya masa itu, saya boleh dikatakan dalam zaman jahiliah sendiri.

"Tetapi, macam saya mungkin lahir dan membesar dalam persekitaran keluarga yang bapa saya adalah tentera, manakala ibu pula daripada famili campuran Inggeris dan Arab termasuk saya bersekolah di mana pelajar jenis bergaul bebas.

"Bila dapat menyanyi pula di kelab masa itu yang era penghibur terkenal luar negara seperti Madonna, mestilah kita akan terikut-ikut gaya pakaiannya. Selain itu, saya pun suka juga cara pemakaian Tina Turner, Bonnie Tyler dan beberapa lagi penyanyi Barat lain.

"Sebab itu kalau perasan gambar 'cover' album-album saya memang seksi. Saya bergaya dengan kain skirt terbelah sana sini ketika itu, tidak ada sekelumit pun rasa nak menggoda orang.

"Saya pakai sebab rasa ia nampak cantik dengan bentuk badan saya yang ketika itu bolehlah kata kecil lagi. Bahkan, apa yang saya pakai memang selesa dan macam orang suka cakap, 'ikut 'trend'," katanya ketawa mengenang kisah lalu.

Katanya, selain mendapat peluang menyanyi di hotel-hotel Malaysia, dia juga pernah menyanyi di hotel Singapura selama lima tahun.

"Pertemuan dengan maestro muzik terkenal, Datuk Ramli MS membawa saya menjadi artis rakaman," katanya.

Pada era kegemilangannya, Ramziela pernah merakamkan lima album iaitu Hati Seorang Wanita, Doa Dan Harapan, Gemilang Cinta, album kompilasi Dir dan terakhir, Mencari Cahaya diterbitkan pada penghujung 1990-an.

Antara lagu popular nyanyiannya adalah Illusi Cinta, Gemilang Cinta, dan Gelora yang antaranya meledak dan berjaya menembusi carta Pujaan 10 Nescafe.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow
Latest 23:55 MYT
31New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Harian Metro) source

Where it started

Harian Metro (News)
15 Oct, 23:10 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Harian Metro
    23:10

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.