
Rayuan kes rasuah bekas pegawai TH didengar 20 Januari
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 20 Januari depan bagi pendengaran permohonan rayuan bagi sabitan dan hukuman kes rasuah berkait bekas Pengurus Kanan Teknikal di Lembaga Tabung Haji, 11 tahun lalu. (Utusan Malaysia, 13:55)
Read the reporting
4 reports
Bekas pengurus kanan TH rayu sabitan rasuah, hukuman penjara 3 tahun
KUALA LUMPUR: Bekas pengurus kanan Lembaga Tabung Haji (TH) merayu di Mahkamah Tinggi, di sini, terhadap sabitan dan hukuman penjara tiga tahun serta denda RM852,385 kerana menerima suapan berkaitan pelantikan syarikat untuk ubah suai pejabat, 11 tahun lalu.
Zaharuddin Hamid, 53, sebelum ini didapati bersalah atas tiga pertuduhan oleh Mahkamah Sesyen di akhir kes pembelaan.
Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa secara rasuah menerima suapan berjumlah RM170,477 daripada Yusaidi Mohd melalui syarikat Amaneez Creative Solution menggunakan cek yang didepositkan ke dalam akaun Maybank milik kakaknya, Zanita Hamid.
Wang itu sebagai upah supaya beliau yang ketika itu memegang jawatan Pengurus Kanan Teknikal (Seksyen Pembangunan Hartanah), mencadangkan syarikat Consoline Sdn Bhd dan Syarikat MNB Engineering Sdn Bhd bagi kerja ubah suai pejabat TH Ipoh (IFiC), Perak dan tiga di Johor iaitu TH Muar, TH Batu Pahat serta TH Kluang.
Kesalahan itu didakwa dilakukannya di Maybank Desa Pandan, antara 5 Oktober 2015 dan 24 Mei 2018 mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama.
Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Perbicaraan berlangsung pada 2023 lalu dengan seramai 18 saksi pendakwaan memberi keterangan di mahkamah, manakala pembelaan hanya memanggil Zaharuddin sebagai saksi tunggal.
Pada 30 November 2023, Hakim Mahkamah Sesyen, Rozina Ayob yang mendengar kes berkenaan, menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun serta denda RM852,385 terhadap tertuduh.
Beliau turut memerintahkan tertuduh dipenjara tambahan 15 bulan sekiranya gagal membayar denda.
Dalam penghakimannya, hakim itu berkata, keterangan tertuduh hanya bersifat penafian semata dan gagal melepasi imbangan kebarangkalian.
Mahkamah turut memutuskan pihak pendakwaan berjaya membuktikan ketiga-tiga pertuduhan terhadapnya melampaui keraguan munasabah sebelum mensabitkannya atas semua tuduhan berkenaan.
Bagaimanapun, Mahkamah Sesyen membenarkan permohonan lelaki itu supaya pelaksanaan hukuman penjara dan denda itu ditangguhkan sementara menunggu rayuan.
Pada prosiding di Mahkamah Tinggi hari ini, peguam bela, A Ashok yang mewakili Zaharuddin selaku perayu, memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya sudah menerima rekod rayuan pada pagi ini dan memohon tarikh pendengaran rayuan itu ditetapkan.
Timbalan Pendakwa Raya, Haresh Prakash Somiah selaku responden mengesahkan perkara itu.
Hakim Noor Ruwena Md Nurdin kemudiannya menetapkan 20 Januari tahun depan sebagai pendengaran permohonan rayuan perayu terhadap sabitan dan hukuman itu.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is cooling
- Current hour is 1.3 standard deviations above this event's own baseline
- 5 independent sources, 2 new in the last hour
- Driven by news coverage (6 mainstream mentions in 6h) with little social discussion so far
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
- Discussed in English, Bahasa Malaysia
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Utusan Malaysia) source
- LanguageFirst English coverage (Free Malaysia Today) source
- NewsFirst news outlet reports it (Free Malaysia Today) source
- NewsFirst news outlet reports it (Berita Harian) source
- StateRising
5 sources, growth +300%, z 3.8
- StateCooling
velocity 0.033/min under half of peak 0.067
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsUtusan Malaysia13:55
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 5 established outlet(s): Astro Awani (BM), Berita Harian, Free Malaysia Today, Harian Metro
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (6)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.