
Lapan lelaki didenda RM5,000 mengaku menipu atas talian
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
KULIM - Lapan lelaki tempatan diperintahkan oleh Mahkamah Majistret Kulim membayar denda RM5,000 selepas mengaku salah melakukan penipuan atas talian, baru-baru ini.Majistret Nur Hamizah Mat Shah memerintahkan hukuman berkenaan ke atas kesemua lelaki terbabit setelah pengakuan bersalah direkodkan sebaik pertuduhan dibacakan terhadap mereka.Kesemua tertuduh Lee Jian, 29; Franky Ooi Zhen Yang, 26; Tan Ka Kien, 35; Lee Wai Yean, 30; Loh Seng Huang, 26; Lee Yi Chyn, 37; Loo Kuan How, 41, dan Chew Joo Hock, 51.Berdasarkan pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama menjalankan aktiviti penipuan atas ta (Sinar Harian, 14:21)
Read the reporting
3 reports
Lapan lelaki terlibat sindiket scam ‘pegawai CBI India’ didenda RM5,000
KULIM: Lapan lelaki tempatan didenda RM5,000 setiap seorang selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret, di sini hari ini atas pertuduhan melakukan penipuan dalam talian, baru-baru ini.
Kesemua tertuduh, Lee Jian, 29; Franky Ooi Zhen Yang, 26; Tan Ka Kien, 35; Lee Wai Yean, 30; Loh Seng Huang, 26; Lee Yi Chyn, 37; Loo Kuan How, 41, dan Chew Joo Hock, 51, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Nur Hamizah Mat Shah.
Mereka turut diperintahkan menjalani hukuman penjara selama 12 bulan sekiranya gagal menjelaskan denda yang dikenakan.
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama menjalankan aktiviti penipuan dalam talian di premis di Jalan Lebuh Bandar 2/3, Bandar Putra Kulim, di sini pada pukul 8 malam, 9 Oktober lalu.
Bagaimanapun, seramai 41 warga India dan Pakistan berusia antara 25 hingga 41 tahun termasuk tujuh wanita yang turut didakwa atas kesalahan sama mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan dalam bahasa Inggeris.
Kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Dalam mahkamah sama, Lee Jian; Seng Huang dan Joo Hock turut dituduh membenarkan 17 imigran haram tinggal di premis sama, namun mereka mengaku tidak bersalah.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 55E (1) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) yang jika sabit kesalahan membawa hukuman denda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih RM30,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan atau kedua-duanya bagi setiap imigran haram yang dijumpai di premis.
Prosiding dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Ain Fadilla Muhammad Fauzi, sementara kesemua tertuduh termasuk lelaki tempatan, warga India dan Pakistan diwakili peguam Kenny Tan Cheng Yee.
Majistret Nur Hamizah membenarkan jaminan RM8,000 setiap seorang terhadap ketiga-tiga tertuduh warga tempatan dan tiada jaminan untuk kesemua tertuduh warga asing yang tidak mengaku bersalah terhadap pendakwaan dihadapi masing-masing.
Mahkamah menetapkan 24 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi pertuduhan ke atas kesemua warga India dan Pakistan terbabit, sementara 18 Januari 2027 terhadap tiga lelaki tempatan.
Pada 12 Oktober lalu, akhbar ini melaporkan kejayaan Polis Kedah yang membongkar kegiatan penipuan dalam talian dengan menyamar sebagai pegawai Biro Penyiasatan Pusat (CBI) India susulan penahanan 48 suspek di Kulim.
Sindiket yang beroperasi sejak penghujung Ogos lalu sudah berjaya mengaut kira-kira RM1.4 juta hasil penipuan terhadap 73 mangsa yang kesemuanya warga india yang tinggal di negara berkenaan. – UTUSAN
The post Lapan lelaki terlibat sindiket scam ‘pegawai CBI India’ didenda RM5,000 appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is peak
- 3 independent sources
- Driven by news coverage (3 mainstream mentions in 6h) with little social discussion so far
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Sinar Harian) source
- NewsFirst news outlet reports it (Utusan Malaysia) source
- StateRising
3 sources, growth +300%, z 0.0
- StateAccelerating
growth +100% with positive acceleration
- SpreadYouTube discussion begins (Sinar Harian (YouTube)) source
- StatePeak
acceleration no longer positive
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsSinar Harian14:21
- Step 2YouTube (mainstream)Sinar Harian (YouTube)16:01 · +101 min
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 4 established outlet(s): Berita Harian, Sinar Harian, Sinar Harian (YouTube), Utusan Malaysia
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (4)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News · YouTube. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.