
ReiQi Space buka pusat tetap di Ara Damansara
Only social or community posts, or a single source.
What happened
PETALING JAYA: ReiQi Healing Services membuka premis tetap di Ara Damansara di sini bagi memperluas pembelajaran dan amalan Qigong Perubatan serta Usui Reiki selepas beberapa tahun mengendalikan sesi persendirian dan bengkel di pelbagai lokasi. (Berita Harian, 18:25)
Read the reporting
1 report
ReiQi Space buka pusat tetap di Ara Damansara
PETALING JAYA: ReiQi Healing Services membuka premis tetap di Ara Damansara di sini bagi memperluas pembelajaran dan amalan Qigong Perubatan serta Usui Reiki selepas beberapa tahun mengendalikan sesi persendirian dan bengkel di pelbagai lokasi.
Dikenali sebagai ReiQi Space@Wisma Giftlab, pusat itu dirasmikan pada 4 Oktober lalu dengan kehadiran lebih 100 tetamu yang menyertai sesi perkongsian, aktiviti pengalaman dan program jaringan komuniti.
Majlis turut diserikan dengan persembahan tarian singa tradisional dan upacara pemotongan riben.
Pengasas ReiQi Healing Services, Master Zac Lee, berkata pembukaan premis itu menandakan perkembangan penting dalam usahanya membangunkan pusat pembelajaran dan amalan terapi tenaga alternatif yang bermula secara kecil-kecilan beberapa tahun lalu.
"Saya pernah berkhidmat dalam bidang perbankan, sebelum mendalami Qigong Perubatan dan Reiki secara lebih serius. Tahun 2021 menjadi kemuncak dalam momentum kehidupan saya untuk menceburi bidang ini secara sepenuh masa," katanya pada majlis pembukaan pusat berkenaan.
Zac berkata, beliau pada mulanya berkongsi pengetahuan dan kemahiran melalui sesi persendirian sebelum mengembangkan kegiatan kepada kelas serta bengkel berkumpulan.
"Lama-kelamaan, sebuah komuniti pelajar mula berkembang dengan sebahagian daripada mereka kini melangkah ke peringkat pembelajaran yang lebih mendalam serta membangunkan apa yang mereka dalami," katanya.
Menurutnya, hasrat memiliki premis sendiri menjadi kenyataan dengan sokongan dua rakan kongsi, Rosman Jasmi dan Jason Ong, yang mempunyai pengalaman hampir dua dekad mengusahakan perniagaan penghantaran bunga dan hadiah menerusi Pods & Petals Giftlab.
Katanya, kedua-duanya turut menyokong serta mengikuti kelas dan bengkelnya, sekali gus membantu merealisasikan penubuhan pusat itu.
Beliau turut berbangga apabila seorang pelajarnya membuka pusat kesejahteraan di Ipoh, Perak, yang menawarkan aktiviti termasuk terapi bunyi, meditasi, yoga, pilates panas dan Qigong.
Menjelaskan konsep ReiQi Space, Zac berkata, pusat itu menggabungkan Qigong Perubatan dan Usui Reiki melalui program pembelajaran berstruktur serta amalan bersepadu, sambil mengekalkan identiti dan susur galur tradisi kedua-dua disiplin.
"ReiQi menawarkan sesi persendirian secara berdepan, pengalaman pengenalan, bengkel dan program pembelajaran progresif yang direka untuk menggalakkan kefahaman, pengalaman praktikal dan amalan kendiri," katanya.
Beliau berkata, pembelajaran berstruktur dan pengalaman sendiri menjadi teras pendekatan pusat itu, dengan premis tetap menyediakan persekitaran lebih selesa dan harmoni untuk peserta mendalami amalan berkenaan secara berperingkat.
"Bagi saya, ReiQi sentiasa berteraskan pembelajaran, pengalaman dan amalan, bukan sekadar menerima sesuatu kerana diarah untuk mempercayainya," katanya.
Zac memiliki Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam Terapi Qigong dan pensijilan Usui Reiki Tahap 4 sebagai guru induk.
Beliau juga Ahli Jawatankuasa Malaysia Society for Complementary Medicine (MSCM) serta mengikuti program National Competency Standard – Train-The-Trainer (NCS-TTT).
ReiQi Space kini dibuka untuk temu janji dan bakal menganjurkan sesi persendirian, bengkel pengenalan, program pembelajaran berstruktur serta amalan kumpulan kecil.
Zac berharap premis tetap itu membolehkan lebih ramai individu mengenali pendekatan yang ditawarkan melalui pengalaman langsung.
"Pendek kata, orang ramai boleh datang untuk belajar, bertanya soalan, merasai amalan ini secara langsung dan terus mengembangkan amalan mereka sendiri," katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian18:25
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.