
Remaja ditahan bantu siasatan kes rogol pelajar perempuan di pasar
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
KUALA TERENGGANU: Seorang pelajar lelaki ditahan polis selepas disyaki merogol seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun di sebuah pasar di daerah ini. (Utusan Malaysia, 20:40)
Read the reporting
1 reportRemaja ditahan bantu siasatan kes rogol pelajar perempuan di pasar
KUALA TERENGGANU: Seorang pelajar lelaki ditahan polis selepas disyaki merogol seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun di sebuah pasar di daerah ini.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, kejadian itu terbongkar selepas polis menerima laporan daripada seorang wanita Melayu kira-kira pukul 1 pagi pada 14 Oktober lalu.
Katanya, pengadu memaklumkan menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki Melayu yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di pasar berkenaan.
“Lelaki itu memaklumkan melihat seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun dalam keadaan separuh bogel bersama seorang lelaki di dalam kawasan pasar berkenaan.
“Pelajar perempuan itu kemudian memberitahu pengadu bahawa dia telah dirogol lelaki terbabit sebelum mengaku sebagai teman wanita kepada lelaki berkenaan,” katanya hari ini.
Azli berkata, permohonan reman terhadap suspek berusia 16 tahun dibuat di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu bagi membantu siasatan.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Sementara itu, beliau berkata, dari 1 hingga 14 Oktober lalu, polis membuka enam kertas siasatan berkaitan kes seksual di daerah ini. – UTUSAN
The post Remaja ditahan bantu siasatan kes rogol pelajar perempuan di pasar appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Utusan Malaysia) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsUtusan Malaysia20:40
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.