Malaysian Attention Engine
Live wire
53General : Budget 2027: STR, SARA Aid Raised To RM150 A Month - Anwar48Business : TNB's RM15 Bln Grid Investment To Support Power Reliability, Industrial Growth -- Solarvest46Sekolah, institusi pendidikan di kawasan IPU lebih 180 tutup esok46Belanjawan 2027: Rakyat dijangka nikmati lebih banyak manfaat45Orang utan rescued in Indonesia fires ‘walked through’ flames, says nonprofit CEO45Video Tular Ritual Keagamaan: JPM, Pihak Berkuasa Sedang Ambil Tindakan - Zulkifli41World : Egypt President To Begin Two-Day State Visit To Malaysia41Lori dipandu laju rempuh beberapa kenderaan di persimpangan lampu isyarat37PRN Melaka: Rundingan Pas-BN capai persetujuan asas - Abdul Hadi37Singapore ready to assist Indonesia in fighting forest fires amid worsening haze37Business : Malaysia, Egypt To Expand Trade, Investment And Economic Cooperation -- Anwar37S’gor Bersatu’s PH pact exposes leaders’ long-held leanings, says Kiandee
NewUnconfirmedupdated 1 h ago

Remaja tempuh perjalanan 2,000km tunai impian datuk

Only social or community posts, or a single source.

Attention
17
−100% / 60 min
Momentum
19
0 vs 1 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 10 Oct, 18:12 MYTLatest activity 10 Oct, 18:12BMconfidence 60%

What happened

SINGAPURA: Seorang remaja Thailand meraih pujian di media sosial selepas membawa datuknya menempuh perjalanan kira-kira 2,000 kilometer menggunakan kereta api dan bas untuk mengunjungi Singapura buat kali pertama. (Utusan Malaysia, 18:12)

Read the reporting

1 report
Photo: Utusan Malaysia
Utusan Malaysia·News·BM·2 min read

Remaja tempuh perjalanan 2,000km tunai impian datuk

By .WARTAWAN LUAR NEGARA · 10 Oct, 18:12 MYT

SINGAPURA: Seorang remaja Thailand meraih pujian di media sosial selepas membawa datuknya menempuh perjalanan kira-kira 2,000 kilometer menggunakan kereta api dan bas untuk mengunjungi Singapura buat kali pertama.

Remaja berusia 16 tahun yang dikenali sebagai Queue itu berkongsi video perjalanan berkenaan menerusi akaun Instagram miliknya, kollawat_2626.

Dalam kapsyen video itu, Queue berkata dia membawa datuknya mengembara meskipun mereka bukan daripada keluarga berada.

“Sebagai remaja lelaki berusia 16 tahun daripada keluarga yang bukan berada, saya membawa datuk menaiki kereta api dalam perjalanan sejauh 2,000 kilometer ke Singapura buat kali pertama,” tulisnya.

Katanya, rakaman itu dikongsikan bagi mengabadikan kenangan istimewa bersama datuknya.

Video berkenaan memaparkan mereka mengunjungi Merlion, antara tarikan ikonik Singapura, termasuk ketika datuknya bergambar di hadapan mercu tanda berkenaan.

Dalam video itu, Queue kedengaran meminta datuknya supaya berkelakuan seperti biasa ketika dirakam bagi mengabadikan detik berkenaan.

Hantaran itu meraih lebih 760,000 tanda suka, dengan ramai pengguna memuji usaha Queue merealisasikan perjalanan berkenaan dan membantu datuknya memenuhi impian.

Sesetengah pengguna turut mencadangkan Queue membuka saluran YouTube, sambil menyatakan kesediaan untuk menyokongnya dan berharap dapat melihat lebih banyak perjalanan bersama datuknya.

Queue menjelaskan tidak menyangka video itu akan tular kerana pada awalnya hanya mahu mengabadikan kenangan manis bersama datuknya.

Menerusi ruangan komen, Queue turut berkongsi butiran perjalanan mereka serta cara menjimatkan kos.

Beliau berkata, mereka menaiki kereta api kelas tiga, iaitu kelas paling murah, dari wilayah Nakhon Pathom ke daerah Sungai Kolok di wilayah Narathiwat.

Mereka kemudian memasuki Malaysia sebelum menaiki bas ke Stesen Kereta Api Pasir Mas. Dari situ, mereka membeli tiket kereta api ke Johor Bahru dengan tambang kira-kira 390 baht (RM50) seorang, sebelum menaiki bas merentasi sempadan ke Woodlands, Singapura.

Tambang bas itu dilaporkan sekitar 50 baht (RM6) seorang. Mereka tidak bermalam di Singapura, sebaliknya kembali ke Johor Bahru bagi menjimatkan perbelanjaan, dengan kos penginapan kira-kira 2,000 baht (RM250) semalam.- AGENSI

The post Remaja tempuh perjalanan 2,000km tunai impian datuk appeared first on Utusan Malaysia .

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow19:0020:00
Latest 20:07 MYT
17New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Utusan Malaysia) source

Where it started

Utusan Malaysia (News)
10 Oct, 18:12 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Utusan Malaysia
    18:12

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

Remaja tempuh perjalanan 2,000km tunai impian datuk · Malaysian Attention Engine