
Rompak telefon bimbit RM520, suspek jual cuma RM30
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Manila: Seorang pelajar perempuan berusia 17 tahun berdepan detik cemas apabila telefon bimbit bernilai 8,000 peso Filipina (kira-kira RM520) miliknya dirampas seorang lelaki yang mengugutnya di Tondo di sini, lapor PhilNews. (Harian Metro, 11:43)
Read the reporting
1 report
Rompak telefon bimbit RM520, suspek jual cuma RM30
Manila: Seorang pelajar perempuan berusia 17 tahun berdepan detik cemas apabila telefon bimbit bernilai 8,000 peso Filipina (kira-kira RM520) miliknya dirampas seorang lelaki yang mengugutnya di Tondo di sini, lapor PhilNews.
Suspek berusia 27 tahun itu ditahan polis dalam operasi susulan di sebuah rumah di Barangay 138, Balut, Tondo, pada pagi Jumaat.
Menurut polis, operasi itu diketuai pegawai Presint Polis Komuniti Smokey Mountain di bawah Stesen Polis Raxabago, Distrik Polis Manila.
Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), mangsa sedang berjalan pulang dari rumah saudaranya melalui Jalan Vitas jam 9.22 malam apabila suspek menghampiri dan menghalang laluannya.
Lelaki itu kemudian didakwa mengugut mangsa dengan berlagak seolah-olah mahu mengeluarkan senjata dari sisi tubuhnya menyebabkan pelajar itu terpaksa menyerahkan telefon bimbit berkenaan.
Suspek mengaku menjual telefon bimbit yang dicuri itu kepada seorang rakannya dengan harga hanya 500 peso Filipina (kira-kira RM30), jauh lebih rendah berbanding nilai asalnya iaitu 8,000 peso Filipina (kira-kra RM520).
Bagaimanapun, telefon bimbit berkenaan dan senjata berbilah yang dipercayai digunakan dalam rompakan itu masih belum ditemukan.
Menurut saudara mangsa, pelajar Tingkatan 12 itu terkesan dengan kejadian berkenaan sehingga sukar menceritakan apa yang berlaku.
Keluarganya merancang mengambil tindakan undang-undang kerana kejadian itu bukan sahaja menyebabkan kehilangan harta benda, malah turut menjejaskan emosinya.
Polis berkata, mangsa akan dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Sosial dan Pembangunan Manila untuk mendapatkan sokongan psikologi serta menjalani sesi taklimat semula bagi membantunya menghadapi kejadian itu.
Sementara itu, suspek mendakwa dia melakukan rompakan berkenaan kerana memerlukan wang untuk menampung keperluan anaknya yang berusia enam tahun yang dimasukkan ke hospital dan dilaporkan berisiko menghidap leukemia.
Dia turut mengaku pernah mengambil dadah haram, namun mendakwa sudah berhenti.
"Saya hanya berbuat demikian kerana memerlukan wang. Saya membawanya kepada keluarga saya, bukan untuk orang lain," katanya.
Suspek kini ditahan polis dan berdepan pertuduhan merompak.
Pihak berkuasa turut mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada ketika berjalan di jalanan dan segera melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan kepada polis.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro11:43
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.