
Rumah terbiar punca ancaman penyakit, haiwan liar, PBT boleh ambil tindakan denda pemilik rumah
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Rumah terbiar punca ancaman penyakit, haiwan liar, PBT boleh ambil tindakan denda pemilik rumah (Harian Metro, 19:21)
Read the reporting
1 report
Rumah terbiar punca ancaman penyakit, haiwan liar, PBT boleh ambil tindakan denda pemilik rumah
redzuan.muharam@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Rumah tinggal yang terbiar dalam tempoh lama boleh membawa mudarat antaranya penyakit denggi dan Chikungunya akibat pembiakan nyamuk Aedes selain kencing tikus atau leptospirosis.
Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Profesor Dr Sharifa Ezat Wan Puteh berkata, ia disebabkan keadaan persekitaran rumah berkenaan yang kotor dan menjadi tempat air bertakung.
Menurut Dr Sharifa Ezat, semak samun pula boleh menjadi kawasan pembiakan haiwan liar seperti anjing yang akhirnya akan mengganggu ketenteraman dan keselamatan penduduk setempat.
"Rumah tinggal tanpa penghuni boleh menyebabkan bau busuk yang kebiaasaannya berpunca daripada kelembapan, air bertakung juga longgokan sampah.
"Bau busuk itu boleh membebaskan gas seperti ammonia, hidrogen sulfide, dan sulfur yang memberi kesan buruk iaitu pembiakan kuman, fungus, dan vektor atau haiwan berbahaya.
"Selain denggi dan kencing tikus, persekitaran kotor boleh menyebabkan malaria akibat pembiakan nyamuk di kawasan air bertakung dan bertambahnya populasi lalat yang membawa kuman cirit-birit, virus dan parasit," katanya kepada Harian Metro.
Tambah Dr Sharifa Ezat, bau busuk daripada longgokan sampah di rumah terbiar juga boleh menyebabkan iritasi saraf vagus dan kesan sampingan lain seperti muntah, sakit kepala, kesukaran bernafas dan sakit tekak.
"Ada juga kajian menunjukkan persekitaran kotor boleh menyebabkan tekanan darah naik, menambah kemurungan dan kesedihan.
"Kesan sampingan lain adalah individu di kawasan berhampiran tidak dapat tidur hingga kualiti tidur dan hidup menurun.
"Perkara lain yang perlu diberi perhatian adalah tumbuhan kulat di dinding yang boleh mengakibatkan serangan pernafasan, asma bertambah buruk dan alahan terutama kanak-kanak di samping pembiakan kulat dalam kalangan penduduk," katanya.
Beliau berkata, antara cara mengatasinya adalah menerusi inisiatif penduduk menjalankan aktiviti bergotong-royong membersihkan kawasan rumah atau kejiranan.
Pada masa sama, Dr Sharifa Ezat berkata, penduduk boleh membuat aduan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) yang bertanggungjawab menguruskan jadual pembuangan sampah, masalah pembetungan dan perparitan tersumbat.
"Penguatkuasaan juga utama, kerana pihak PBT boleh memberi amaran dan denda jika ia berterusan dalam jangka masa lama dan mengganggu kedamaian dan keselamatan kejiranan sekeliling.
"Orang ramai juga perlu ada kesedaran dan melakukan tindakan betul dengan membersihkan kawasan sendiri.
"Dalam keadaan berbau busuk, penduduk boleh cuba melaporkan kepada PBT atau membersihkan kawasan terbabit. Mereka juga boleh menggunakan pelitup muka sementara namun untuk jangka panjang adalah membersihkan punca bau berkenaan," katanya.
Hari ini, Harian Metro melaporkan kisah perunding hartanah yang menjadikan 'rumah busuk' sebagai lubuk emas kerana menjadi punca rezeki mereka.
Lebih menarik, ada yang sanggup membeli dan mendiami kediaman itu selepas diubah suai termasuk Aiman Tino walaupun berstatus selebriti terkenal.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro19:21
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.