Malaysian Attention Engine
Live wire
44Kenapa Malek Mccrone sorok wajah isteri?40Hujan lebat 2 jam, 9 kawasan di Pangkor banjir39Momen anak-anak cium tangan sebelum pergi sekolah sangat berharga- Syed Saddiq37Sport : Pearly-Thinaah Advance To Denmark Open Quarter-finals36World : Malaysia Advises Citizens To Postpone Non-Essential Travel To France Amid Demonstrations36General : Prisons Dept In Final Stage Of Drafting House Arrest Regulations – Saifuddin Nasution35Politics : Melaka Polls: Undi18, Automatic Registration Of Voters Give Challenges To BN35Go away, I don’t want to see you, Tuanku Muhriz rebukes Negeri Sembilan MB35General : Five Years After Stroke, Salinah Walks Again With PERKESO's Help35Singer Yusuf Islam visits grieving Dr Mahathir, offers prayers for late Tun Dr Hasmah34General : PERKESO EIS Helps Jobless Workers Rebuild Livelihoods34Dakwaan edar dadah berhampiran IPD Sentul kejadian lama - Polis
NewConfirmedupdated 1 h ago

Rusuhan di Paris: 'Keadaan terkawal, cuma kami perlu lebih berhati-hati

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
21
−100% / 60 min
Momentum
19
0 vs 1 mentions/h
Sources
2
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 18 Oct, 19:37 MYTLatest activity 18 Oct, 19:43BMconfidence 80%

What happened

Rusuhan di Paris: 'Keadaan terkawal, cuma kami perlu lebih berhati-hati (Google News Malaysia (BM), 19:37)

Read the reporting

1 report
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·2 min read

Rusuhan di Paris: 'Keadaan terkawal, cuma kami perlu lebih berhati-hati

By Noor Hidayah Tanzizi · 18 Oct, 19:43 MYT

hidayah.tanzizi@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: "Rakyat Perancis mengadakan protes dan himpunan secara aman sejak dua hingga tiga minggu lalu namun situasi itu menjadi lebih serius, semalam," kata rakyat Malaysia, Dr Mohd Khairur Razikin Ramlan.

Dr Mohd Khairur Razikin, 38, kini menetap di Limoges, Perancis, kerana mengikuti latihan Subkepakaran Neurointerventional Radiology di Hospital CHU Dupuytren 1, selama setahun.

Beliau berkongsi situasi semasa susulan rusuhan besar-besaran di negara berkenaan, semalam.

"Situasi itu menjadi lebih serius susulan tindakan pihak berkuasa yang didakwa menggunakan kekerasan, seterusnya mencetuskan kemarahan orang ramai hingga membawa kepada rusuhan.

"Bagaimanapun, keadaan di kawasan kami terkawal dan penduduk masih boleh keluar rumah, cuma saya lebih berhati-hati saja," kata dihubungi, hari ini.

Difahamkan, krisis itu didakwa berlaku disebabkan kemarahan rakyat terhadap isu membabitkan kebajikan pelajar, kemerosotan perkhidmatan awam dan peningkatan kos sara hidup.

Dr Mohd Khairul Razikin berkata, krisis itu hanya membabitkan rakyat Perancis, namun sebahagian pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan turut mengaitkan dengan politik, agama dan pendatang di negara berkenaan.

Menurutnya, biarpun tempat tinggalnya bersama isteri dan dua anak agak jauh dari ibu kota Paris, iaitu kira-kira lima jam perjalanan, namun ada kawasan di Limoges turut terjejas apabila ada jalan ditutup, malah bangunan ikonik di bandar berkenaan turut menjadi sasaran rusuhan, semalam.

"Semalam saya keluar bersama keluarga kira-kira jam 2 petang (waktu tempatan) dan lihat orang ramai berarak secara aman. Ada beberapa jalan ditutup tetapi ketika itu masih aman dan ketika pulang jam hampir 6 petang, situasi mula kacau dan saya lihat ada kepulan asap, tetapi kami tidak melalui jalan berkenaan.

"Bangunan Hôtel de ville de Limoges, Mairie à Limoges (Haute-Vienne) yang terletak kira-kira lima minit dari rumah kami juga terbakar malam tadi, dan penduduk setempat sedih melihat keadaan bangunan ikonik itu," katanya.

Menurut beliau, keadaan itu turut memberi kesan kepada urusan harian, termasuk persekolahan anak apabila perkhidmatan bas dalam bandar terjejas akibat penutupan laluan.

"Perkhidmatan bas dalam bandar ini terkesan kerana ada jalan ditutup dan anak hanya dapat ke sekolah dua hari sepanjang minggu ini.

"Setakat ini, situasi di lokasi saya masih terkawal, kami masih boleh berjalan di sini. Situasi di bandar besar saya tidak berapa tahu, mungkin ia berbeza," katanya yang sudah empat bulan berada di negara berkenaan.

Terdahulu, media melaporkan, gelombang rusuhan dan protes besar-besaran sedang melanda beberapa negara di Eropah sejak September lalu dan memuncak di beberapa bandar raya utama termasuk Paris dan Milan, Itali pada Sabtu (waktu tempatan).

Krisis berkenaan dikatakan dicetuskan oleh gabungan kemarahan terhadap beberapa isu khususnya kebajikan pelajar, kemerosotan perkhidmatan awam dan peningkatan kos sara hidup.

Rusuhan besar-besaran berkenaan mencetuskan antara keganasan paling buruk dalam sejarah negara itu sejak beberapa dekad lalu.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • 2 independent sources
  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 33NEWnow20:0021:00
Latest 21:09 MYT
21New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources2Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Google News Malaysia (BM)) source
  2. Detected
    First detected (Harian Metro) source
  3. News
    First news outlet reports it (Harian Metro) source

Where it started

Google News Malaysia (BM) (News)
18 Oct, 19:37 MYT
Origin confidence 60% · 6 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Google News Malaysia (BM)
    19:37

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 2 established outlet(s): Google News Malaysia (BM), Harian Metro

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (2)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.