
Rusuhan penyokong cemari aksi Persita-Persija
Only social or community posts, or a single source.
What happened
TANGERANG: Aksi minggu kelima Liga Super 2026/27 antara Persita Tangerang dan Persija Jakarta di Stadium Antarabangsa Banten (BIS) semalam dicemari insiden rusuhan penyokong. (Berita Harian, 17:54)
Read the reporting
1 report
Rusuhan penyokong cemari aksi Persita-Persija
TANGERANG: Aksi minggu kelima Liga Super 2026/27 antara Persita Tangerang dan Persija Jakarta di Stadium Antarabangsa Banten (BIS) semalam dicemari insiden rusuhan penyokong.
Kekecohan antara penonton itu bukan sahaja menyebabkan perlawanan terpaksa dihentikan seketika, malah turut menjejaskan persembahan kedua-dua pasukan di padang.
Memetik laporan portal bola.okezone.com, kekecohan berskala kecil dilaporkan mula tercetus sejak separuh masa pertama di kawasan tempat duduk penyokong selatan stadium sebelum berjaya ditenangkan oleh petugas keselamatan.
Namun, situasi menjadi semakin tegang sewaktu rehat separuh masa apabila pergaduhan yang lebih besar meletus di bahagian utara stadium.
Insiden itu memaksa beberapa penyokong Persita melompat turun dan bertempiaran ke kawasan tepi padang bagi menyelamatkan diri.
Susulan keadaan keselamatan di stadium yang tidak terkawal, sepakan mula separuh masa kedua terpaksa ditunda sehingga 30 minit.
Jawatankuasa penganjur perlawanan bersama wakil pemain Persija turut terpaksa masuk ke padang bagi meredakan kemarahan penonton di tempat duduk.
Selepas situasi berjaya dikawal, perlawanan akhirnya dapat diteruskan semula dan aksi sengit itu diakhiri dengan kemenangan tuan rumah, Persita Tangerang ke atas Persija Jakarta menerusi keputusan 3-2.
Keputusan manis ini sekali gus melanjutkan rekod cemerlang skuad Pendekar Cisadane yang masih belum tewas dalam lima perlawanan awal musim ini.
Sebaliknya bagi Macan Kemayoran, kekalahan ini menamatkan rentetan cemerlang empat kemenangan berturut-turut mereka.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian17:54
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.