
Sabah imbangi pembangunan ekonomi, perlindungan alam sekitar
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Ketua Menteri Hajiji Noor berkata melalui perancangan bijak dan kerjasama erat Sabah mampu membangunkan bandar lebih selamat, bersih dan berdaya tahan untuk generasi akan datang. (Gambar Bernama) KOTA KINABALU: Bandar di pesisir perlu mengimbangi pertumbuhan ekonomi dengan perlindungan alam sekitar serta memperkukuh daya tahan terhadap perubahan iklim bagi menjamin kemampanan pembangunan jangka panjang, kata Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor. (Free Malaysia Today, 19:47)
Read the reporting
1 report
Sabah imbangi pembangunan ekonomi, perlindungan alam sekitar
Ketua Menteri Hajiji Noor berkata melalui perancangan bijak dan kerjasama erat Sabah mampu membangunkan bandar lebih selamat, bersih dan berdaya tahan untuk generasi akan datang. (Gambar Bernama) KOTA KINABALU: Bandar di pesisir perlu mengimbangi pertumbuhan ekonomi dengan perlindungan alam sekitar serta memperkukuh daya tahan terhadap perubahan iklim bagi menjamin kemampanan pembangunan jangka panjang, kata Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor.
Beliau berkata, bandar pesisir yang juga pusat perdagangan, pelancongan dan aktiviti ekonomi turut berdepan dengan risiko peningkatan paras laut, cuaca ekstrem dan pencemaran.
“Melalui perancangan yang bijak dan kerjasama erat, kita mampu membangunkan bandar yang lebih selamat, bersih dan berdaya tahan untuk generasi akan datang,” katanya pada majlis perasmian Dialog Mayor Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIMD) 2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah, hari ini.
Teks ucapannya dibacakan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Joniston Bangkuai.
KKIMD 2026 menghimpunkan peserta dari lapan negara dan 15 bandar termasuk wakil Indonesia, Korea Selatan dan Amerika Syarikat.
Hajiji berkata, perubahan iklim juga perlu diintegrasikan dalam pengurusan bandar termasuk sistem perparitan, sanitasi, kawalan banjir serta pemuliharaan hutan bakau dan sungai.
Bagaimanapun, katanya usaha itu memerlukan akses lebih baik kepada pembiayaan iklim, kerjasama awam-swasta dan perkongsian kepakaran antara bandar bagi melaksanakan projek infrastruktur hijau serta meningkatkan daya tahan terhadap perubahan iklim.
Hajiji berkata, perairan Sabah menyokong sumber pendapatan rakyat, keterjaminan makanan dan pelbagai industri maritim, menjadikan usaha melindunginya amat penting bagi menjamin kemampanan ekonomi jangka panjang malah ia sebahagian daripada segi tiga terumbu karang yang mempunyai kepelbagaian biologi terkaya di dunia.
“Komitmen kerajaan negeri untuk mengimbangi pemuliharaan alam sekitar dengan pembangunan ekonomi dapat dilihat menerusi Taman Tun Mustapha, yang memberi tumpuan kepada usaha melindungi ekosistem marin di samping menyokong keperluan komuniti setempat,” katanya.
Beliau berkata, agenda Ekonomi Biru selari dengan hala tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0 bagi tempoh 2026 hingga 2030, yang menekankan pengukuhan sumber pendapatan dan peningkatan kesejahteraan rakyat selain mempergiat pelaksanaan Pelan Tindakan Bioteknologi Sabah 2024-2034, yang menghubungkan pemuliharaan biodiversiti dengan pembangunan sosioekonomi.
Ketua menteri turut memuji usaha Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) atas agenda Bandar Pintar yang mampu meningkatkan keberkesanan sistem amaran awal banjir, perancangan guna tanah serta penyampaian perkhidmatan awam.
“Bagaimanapun transformasi digital perlu terus berpaksikan rakyat, telus dan mempunyai akauntabiliti,” katanya.
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
- Discussed in English, Bahasa Malaysia
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsFree Malaysia Today19:47
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Free Malaysia Today
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.