Malaysian Attention Engine
Live wire
52Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi45Lima rakyat Malaysia ditahan di Jepun, seludup kokain RM3.1 juta dalam kasut44Laporan harian diterima sahkan rakyat Malaysia di Arab Saudi selamat42224 non-citizens born in Sarawak first eight months of 202642Agong berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja | Sinar Harian41'Tambah sengsara penduduk!' - Teresa bidas Bandar Mandani Bukit Jalil40BNM, SC gesa orang ramai berwaspada terhadap video ‘deepfake’ menyamar pegawai kanan37Kerajaan berjaya ketepi perintah bayar RM1.1 juta ganti rugi model Belanda37F1 GP Bahrain di Sepang jana impak ekonomi hampir RM950 juta36Gelaran Piala Raja Thai misi seterusnya skuad sepak takraw negara36Apple unveils the new Apple TV 4K, supercharged by Siri AI – Company Announcement - FT.com35General : Unhealthy API In 37 Areas As At 9.30 Am
NewUnconfirmedupdated 3 h ago

Sage tak mampu tolak tawaran Palace

Only social or community posts, or a single source.

Attention
18
−100% / 60 min
Momentum
19
0 vs 1 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 14 Oct, 11:31 MYTLatest activity 14 Oct, 11:31BMconfidence 60%

What happened

London: Pierre Sage mengakui peluang mengendalikan Crystal Palace dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) terlalu besar untuk dilepaskan, ketika beliau bersiap untuk kembali ke Perancis bagi menghadapi bekas kelabnya, Lyon, dalam aksi Liga Europa, Jumaat ini. (Harian Metro, 11:31)

Read the reporting

1 report
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·2 min read

Sage tak mampu tolak tawaran Palace

By AFP · 14 Oct, 11:31 MYT

London: Pierre Sage mengakui peluang mengendalikan Crystal Palace dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) terlalu besar untuk dilepaskan, ketika beliau bersiap untuk kembali ke Perancis bagi menghadapi bekas kelabnya, Lyon, dalam aksi Liga Europa, Jumaat ini.

Pengendali berusia 47 tahun itu bakal berdepan Lyon, kelab yang melonjakkan namanya dalam dunia kejurulatihan selepas dilantik pada November 2023 ketika pasukan berkenaan bergelut di dasar Ligue 1.

Sage berjaya mengubah nasib Lyon sehingga layak ke saingan Eropah dan mara ke final Piala Perancis dalam tempoh 14 bulan kendaliannya, sebelum dipecat pada pertengahan musim berikutnya.

Beliau kemudian bangkit bersama Lens musim lalu apabila membantu kelab itu menjulang Piala Perancis buat kali pertama dalam sejarah, selain menamatkan saingan Ligue 1 di tempat kedua di belakang Paris Saint Germain (PSG).

Pencapaian itu menarik perhatian Palace yang mencari pengganti Oliver Glasner, sekali gus membuka laluan buat Sage merealisasikan impian mengendalikan pasukan di England.

"Keputusan itu sukar kerana kami melalui tahun yang luar biasa, malah bersejarah, dan saya dapat membayangkan kesannya jika saya terus kekal di sana.

"Tetapi pada satu tahap, anda juga perlu memikirkan diri sendiri dan itulah yang membawa saya kepada keputusan berkenaan," katanya.

Sage yang pernah bermain sebagai penjaga gol di peringkat amatur membina kerjaya secara berperingkat sebelum mengetuai akademi remaja Lyon dan akhirnya memperoleh peluang pertamanya mengendalikan pasukan utama.

Beliau kini menjadi jurulatih Perancis ke-10 yang mengendalikan kelab dalam EPL, mengikuti jejak nama besar seperti Arsene Wenger dan Gerard Houllier.

"Saya jurulatih Perancis ke-10 yang bekerja dalam Liga Perdana Inggeris dan perkara yang agak luar biasa ialah saya orang pertama yang melakukannya tanpa pernah mengendalikan 100 perlawanan sebagai pengurus.

"Arsene Wenger dan Gerard Houllier melakukan perkara luar biasa di sini. Apabila peluang seperti ini muncul, sudah tentu anda akan terfikir ia mungkin tidak datang lagi," katanya.

Sage mengakui masih menyesuaikan diri dengan perbezaan antara bola sepak Perancis dan England, khususnya dari segi intensiti permainan dan kekuatan kewangan kelab.

Menurutnya, perlawanan di England lazimnya berlangsung dengan intensiti tinggi daripada kedua-dua pasukan, berbeza dengan sesetengah aksi di Perancis apabila pasukan lebih cenderung bertahan dan menutup ruang.

Palace yang memenangi Liga Konferens musim lalu memulakan kempen Liga Europa dengan kemenangan besar 4-0 ke atas Lech Poznan dari Poland.

Selepas tewas dalam dua perlawanan pertama di bawah kendalian Sage, Palace menunjukkan peningkatan apabila menewaskan Nottingham Forest 3-1 hujung minggu lalu.

Sage percaya Palace mempunyai kualiti untuk bersaing dalam dua kejohanan serentak sekiranya penggiliran pemain dilakukan dengan tepat.

"Dengan kualiti yang kami ada, jika kami menggilirkannya dengan cara yang betul, kami mampu bersaing dalam kedua-dua kejohanan," katanya.

Perlawanan menentang Lyon turut membawa makna tersendiri buat Sage yang mengakui pemecatan daripada kelab itu suatu pengalaman sukar, walaupun beliau kini memberi tumpuan sepenuhnya kepada cabaran baharu bersama Palace.

"Perkara pertama yang saya impikan selepas meninggalkan Lyon ialah saya sebenarnya tidak meninggalkan kelab itu langsung," katanya berseloroh.

"Dipecat adalah sebahagian daripada pekerjaan ini. Perkara yang lebih sukar bagi saya ialah meninggalkan Lyon."

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow12:00
Latest 12:31 MYT
18New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Harian Metro) source

Where it started

Harian Metro (News)
14 Oct, 11:31 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Harian Metro
    11:31

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Sage tak mampu tolak tawaran Palace
Harian MetroNewsmainstreamBM

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.