
Samsuri gesa formula peruntukan lebih adil, ikut keperluan negeri
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
Kemaman MP Ahmad Samsuri Mokhtar suggested factoring in states’ revenue capacity, infrastructure gaps and development costs when determining federal allocations. KUALA LUMPUR: Federal funding for states should be determined by a transparent formula based on their development needs and not at Putrajaya's discretion or political considerations, says an opposition MP. (Free Malaysia Today, 16:25)
Read the reporting
3 reports
Kerajaan wajar salur peruntukan ikut keperluan negeri, bukan hanya melihat jumlah
KUALA LUMPUR: Kerajaan dicadangkan memperkenalkan formula penyaksamaan fiskal dan pembangunan antara negeri yang telus serta berasaskan keperluan sebenar bagi merapatkan jurang pembangunan, tanpa dipengaruhi sentimen politik.
Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar (PN-Kemaman), berkata formula berkenaan perlu mengambil kira empat faktor utama, iaitu keperluan fiskal setiap negeri, keupayaan menjana hasil sendiri, jurang infrastruktur serta perbezaan kos pembangunan dan penyampaian perkhidmatan awam.
"Melalui pendekatan ini, pengagihan peruntukan dapat dibuat berdasarkan kriteria yang jelas dan bukan semata-mata bergantung pada budi bicara sesebuah pentadbiran di peringkat Persekutuan, apatah lagi ia bukan kerana pertimbangan sentimen politik kepartian atau nilai keakraban.
"Di Malaysia, saya rasa semua kita sedia maklum bahawa sudah wujud asas dalam Perkara 109 Perlembagaan Persekutuan, termasuk Geran Per Kapita dan Geran Penyelenggaraan Jalan Negeri (MARRIS).
"Namun, ruang masih terbuka untuk memperkukuh mekanisme sedia ada supaya lebih responsif terhadap keperluan semasa, terutamanya keperluan setiap negeri yang berbeza-beza," katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2027, di Dewan Rakyat, hari ini.
Mengulas lanjut, Ahmad Samsuri berkata, cadangan itu bukan sesuatu yang asing dalam amalan antarabangsa kerana negara seperti Australia, Kanada dan Jerman mempunyai sistem penyaksamaan fiskal berasaskan formula.
"Negara yang disebut itu mempunyai sistem penyaksamaan fiskal berasaskan formula dengan Australia turut mengambil kira perbezaan kos penyampaian perkhidmatan antara negeri yang membentuk suatu persekutuan atau sesebuah negara.
"Dua negeri mungkin menerima peruntukan yang sama, tetapi setiap satunya mempunyai keupayaan yang berbeza untuk membina infrastruktur, menarik pelaburan dan meningkatkan pendapatan rakyat.
"Oleh itu, jumlah peruntukan semata-mata tidak memadai untuk menentukan sama ada sesuatu dasar benar-benar adil," katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, beliau turut membangkitkan peningkatan bayaran khidmat hutang kerajaan yang disifatkan boleh mengecilkan ruang fiskal untuk membiayai pembangunan dan memenuhi keperluan rakyat.
Katanya, berdasarkan angka dalam Belanjawan 2027, bayaran khidmat hutang meningkat 6.5 peratus daripada RM57.3 bilion kepada RM61 bilion, iaitu pertambahan RM3.7 bilion yang melebihi peningkatan peruntukan pembangunan sebanyak RM2 bilion.
"Dengan kata lain, pertambahan komitmen untuk membayar hutang adalah lebih besar daripada pertambahan peruntukan yang disediakan untuk pembangunan negara.
"Keadaan ini wajar menjadi peringatan bahawa ruang fiskal kita perlu diurus dengan lebih berhemat dan berpandangan jauh.
Hutang negara tidak semata-mata angka di dalam lembaran kewangan. Setiap pertambahan komitmen membayar hutang adalah membawa kos peluang yang perlu kita pertimbangkan," katanya.
Tambahnya, apabila semakin banyak wang diperlukan untuk memenuhi bayaran khidmat hutang, ruang untuk membina sekolah dan hospital, menaik taraf jalan raya, memperluas bekalan air bersih, serta meningkatkan kemudahan awam menjadi semakin terbatas.
"Akhirnya rakyat yang berisiko menanggung kesannya melalui pembangunan yang lebih perlahan, kemudahan yang tertangguh dan ruang bantuan yang semakin sempit. Perkara ini sudah dibangkitkan secara berulang kali oleh ramai dalam Ahli Parlimen termasuk Ketua Pembangkang," katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is accelerating
- Mention velocity 2.0× the previous hour (2 vs 1 mentions)
- Current hour is 1.8 standard deviations above this event's own baseline
- 2 independent sources, 1 new in the last hour
- Driven by news coverage (3 mainstream mentions in 6h) with little social discussion so far
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
- Discussed in English, Bahasa Malaysia
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsFree Malaysia Today16:25
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Berita Harian, Free Malaysia Today
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (3)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.