
'Saya di Dubai, bro. Ada ramai wanita di sini, bro. Serius. - Mahrez 'cari penyakit'
Only social or community posts, or a single source.
What happened
London: Bekas bintang Manchester City dan Leicester City, Riyad Mahrez, mungkin terpaksa tidur di sofa selepas ini apabila terlepas cakap mengenai 'wanita-wanita di Dubai' tanpa menyedari perbualannya sedang disiarkan secara langsung. (Harian Metro, 20:06)
Read the reporting
1 report
'Saya di Dubai, bro. Ada ramai wanita di sini, bro. Serius. - Mahrez 'cari penyakit'
London: Bekas bintang Manchester City dan Leicester City, Riyad Mahrez, mungkin terpaksa tidur di sofa selepas ini apabila terlepas cakap mengenai 'wanita-wanita di Dubai' tanpa menyedari perbualannya sedang disiarkan secara langsung.
Mahrez dihubungi bekas pemain England, Dele Alli, ketika pemain itu melakukan siaran langsung menerusi Twitch yang mempunyai lebih 130,000 pelanggan.
Malangnya buat Mahrez, masalah isyarat telefon mungkin menyebabkan dia tidak menyedari perbualannya dengan Alli sedang disiarkan secara langsung kepada ribuan penonton.
Mahrez yang kini berstatus ejen bebas, menjawab panggilan itu tetapi menghadapi kesukaran mendengar suara Alli ketika bekas pemain Tottenham Hotspur itu berkata: "Saya di London, sedang buat siaran langsung. Saya cuma menghubungi beberapa orang. Mereka boleh dengar suara awak, mereka boleh dengar secara langsung, bro."
Pemain berusia 35 tahun itu kemudian menjawab: "Saya di Dubai, bro. Ada ramai wanita di sini, bro. Serius."
Alli pantas menjauhkan kerusinya daripada mikrofon sebelum beredar seketika daripada paparan kamera. Apabila kembali, dia kelihatan menahan senyum selepas menyedari Mahrez secara tidak sengaja terperangkap dalam situasi itu.
Mahrez yang pernah menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL), berkahwin dengan model dan pempengaruh Britain, Taylor Ward, sejak 2023. Pasangan itu mempunyai dua anak bersama.
Dia turut mempunyai dua anak hasil perkahwinan terdahulu dengan model Britain, Rita Johal. Mereka berpisah pada awal 2020.
Taylor yang mengasaskan bersama jenama barang kemas Astalia dan mempunyai hampir tiga juta pengikut di media sosial, pastinya tidak senang dengan kenyataan suaminya itu.
Hubungan pasangan berkenaan sebelum ini turut mendapat perhatian ramai menerusi rancangan televisyen.
Mereka antara pasangan paling menonjol dalam siri Amazon, Married to the Game, yang memaparkan kehidupan pasangan kepada pemain bola sepak terkenal bersama pasangan masing-masing.
Salah satu klip rancangan itu pernah tular apabila Mahrez memberitahu Taylor bahawa mereka akan berpindah ke Arab Saudi bagi membolehkannya menyertai Al-Ahli.
Taylor mengakui dia berasa sangat tertekan apabila Mahrez memaklumkan mereka perlu meninggalkan Manchester dan berpindah ke Jeddah dalam tempoh singkat.
Mahrez memberitahunya: "Ini sebahagian daripada permainan, kan," selepas Taylor meluahkan kebimbangan bahawa dia akan "duduk seorang diri di rumah".
Dalam temu bual bersama Daily Mail tahun lalu, Ward mengakui respons Mahrez terhadap kebimbangannya itu "masih menghantui saya", namun memahami suaminya seorang yang bercakap secara terus terang.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro20:06
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.