
'Saya sudah tiada bapa, jadi saya bersyukur kerana Allah SWT hadirkan babah'
Only social or community posts, or a single source.
What happened
'Saya sudah tiada bapa, jadi saya bersyukur kerana Allah SWT hadirkan babah' (Harian Metro, 13:46)
Read the reporting
1 report
'Saya sudah tiada bapa, jadi saya bersyukur kerana Allah SWT hadirkan babah'
redzuan.muharam@hmetro.com.my
Kluang: Biarpun tiada pertalian darah, pemuda ini tidak berkira malah sanggup membelanjakan wang bagi meraikan ulang tahun kelahiran bapa angkatnya di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.
Bagi Muhamad Riduan Ramli, 28, apa dilakukan itu tidak seberapa jika dibandingkan dengan kasih sayang dicurahkan bapa angkatnya, Abas Mat Dol, 75, yang dipanggil babah.
Dia tidak berseorangan malah mengajak enam rakannya untuk bersama meraikan hari ulang tahun kelahiran Abas pada 7 Oktober lalu.
Berkongsi kisah itu, Muhamad Riduan yang bekerja sebagai ejen insurans berkata, perancangan untuk meraikan bapa angkatnya dilakukan pada saat akhir iaitu sehari sebelum hari ulang tahun.
"Tapi sehari sebelum hari jadi babah, saya berpeluang membawanya bermalam di sebuah hotel cuma babah tak tahu pun yang saya nak meraikannya dengan makan malam keesokannya (hari ulang tahun).
"Saya ajak enam rakan rapat bersama kerana babah kenal mereka. Mereka pun pernah datang ke rumah dan anggap babah macam bapa mereka.
"Syukur kerana sambutan itu berjalan lancar seperti yang dirancang. Walaupun bukan besar-besaran, ia cukup bermakna buat saya kerana tahun lalu tak dapat raikan babah bagi memberi ruang buat babah yang baru kehilangan emak, Thara Salleh (ibu angkat) pada Ogos tahun lalu," katanya kepada Harian Metro.
Bercerita lanjut, Muhamad Riduan berkata, kehadiran Abas amat bermakna buatnya dalam hidupnya selepas kehilangan bapa kandung, Ramli Bahir yang meninggal dunia akibat serangan jantung.
Katanya, terlalu banyak kenangan dicipta begitu juga didikan agama sepanjang Abas menjadi bapa angkatnya.
"Walaupun pada hakikatnya saya hanyalah seorang anak angkat, namun babah dan arwah emak tidak pernah sesekali membuatkan saya berasa seperti orang luar.
"Saya ditatang bagai minyak yang penuh, dibelai dengan kasih sayang, diasuh dengan penuh kelembutan dan dididik sebagaimana darah daging mereka sendiri.
"Kami menjalinkan hubungan kasih sayang seperti sebuah keluarga kandung yang sempurna.
"Tidak pernah wujud jurang kasih sayang antara saya dengan anak kandung mereka. Segala perhatian, didikan dan kasih sayang dicurahkan tanpa sedikit pun membezakan asal usul mahupun pertalian darah," katanya.
Baginya, Abas dan Allahyarham ibu angkatnya, Thara bukan sekadar insan yang menerimanya sebagai anak angkat tetapi mengajarnya erti sebenar sebuah keluarga.
Muhamad Riduan bersyukur kerana ukhuwah serta kasih sayang itu terjalin sehingga kini dan berharap ia berpanjangan sehingga syurga.
"Saya sudah tiada bapa jadi bersyukur kerana Allah SWT hadirkan babah yang boleh menjadi sandaran saya untuk bermanja malah babah menjadi figura ayah terbaik.
"Semoga Allah SWT berikan kesihatan buat babah dan beri peluang untuk saya terus berbakti kepadanya," katanya yang sebelum ini mengambil cuti separuh gaji bagi menjaga dan menguruskan bapa angkatnya.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro13:46
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.