
Sebulan berlaku, Abe Aziz belum ditemukan
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
KUALA KRAI: Sudah sebulan berlalu, namun Fauzi Deris, 74, atau lebih mesra dipanggil Abe Aziz masih belum ditemukan sejak warga emas itu dilaporkan hilang pada 9 September di Kampung Kuala Pertang, di sini. (Berita Harian, 15:25)
Read the reporting
1 report
Sebulan berlaku, Abe Aziz belum ditemukan
KUALA KRAI: Sudah sebulan berlalu, namun Fauzi Deris, 74, atau lebih mesra dipanggil Abe Aziz masih belum ditemukan sejak warga emas itu dilaporkan hilang pada 9 September di Kampung Kuala Pertang, di sini.
Anak angkat mangsa, Syafiq Izwan Abdullah, 33, berkata pelbagai ikhtiar dilakukan dalam usaha mencari bapa angkatnya itu termasuk bantuan penduduk kampung dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO), selain mengadakan solat hajat di masjid.
"Saya sekeluarga masih berharap agar abah dapat ditemukan dengan segera dan dalam apa jua keadaan sekalipun. Saya bimbang sebab abah juga ada masalah kesihatan.
"Penduduk kampung masih lagi mencari di kawasan sekitar walaupun sudah tidak tahu arah mana lagi untuk menemui abah," katanya ditemui BERNAMA , hari ini.
Media sebelum ini melaporkan kehilangan warga emas berusia 74 tahun itu selepas keluar dari rumah pada 9 September di Kampung Kuala Pertang.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai lelaki itu diminta menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di talian 09-7450999 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Krai, 09-9666222.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- 2 independent sources, 1 new in the last hour
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian15:25
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Berita Harian, Harian Metro
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.