
Sedia ikut 'aliran' muzik terkini
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
Sedia ikut 'aliran' muzik terkini (Google News Malaysia (BM), 10:17)
Read the reporting
1 report
Sedia ikut 'aliran' muzik terkini
affan.rostam@bh.com.my
Kumpulan rock alternatif popular, Disagree yang membuat kemunculan semula selepas berehat lebih sedekad mengakui cabaran besar menuntut mereka menyesuaikan diri dengan perubahan landskap industri muzik moden.
Vokalisnya, Zahid berkata, perbezaan ketara berbanding era awal pembabitan mereka adalah keperluan teknologi persembahan digital serta keaktifan di platform media sosial bagi kekal relevan.
"Ketika kami muda dulu, semuanya pasang dan terus main. Bawa gitar, pembesar suara dan terus buat persembahan.
"Sekarang kena ada In-Ear Monitor (IEM), muzik latar, stems, komputer riba, dan pasukan jurutera bunyi yang memerlukan kos tinggi.
"Jadi, apabila kembali, kami terfikir bagaimana nak bertahan? Malah kami yang sudah berusia ini kena belajar buat 'live' (siaran langsung) di TikTok. "Sekurang-kurangnya kami perlu terus hadir dan berinteraksi dengan peminat menerusi platform digital," katanya pada sidang media Disagree Live In Concert, Khamis lalu.
Menurut Zahid lagi, sokongan dan ingatan peminat yang sering ditemui sepanjang tempoh mereka berehat sejak 2011 menjadi pendorong utama buat beliau bersama dua lagi anggota, Hamka dan Taa, untuk bersatu semula pertengahan 2023.
Terdahulu, Disagree yang ditubuhkan pada 1995 melancarkan single baharu Let's Do It All Again pada Mei lalu sebagai salam pengenalan fasa baharu kerjaya mereka.
Sebagai kemuncak kemunculan semula, Disagree bakal melancarkan album ketiga bertajuk Black & White in Colour yang memuatkan 21 lagu daripada rakaman rasmi pertama mereka dalam tempoh 17 tahun serta sempena konsert khas Disagree Live In Concert di REXKL pada 24 Oktober ini.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- 2 independent sources
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsGoogle News Malaysia (BM)10:17
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Google News Malaysia (BM), Harian Metro
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.