Malaysian Attention Engine
Live wire
53World : Jordan's King Abdullah II To Begin State Visit To Malaysia On Sunday50General : Special Financial Aid For Taxi And Rental Car Drivers To Be Distributed In Phases Starting Wednesday - Loke46Perbelanjaan pembangunan naik, lonjakan projek baharu belum ketara45General : MARA To Complete Proposed Hospital Feasibility Study In Three Months45Jobless 19yo M’sian Charged With Murdering GF At Rented Room In Kuantan Last Week | WeirdKaya45Business : Malaysia To Reduce Overdependence On Semiconductors, Diversify Economic Growth Sources44Business : Abang Johari Unveils RM14.8 Bln Sarawak Budget For 202744Anthropic AI model went rogue, submitted fake tip to police44Loke: No recent meetings between Transport Ministry and AirAsia44Henti 47 kes Yayasan Akalbudi babit Ahmad Zahid, semakan cabar prosiding Jun 202740Malayan Tigress pesta gol belasah Iraq 4-040General : Ahmad Zahid To Begin Five-Day Working Visit To China Tomorrow
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Sejarah negeri pengaruhi sempadan Kedah

Only social or community posts, or a single source.

Attention
33
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 12 Oct, 11:01 MYTLatest activity 12 Oct, 11:01BMconfidence 60%

What happened

KUALA LUMPUR: Garisan sempadan Kedah hari ini terhasil daripada sejarah panjang yang membabitkan tanah, perjanjian dan kerja ukur. Namun ia bukan sekadar garisan geografi yang dilukis di atas peta, sebaliknya menjadi elemen penting dalam menentukan keselamatan, kedaulatan serta identiti sesebuah negara. (Berita Harian, 11:01)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·3 min read

Sejarah negeri pengaruhi sempadan Kedah

By Abnor Hamizam Abd Manap · 12 Oct, 11:01 MYT

KUALA LUMPUR: Garisan sempadan Kedah hari ini terhasil daripada sejarah panjang yang membabitkan tanah, perjanjian dan kerja ukur. Namun ia bukan sekadar garisan geografi yang dilukis di atas peta, sebaliknya menjadi elemen penting dalam menentukan keselamatan, kedaulatan serta identiti sesebuah negara.

Pensyarah Kanan Fakulti Alam Bina, Universiti Teknologi MARA (UiTM) cawangan Perlis, Dr Ismail Maarof, berkata dalam konteks negeri Kedah, sejarah persempadanan wilayah memperlihatkan evolusi panjang daripada sistem pentadbiran tanah tradisional, perubahan selepas kedatangan British sehinggalah penggunaan teknologi pemetaan moden.

Katanya, sebelum kedatangan kuasa Barat, pemilikan dan pentadbiran tanah di Tanah Melayu berpandukan Undang-undang Adat Melayu, namun, struktur ini mula berubah secara drastik apabila British memperkenalkan pentadbiran undang-undang moden.

"British kemudiannya memutuskan bahawa semua pegangan tanah adat dihentikan selepas tahun 1830 dan diselaraskan mengikut prinsip undang-undang Inggeris," katanya ketika menjadi ahli panel Bicara@Muzium: Sempadan Kedah Dulu dan Kini dan membentangkan tajuk 'Garis Atas Peta, Sempadan Di Bumi Kedah: Menelusuri Sejarah, Perjanjian dan Pemetaan Sejarah'.

Program berkenaan turut menampilkan Ketua Penolong Pengarah Seksyen Kesejahteraan Rakyat, Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Kedah, Raziff Yaacob sebagai ahli panel, manakala Ketua Penolong Pengarah Pejabat Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) Kedah, Perlis dan Pulau Pinang, Dr Shamsul Bahar Abd Rani, menjadi moderator.

Sistem Torrens

Ismail berkata, perubahan sistem pentadbiran tanah itu dimantapkan lagi pada 1882 apabila W E Maxwell dihantar ke Australia untuk mengkaji kesesuaian Sistem Torrens yang kemudiannya membawa kepada pewartaan Ordinan Persempadanan 1884.

Katanya, dalam penentuan sempadan fizikal, khususnya menerusi Perjanjian Bangkok 1909, dua prinsip utama geografi kerap digunakan, iaitu 'alur sungai' yang mengikut garisan paling dalam di sungai utama serta 'legeh gunung' (watershed) yang mengikut puncak tertinggi pemisah air.

"Garisan sempadan turut dimuktamadkan menerusi pelbagai siri perjanjian rasmi, merangkumi Perjanjian Kedah–Pulau Pinang, Perjanjian Bangkok 1899, Perjanjian 1909 (Perlis–Kedah) serta Memorandum Persefahaman (MoU) Sempadan Antarabangsa Malaysia–Thailand.

"Secara keseluruhannya, garisan di atas peta dan batu sempadan di bumi Kedah hari ini adalah warisan perjuangan, diplomasi, dan ketelitian sains ukur yang membentuk kedaulatan tanah watan yang kita nikmati pada hari ini," katanya.

Jika sejarah sempadan negeri memperlihatkan bagaimana garisan wilayah ditentukan melalui undang-undang, diplomasi dan sains ukur, isu tanah warisan pula menunjukkan kepentingan

sempadan yang jelas pada peringkat masyarakat.

Dalam konteks ini, Raziff ketika membentangkan tajuk 'Celik Tanah Warisan: Menelusuri Sejarah, Sempadan dan Hak Milik Tanah Komuniti,' menyebut terdapat tiga isu utama tanah yang sering timbul dalam isu tanah warisan, iaitu wakaf mulut, tanah berongkoi dan sempadan tanah.

Katanya, wakaf mulut berlaku apabila keizinan atau penggunaan tanah oleh generasi terdahulu bertembung dengan urusan pembahagian pusaka, manakala tanah berongkoi merujuk kepada tanah dengan pemilikan bersama (banyak nama berdaftar) dan bahagian fizikal yang tidak jelas.

"Selain itu, isu sempadan tanah pula timbul apabila sempadan tanah dipandukan oleh tanda-tanda lama, usaha penanaman, atau andaian semata-mata yang perlu disahkan secara sah," katanya.

Jangan wariskan konflik

Tambahnya, masalah mungkin hanya bermula dengan 'ayah suruh', tetapi akhirnya membentuk persoalan lebih rumit apabila pusaka diwarisi daripada seorang kepada semakin ramai.

Katanya, niat asal pemberian tanah selalunya terbahagi kepada dua, membabitkan infrastruktur atau komuniti seperti pembinaan jalan, surau atau kemudahan komuniti, selain tanah yang diberi izin untuk membina rumah atau berkebun.

"Apabila beliau meninggal dunia, tanah itu tertakluk kepada undang-undang pusaka dan akhirnya timbul persoalan berkaitan hak.

"Timbul isu sama ada waris yang paling banyak mengusahakan atau membiayai tanah tersebut berhak mendapat bahagian yang lebih besar," katanya.

Katanya, niat atau keizinan terdahulu tidak semestinya menjamin kedudukan hak selepas kematian.

Beliau turut menggesa orang ramai mendapatkan penerangan rasmi pakar apabila timbul kekeliruan, selain mengambil tindakan awal dengan berbincang dan menguruskan isu sebelum menjadi konflik keluarga.

"Jangan wariskan konflik. Wariskan tanah. Wariskan sejarah. Wariskan pengetahuan," katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 33NEWnow
Latest 11:07 MYT
33New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source

Where it started

Berita Harian (News)
12 Oct, 11:01 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    11:01

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Sejarah negeri pengaruhi sempadan Kedah
Berita HarianNewsmainstreamBM

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.