
Selangor serah 200,000 pelitup muka untuk murid, pelajar sekolah
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Selangor serah 200,000 pelitup muka untuk murid, pelajar sekolah (Harian Metro, 15:11)
Read the reporting
1 report
Selangor serah 200,000 pelitup muka untuk murid, pelajar sekolah
am@hmetro.com.my
Shah Alam: Selangor menerusi Unit Pengurusan Bencana Negeri menyerahkan sejumlah 200,000 pelitup muka kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor untuk digunakan murid dan pelajar di seluruh negeri susulan situasi jerebu semasa.
EXCO Pengurusan Bencana Selangor, Mohd Najwan Halimi berkata, pemakaian pelitup muka tidak diwajibkan ketika ini.
"Bagaimanapun, pihak kami menggalakkan murid serta pelajar untuk memakainya terutamanya selepas sekolah kembali dibuka.
"Saya difahamkan murid dan pelajar yang terjejas akibat penutupan sekolah-sekolah ini kini mengikuti pembelajaran mereka secara atas talian. Kita harapkan situasi jerebu yang sedang melanda ini dapat kembali pulih dan sekolah kembali dibuka.
"Bagaimanapun, sebagai persiapan seandainya keadaan ataupun situasi jerebu ini berterusan, pihak kerajaan negeri menerusi Unit Pengurusan Bencana mengambil tindakan menyerahkan pelitup muka ini.
"Agihan akan dilakukan JPN Selangor menerusi Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) ke sekolah-sekolah terutamanya yang berada dalam kawasan yang terjejas jerebu," katanya ketika ditemui di Lobi Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Mohd Najwan berkata, JPN Selangor disyorkan untuk memberikan kemaskini atau maklumat terbaharu berkaitan pembukaan serta penutupan sekolah berdasarkan situasi semasa jerebu.
Katanya, JPN Selangor boleh menetapkan garis masa untuk hebahan maklumat seperti dilakukan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan.
"Saya ada baca kenyataan di peringkat Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan yang menetapkan jam 2.45 petang sebagai masa untuk mereka memberikan maklum balas berikutan ibu bapa perlu buat persiapan.
"Kita tidak tahu esok sekolah atau tidak, jadi ibu bapa perlukan pengesahan awal. Jadi mungkin di peringkat Selangor pun boleh menetapkan satu garisan masa untuk memaklumkan kepada masyarakat terutamanya ibu bapa supaya mereka dapat bersiap sedia seandainya sekolah anak-anak mereka ni ditutup ataupun tidak beroperasi keesokan harinya, maka mereka boleh buat perancangan awal," katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro15:11
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.