Malaysian Attention Engine
Live wire
72Sekolah, institusi pendidikan di kawasan IPU lebih 180 tutup esok55Penubuhan RCI tidak jamin LCS siap segera – Khaled Nordin46Perbelanjaan pembangunan naik, lonjakan projek baharu belum ketara45General : Budget 2027: Health Allocation Must Speed Up Access To Treatment, Cut Waiting Times44General : MINDEF To Use Idle Military Land For Food Security, Veteran Welfare -- Mohamed Khaled44General : TH Depositors' Money Not Used To Fund PERKESO For Religious Workers - Zulkifli44World : Haze: Malaysia, Indonesia Discuss Joint Solutions43Pemancing terkejut jumpa bom mortar di tepi sungai41Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi40General : Sinkhole: JKR To Install Bailey Bridge On Gua Musang-Kota Bharu Road402 suspek curi kabel ditahan selepas kereta terbabas39Gaji minimum naik dari RM1,700 kepada RM2,000 - PM
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Selepas 33 tahun terpisah, takdir temukan Risya dengan bapa di hujung nyawa

Only social or community posts, or a single source.

Attention
32
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 11 Oct, 13:58 MYTLatest activity 11 Oct, 13:58BMconfidence 60%

What happened

Selepas 33 tahun terpisah, takdir temukan Risya dengan bapa di hujung nyawa (Harian Metro, 13:58)

Read the reporting

1 report
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·2 min read

Selepas 33 tahun terpisah, takdir temukan Risya dengan bapa di hujung nyawa

By Mahaizura Abd Malik · 11 Oct, 13:58 MYT

mahaizura@mediaprima.com.my

Kuala Lumpur: Luluh hati wanita ini apabila selepas tiga dekad terpisah, dia akhirnya dapat bertemu semula dengan bapa kandungnya dalam keadaan lelaki itu sedang bertarung nyawa di hospital.

Pertemuan dinantikan Risya Atiqah Roslan itu bagaimanapun hanya berlangsung dalam tempoh 48 jam sebelum bapanya menghembuskan nafas terakhir, 6 Oktober lalu.

Lebih terkilan, wanita itu tidak menyangka bapa dicarinya selama ini rupa-rupanya berada di Klang, Selangor, kira-kira 30 kilometer dari tempat tinggalnya di USJ, Subang Jaya.

Risya Atiqah, 33, berkata, detik pertemuan yang dinantikan sejak kecil itu berlangsung di Hospital Klang, 4 Oktober lalu, dalam keadaan bapanya, Roslan Mabee, 59, tidak sedarkan diri selepas ditidurkan akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

"Saya sedih melihat keadaan ayah dengan tiub dan darah pada perutnya, tetapi saya reda kerana tidak mahu dia terseksa.

"Jadi saya membisikkan perlahan-lahan di telinganya saya tidak lagi marah, sudah memaafkan dan ikhlaskan semuanya.

"Saya tengok air mata ayah mengalir. Mungkin dia dengar dan dia pun sebenarnya berniat hendak jumpa saya, tetapi keadaan tidak mengizinkan," katanya kepada Harian Metro, hari ini.

Menurut Risya Atiqah yang bekerja sebagai koordinator logistik, dia terpisah dengan bapanya sejak usianya hampir setahun selepas kedua-dua orang tuanya bercerai.

Katanya, sejak kecil dia sering bertanyakan mengenai bapanya itu kepada ibunya, namun hanya diberitahu kampung asal lelaki itu di Kampar, Perak.

"Pada 2017, sebelum berkahwin, saya pernah ke Kampar untuk mencari ayah kerana memerlukan wali.

"Tetapi saya cuma dapat berjumpa dengan opah dan adik-beradik ayah saja dan mereka juga tidak tahu di mana ayah berada," katanya.

Menurutnya, setahun selepas berumah tangga, bapanya ada menambahnya sebagai rakan kenalan di Facebook (FB).

"Saya terkejut dan cuba menghubunginya, malah menunjukkan surat nikah dan cerai ibu dan ayah sebagai bukti.

"Dia mengaku malu untuk berjumpa saya, tetapi saya sendiri pun tidak tahu apa yang dimalukan.

"Saya cuba mendapatkan nombor telefon dan alamatnya, namun dia enggan memberitahu termasuk kepada adik-beradiknya sendiri," katanya.

Risya Atiqah berkata, sepanjang tempoh itu, dia tidak pernah berhenti berharap supaya dapat bertemu bapanya walaupun komunikasi mereka menerusi FB tidak menentu kerana lelaki itu sering menghilangkan diri.

"Tiba-tiba Ahad lalu, bapa saudara saya memaklumkan ayah tidak sedarkan diri dan sedang dirawat di Hospital Klang.

"Semasa di hospital itulah kali pertama saya dapat melihat wajahnya, bersalam dan mencium tangannya sebelum ayah akhirnya disahkan meninggal dunia pada Selasa," katanya.

Menurutnya, walaupun sedih, namun dia lega melihat jenazah bapanya dalam keadaan wajahnya seakan tersenyum.

"Mungkin ayah tahu ada anak yang menguruskannya. Dulu ayah pernah cakap dia seorang diri dan berharap ada orang akan menjaganya.

"Jadi sekurang-kurangnya dia tidak meninggal dunia keseorangan," katanya.

Risya Atiqah berkata, biarpun tidak sempat merasai kasih sayang seorang bapa sepanjang membesar, dia bersyukur dapat menunaikan tanggungjawab terakhir sebagai anak dengan menguruskan jenazah Roslan yang dikebumikan di Kampar.

"Walaupun saya tak ada kenangan dengan ayah, sebagai anak saya lega dapat buat perkara baik yang terakhir seperti apa yang arwah ayah mahukan.

"Sebenarnya jauh di sudut hati, tak ada sedikit pun dendam, lagipun ibu tidak pernah ajar saya membenci ayah.

"Saya harap anak saya juga akan mengambil ini sebagai teladan supaya berbuat baik kepada ibu bapa walau apa jua keadaan," katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow
Latest 14:15 MYT
32New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Harian Metro) source

Where it started

Harian Metro (News)
11 Oct, 13:58 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Harian Metro
    13:58

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.