
'Semoga pahala sampai pada arwah emak' - Tuan Nor Azwani abadikan rindu dengan sedekah jariah
Only social or community posts, or a single source.
What happened
'Semoga pahala sampai pada arwah emak' - Tuan Nor Azwani abadikan rindu dengan sedekah jariah (Harian Metro, 04:00)
Read the reporting
1 report
'Semoga pahala sampai pada arwah emak' - Tuan Nor Azwani abadikan rindu dengan sedekah jariah
mahaizura@mediaprima.com.my
Kuala Lumpur: Setiap kali berkongsi rezeki, Tuan Nor Azwani Tuan Ismail hanya menyimpan satu harapan supaya kebaikan itu akan terus mengalir buat arwah ibunya yang meninggal dunia lebih dua tahun lalu.
Wanita itu berkongsi menerusi pelbagai bentuk sedekah jariah termasuk membawa individu terpilih menunaikan umrah, menyediakan van jenazah serta membantu kanak-kanak dan keluarga memerlukan.
Bahkan, Tuan Nor Azwani, 32, yang terkenal dengan sikap pemurah turut menyediakan 'hadiah' secara rawak setiap hari sebagai tanda penghargaan dan meraikan pengikutnya di media sosial.
Dia menganggap wang diperuntukkan untuk membantu orang lain itu sebagai 'wang bulanan' buat Allahyarham ibunya, Rahimah Jusoh yang meninggal dunia pada 21 Jun 2024.
Kongsinya, semua yang dilakukan bermula apabila hasratnya untuk membawa arwah ibu menunaikan umrah tidak kesampaian disebabkan pandemik Covid-19 yang lalu dan kesihatan arwah Rahimah yang semakin merosot.
"Selepas emak meninggal dunia, hidup saya rasa macam 'out' (kosong). Jadi kebanyakan keputusan yang saya buat sekarang ini semuanya berkait dengan arwah.
"Contohnya, saya teruskan niat itu dengan menaja antara dua hingga empat individu setahun termasuk kenalan arwah, penduduk kampung dan pengikut media sosial menunaikan umrah.
"Sampai sekarang sudah menjadi tabiat hampir setiap hari mulut saya akan sebut 'semoga dapat hantar emak dan ayah ke Makkah' kemudian baru teringat, rupanya emak sudah tiada," katanya kepada Harian Metro.
Berkongsi latar belakangnya, Tuan Nor Azwani yang menetap di Seri Alam Masai, Johor bersama suaminya, Jalaluddin Mat Ali, 34, berkata, dia membesar dalam keluarga serba kekurangan malah bapanya, Tuan Ismail Tuan Mat, 78, pernah menerima bantuan zakat dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) manakala arwah ibunya pula dalam kalangan asnaf tegar.
"Keluarga saya juga pernah diuji apabila rumah kami di Bachok, Kelantan terbakar pada 2014 ketika saya dalam (menuntut pengajian) semester satu di Universiti Utara Malaysia (UUM).
"Saya terpaksa menangguhkan pengajian untuk cari duit dengan mengusahakan perniagaan minyak aromaterapi bagi membantu membina semula rumah kami," katanya.
Pemergian ibunya juga menjadi satu lagi titik perubahan dalam hidupnya apabila jenazah yang sepatutnya dikebumikan selepas Asar terpaksa menunggu sehingga selepas Maghrib kerana ketiadaan van jenazah.
"Masa arwah emak meninggal dunia, saya rasa ralat kerana jenazah sudah siap tetapi kena menunggu van.
"Dari situ saya putuskan untuk membeli van jenazah untuk kegunaan kariah Masjid Mukim Teratak Pulai Bator, Bachok dan masjid berdekatan lain.
"Selain itu, pengalaman saya melihat sebuah keluarga terpaksa menunggu kutipan wang untuk membeli kain kafan turut membuka mata saya supaya menyediakan kit kelengkapan pengurusan jenazah termasuk kain kafan, wang ringgit serta keperluan asas lain sebagai persediaan kematian sendiri dan keluarga," katanya.
Pada masa sama, Tuan Nor Azwani turut berkongsi rezeki dengan kanak-kanak di sekitar Seri Alam sejak 2024 menerusi pemberian makanan, alat tulis, pakaian sekolah dan keperluan lain mengikut kemampuannya.
"Biasanya saya akan membawa makanan dalam but kereta untuk diagihkan kepada kanak-kanak di taman atau kawasan flat ketika ada masa lapang.
"Pada waktu malam pula, saya akan singgah di dataran surau dengan membawa jajan, makanan segera atau pencuci mulut manakala di rumah saya turut sediakan satu tempat khas untuk letak makanan ringan, buah-buahan dan minuman kerana lebih mudah disimpan.
"Melihat mereka terutama kanak-kanak yang lapar, membuatkan hati saya tersentuh sebab saya tahu macam mana gembiranya apabila orang beri barang dan makanan percuma," katanya.
Katanya, kesempitan hidup keluarganya pada masa lalu membuatkannya tekad terus berkongsi rezeki apabila sudah berkemampuan dan percaya apa yang dikongsikan akan datang semula kepadanya dalam bentuk lebih baik.
"Saya juga anggap ini sebagai 'duit bulanan' untuk emak dan semoga asbab ini mengalir sedikit kebaikan untuk dia," katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro04:00
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.