'Seolah-olah alam memanggil saya' - Guru muzik terbang ke Nepal bantu 300 mangsa banjir
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Details are being gathered from the sources below.
Read the reporting
1 report'Seolah-olah alam memanggil saya' - Guru muzik terbang ke Nepal bantu 300 mangsa banjir
KUALA LUMPUR – Keprihatinan terhadap nasib mangsa banjir di Nepal mendorong seorang guru muzik dari Malaysia, Wong Siew Ngan terbang ke negara itu dengan membawa bekalan bantuan bagi meringankan beban 300 keluarga terjejas.Tanpa mewakili misi kerajaan atau organisasi bantuan berskala besar, Siew Ngan membantu mereka yang kehilangan tempat tinggal dan terpaksa berlindung di pusat penempatan sementara atau menyewa bilik.Menurut laporan The Kathmandu Post, wanita itu membawa barangan seperti salap antiseptik, tuala dan stoking dari Malaysia sebelum membeli keperluan tambahan selepas tiba di Kathmandu, termasuk minyak masak dan sebuah lori penuh selimut hijau.Bantuan itu kemudian dibawa ke daerah Nuwakot untuk diagihkan kepada mangsa banjir.Beliau berkata, bantuan mula dikumpulkan selepas mengetahui bencana berkenaan ketika berada di Korea Selatan."Semasa dalam perjalanan pulang ke Malaysia, saya merasakan saya perlu datang ke Nepal. Seolah-olah alam sendiri memanggil saya," katanya.Siew Ngan kemudian menghubungi rakan-rakan untuk mendapatkan sumbangan bagi membantu mangsa terjejas.Pada awalnya, sasaran bantuan hanya untuk 100 keluarga, namun, hasil kerjasama rakan-rakannya dan sokongan ahli kumpulan muzik yang dipimpinnya, jumlah bantuan berjaya ditingkatkan bagi memenuhi keperluan 300 keluarga.Ujarnya, dirinya berasa lega apabila melihat mangsa banjir berpeluang memilih sendiri barangan yang diperlukan mereka."Saya bimbang sama ada sistem bantuan di Nepal benar-benar dapat memastikan barangan yang dibawa sampai kepada mereka yang memerlukannya tetapi melihat mereka memilih sendiri bekalan itu hari ini membuatkan saya lebih yakin," jelas beliau.Beliau turut mengakui pada mulanya bimbang mengenai cara untuk menghantar bekalan ke kawasan terjejas, terutama selepas dimaklumkan bahawa kira-kira 40 kilometer jalan raya musnah akibat bencana berkenaan.Menurutnya, penggunaan helikopter untuk membawa bantuan juga memerlukan kos yang terlalu tinggi bagi seorang penyumbang persendirian.Selain membantu keluarga terjejas di Nuwakot, Siew Ngan turut mengagihkan pakaian sukan dan barangan lain kepada 65 kanak-kanak yatim di Yangla Sing Gumba sebelum pulang ke Kuala Lumpur.Beliau yang dikenali sebagai guru muzik di Malaysia turut mengasaskan sistem notasi muzik Braille, Joyful Braille Music Notation untuk individu yang mengalami masalah penglihatan selain merupakan presiden Hearts Symphony Society, kumpulan muzik yang pernah mengadakan persembahan di Sekolah LRI di Kathmandu.Bencana yang berlaku pada 26 Ogos menyebabkan kemusnahan besar di Nuwakot, Rasuwa, Dhading dan beberapa daerah lain sehingga mengorbankan ratusan nyawa, menyebabkan ribuan orang masih hilang dan memaksa ribuan penduduk meninggalkan kediaman masing-masing.Banjir itu turut memusnahkan rumah dan infrastruktur yang dianggarkan bernilai berbilion rupee.Menurut data Pihak Berkuasa Pengurangan dan Pengurusan Risiko Bencana Kebangsaan Nepal, seramai 1,453 orang terkorban manakala 5,285 lagi masih belum ditemukan.Seramai 11,226 orang turut cedera, sementara 13,795 mangsa berjaya diselamatkan.Kira-kira 1,109 penduduk yang kehilangan tempat tinggal masih menetap di pusat penempatan sementara di Rasuwa, Nuwakot dan Dhading.
Why it is new
Not enough measurements yet to explain the score. Explanations are generated only from stored data.
Attention graph
Not enough history in this window yet. The engine measures every five minutes.
Timeline
No timeline yet.
Where it started
Unknown.
How it spread
Not enough data to show how this spread.
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Nothing independently established yet.
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.