
Serangan Houthi: Kerajaan nasihat rakyat tangguh umrah buat sementara
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
Serangan Houthi: Kerajaan nasihat rakyat tangguh umrah buat sementara (Harian Metro, 21:05)
Read the reporting
1 report
Serangan Houthi: Kerajaan nasihat rakyat tangguh umrah buat sementara
am@hmetro.com.my
Rembau: Rakyat Malaysia dinasihatkan menangguhkan hasrat menunaikan ibadah umrah berikutan ancaman keselamatan susulan serangan pemberontak Houthi terhadap Arab Saudi yang menyasarkan orang awam dan infrastruktur awam.
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, walaupun kerajaan tidak mengeluarkan larangan rasmi, langkah menangguhkan perjalanan itu amat penting demi keselamatan jemaah negara ini.
Katanya, Kementerian Luar cuma memberi nasihat kerana mendapati perjalanan ke Arab Saudi dikategorikan sebagai tidak selamat.
"Jika tidak ada apa-apa keperluan yang mendesak, Kementerian Luar menasihatkan supaya tangguhkan dulu. Namun terpulanglah kepada jemaah, mereka boleh berunding dengan syarikat yang menguruskan pakej umrah mereka.
"Lagi pun umrah boleh dibuat bila-bila masa," katanya kepada media selepas menyampaikan bantuan pelajaran, am dan warga emas Parlimen Rembau di Dewan Orang Ramai Rantau di sini, hari ini.
Mohamad berkata, Kementerian Luar mengklasifikasikan perjalanan ke rantau berkenaan sebagai tidak selamat ketika ini.
Beliau berkata, sebarang kemungkinan boleh berlaku jika berada di kawasan terdedah kepada serangan.
"Dalam keadaan ini, kita tidak tahu apa yang boleh berlaku. Kita tidak menyangka Lapangan Terbang Riyadh boleh dibom atau peluru berpandu boleh sampai ke kawasan berkenaan. Perkara ini tidak boleh dipandang mudah," katanya.
Ahli Parlimen Rembau itu berkata, Malaysia mengecam sebarang tindakan agresif terhadap sebuah negara yang merdeka dan mahu rundingan serta gencatan senjata segera diadakan.
Katanya, keamanan di rantau terbabit perlu dicapai seberapa segera kerana ia membabitkan orang awam yang menjadi mangsa.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- 2 independent sources, 2 new in the last hour
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro21:05
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Berita Harian, Harian Metro
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (3)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.