
Sharnaaz minta netizen hentikan sengketa
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
Sharnaaz minta netizen hentikan sengketa (Harian Metro, 16:08)
Read the reporting
1 report
Sharnaaz minta netizen hentikan sengketa
puterialia@hmetro.com.my
Kuala Lumpur : Pelakon, Sharnaaz Ahmad meluahkan rasa kesal membabitkan hubungan Malaysia dan Indonesia yang menjadi perhatian selepas timbul kontroversi membabitkan seorang pelakon dari negara jiran itu.
Menerusi hantarannya di Instagram, Sharnaaz pada mulanya dia mengelak daripada mengulas isu terbabit, namun merasakan tindakan itu sudah keterlaluan dan perlu dihentikan segera.
"Macam ini la aku memang tak nak buat pun buat video pasal benda ni, tapi aku rasa benda ni terlampau banyak. Pertamanya, aku ada tengok video yang pasal pelakon Indonesia yang cerita pasal sejarah kita. Dia mengajar kita pasal sejarah kita," ujarnya.
Meskipun menyifatkan tindakan pelakon seberang itu mencerminkan mentaliti individu terbabit, Sharnaaz menegaskan dia tidak mahu meletakkan kesalahan kepada mana-mana pihak kerana pergaduhan berkenaan tidak akan membawa sebarang penyelesaian.
Pelakon filem Magik Rompak itu turut menitipkan pesanan khusus buat pelakon Indonesia berkenaan supaya menjaga batasan agar persahabatan akrab antara pelakon di negara jiran tidak terjejas.
"Cuma apa yang saya nak pesan dekat pelakon terbabit, macam inilah jangan disebabkan anda seorang, aku dan rakan-rakan yang lain bermasam muka, kami ini berkawan dah lama.
"Jangan benda-benda macam ini merosakkan kami punya hubungan sebab industri Malaysia ini industri Nusantara termasuk Singapura, Brunei, Thailand, Indonesia apa salahnya," katanya lagi.
Dalam pada itu, Sharnaaz turut menasihati netizen di kedua-dua negara agar tidak memanjangkan permusuhan dan bersikap terlalu 'over' dalam melontarkan pandangan di media sosial.
"Cuba kalau Malaysia dengan Indonesia bergabung, lagi 'best', lagi 'enjoy'. Kita boleh berbual dengan baik, kita boleh berkongsi budaya bersama, daripada kita nak bergaduh macam ni," katanya yang mengajak orang ramai supaya melupakan sengketa lama dan melangkah ke hadapan.
Sementara itu, Sharnaaz turut mengingatkan bahawa setiap negara mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri yang perlu diraikan, namun memperingatkan agar tiada pihak yang sengaja mencabar kerana setiap perkara mempunyai batasannya.
"Benda yang lepas kita bergerak ke hadapan. Masing-masing ada kebaikan dan keburukan. Nikmati ketidaksempurnaan. Tapi jangan cabar, semua ada batas," ujarnya lagi.
Terdahulu, seorang pelakon Indonesia iaitu Boy Hamzah didakwa mengulas isu boikot oleh rakyat Malaysia terhadap sebuah jenama Indonesia, Kahf.
Boy turut membandingkan jumlah penduduk Malaysia yang dianggarkan seramai 34 juta orang dengan Indonesia yang mempunyai kira-kira 288.5 juta penduduk.
Berdasarkan perbezaan itu, Boy mendakwa tindakan boikot yang dilakukan rakyat Malaysia tidak akan memberi impak besar kepada jenama terbabit.
Malah, Boy turut menyentuh soal sejarah dengan mendakwa Malaysia tidak akan wujud tanpa Indonesia.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro16:08
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.