Malaysian Attention Engine
Live wire
58Perbelanjaan pembangunan naik, lonjakan projek baharu belum ketara54General : Govt Creates Postal Fund With Initial Allocation Of RM150 Mln - Fahmi51Dua wanita rentung, Myvi terbakar lepas bertembung lori48Ribut petir hampir seluruh negara petang ini45‘Buat anak ayah, semoga Allah jaga hati kamu berdua’41BELANJAWAN 2027 | Cuti Bersalin Penjawat Awam Naik Daripada 360 Kepada 490 Hari41General : MEF Welcomes RM2,000 Minimum Wage, MSME Exemption41Gaji minimum naik dari RM1,700 kepada RM2,000 - PM40General : Budget 2027 Shows Govt's Commitment To Boosting Sabah's Interior Development - Arthur40World : Egypt President To Begin Two-Day State Visit To Malaysia40Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi38General : Thunderstorm, Heavy Rain Warning In 14 States Until 6 Pm
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Siasat segera syarikat Malaysia didakwa terkait kebakaran di Indonesia: Wan Saiful

Only social or community posts, or a single source.

Attention
20
no previous hour
Momentum
24
0 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 10 Oct, 12:59 MYTLatest activity 10 Oct, 12:59BMconfidence 60%

What happened

KUALA LUMPUR - Kerajaan diminta menyiasat dan bertindak segera susulan pendedahan kumpulan alam sekitar, Greenpeace berhubung syarikat Malaysia dikaitkan dengan kebakaran hutan dan tanah gambut di Indonesia, sehingga menyebabkan jerebu rentas sempadan. (Scoop, 12:59)

Read the reporting

1 report
Photo: Scoop
Scoop·News·BM·2 min read

Siasat segera syarikat Malaysia didakwa terkait kebakaran di Indonesia: Wan Saiful

By Wartawan Scoop · 10 Oct, 12:59 MYT

KUALA LUMPUR - Kerajaan diminta menyiasat dan bertindak segera susulan pendedahan kumpulan alam sekitar, Greenpeace berhubung syarikat Malaysia dikaitkan dengan kebakaran hutan dan tanah gambut di Indonesia, sehingga menyebabkan jerebu rentas sempadan.

Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, siasatan segera, telus dan menyeluruh perlu dilakukan bagi mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab serta menentukan kaitan mereka dengan krisis jerebu ini.

Beliau memberitahu, rakyat Malaysia tidak sepatutnya terus menanggung akibat pencemaran udara yang berulang setiap tahun.

“Jerebu mengancam kesihatan, meningkatkan risiko penyakit pernafasan, menjejaskan kegiatan ekonomi dan merosakkan alam sekitar.

“Apabila sekolah terpaksa ditutup akibat jerebu yang serius, anak-anak kehilangan waktu pembelajaran, manakala ibu bapa dan peniaga turut menanggung kesannya. Ini satu bentuk penganiayaan terhadap rakyat yang tidak sepatutnya dibiarkan berulang,’’ katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.

Baru-baru ini, Greenpeace mengenal pasti lebih 20 syarikat perladangan termasuk dari Malaysia dan Singapura yang didakwa terkait dengan penemuan kebakaran hutan dan tanah gambut di Indonesia pada 2026.

Berdasarkan data sumber kebakaran yang dianalisis kumpulan alam sekitar itu, ia mengesan 6,811 titik sumber asap dari 1 Ogos hingga 1 Oktober di seluruh Kalimantan, Papua, Sumatera, Sulawesi dan Maluku.

Indonesia kini sedang berdepan antara musim kebakaran terburuk dalam beberapa tahun kebelakangan ini apabila fenomena El Niño yang semakin kuat meningkatkan suhu dan memburukkan keadaan kemarau, menjadikan kawasan daratan mudah terbakar.

Turut menyumbang kepada kebakaran yang tidak terkawal itu ialah amalan pertanian tebang dan bakar yang telah lama diamalkan, namun sukar dibendung meskipun pihak berkuasa Indonesia berulang kali mengambil tindakan untuk menghentikannya.

Mengulas lanjut, Wan Saiful turut menggesa kerajaan supaya mewujudkan tabung pampasan khas yang dibiayai oleh syarikat-syarikat terbabit bagi membantu mangsa jerebu termasuk membiayai kos rawatan kesihatan, pemulihan alam sekitar dan kerugian yang dapat dibuktikan.

Jelasnya, rakyat tidak sepatutnya terus menanggung kos akibat pencemaran yang berpunca daripada syarikat-syarikat terkait, yang terus memperoleh keuntungan berjuta-juta.

“Saya juga menyeru mereka yang terjejas bersama-bersama Organisasi Masyarakat Sivil (CSO) untuk mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap entiti-entiti syarikat yang terbukti bertanggungjawab.

“Kita tidak boleh sekadar mengeluarkan kenyataan setiap kali jerebu melanda, sedangkan rakyat terus terdedah kepada risiko kesihatan dan kerugian ekonomi. Tindakan mesti berasaskan bukti dan dilaksanakan melalui saluran undang-undang yang sah,’’ katanya. - 10 Oktober, 2026

The post Siasat segera syarikat Malaysia didakwa terkait kebakaran di Indonesia: Wan Saiful appeared first on Scoop .

As published in Scoop’s feed.Read at Scoop

1 / 1 · arrow keys switch reports

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow14:0015:00
Latest 15:09 MYT
20New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Scoop) source

Where it started

Scoop (News)
10 Oct, 12:59 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News
    Scoop
    12:59

Internet reaction

What we know

  • Nothing independently established yet.

What we don’t know

  • No established news outlet has reported this yet; details come from social or community posts
  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

Siasat segera syarikat Malaysia didakwa terkait kebakaran di Indonesia: Wan Saiful · Malaysian Attention Engine