
Sibuk debat sampai tak dapat balik beraya tapi tetap raih CGPA 3.70
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Sibuk debat sampai tak dapat balik beraya tapi tetap raih CGPA 3.70 (Harian Metro, 07:02)
Read the reporting
1 report
Sibuk debat sampai tak dapat balik beraya tapi tetap raih CGPA 3.70
am@hmetro.com.my
SIBUK dengan aktiviti kampus tidak menjadi penghalang buat tiga penuntut universiti awam ini untuk mengekalkan prestasi cemerlang dalam akademik.
Aktiviti kampus menjadi tempat untuk mencuba perkara baharu demi menimba pengalaman yang boleh membantu mereka di masa akan datang.
Naib Yang di-Pertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Aiman Durrani Osman, 22, berkata, dia mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan jadual harian yang penuh dengan aktiviti kampus.
"Disebabkan aktiviti kampus yang banyak seperti perjumpaan, menguruskan program dan tugasan pensyarah, ia memberi cabaran buat saya pada awalnya untuk membiasakan diri dengan jadual yang padat.
"Selepas beberapa minggu, saya dah mula membiasakan diri dan ia sudah menjadi sebati dengan diri saya," katanya kepada yang memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.65 (setakat artikel ini ditulis).
Penuntut Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Dengan Bahasa Inggeris (Kepujian) Profesional itu berkata, bagi mengatasi cabaran itu, dia mengutamakan disiplin diri serta sentiasa menepati masa terluang.
"Untuk elak kerja tertangguh, saya akan pastikan tugasan diberikan pensyarah disiapkan terlebih dahulu sebab bila saya mula aktif dengan aktiviti kampus, memang akan ada kemungkinan jadual saya berubah.
"Saya juga perlu pandai 'bekerja' di bawah tekanan untuk memastikan semua tugasan serta aktiviti berjalan dengan lancar," kata penuntut Ijazah Komunikasi Perniagaan Dengan Bahasa Inggeris (Kepujian) itu.
Bagi penuntut Universiti Teknologi MARA (UiTM) pula, Nur Qalisya Abdull Aziz, 22, dia tidak pernah menjadikan kesibukan menyertai pelbagai aktiviti yang dianjurkan di kampus sebagai alasan untuk tidak fokus dalam kelas.
"Walau sesibuk mana saya mengendalikan aktiviti kampus, saya tidak pernah menjadikannya sebagai alasan untuk mengabaikan tugasan akademik saya," katanya ketika ditemu bual.
Nur Qalisya yang juga penerima Anugerah Naib Canselor (ANC) berkata, antara resipi kejayaannya adalah pandai membahagikan masa dan memastikan masa terluang akan dipenuhi dengan melakukan tugasan yang diberikan pensyarah serta mengulang kaji pelajaran.
"Saya akan pastikan semua tugasan disiapkan awal untuk memastikan tiada kerja yang tertunggak dan kalau musim peperiksaan mendekat, saya akan memastikan untuk mengulang kaji pelajaran.
"Selain itu, restu dan doa ibu bapa itu penting. Sebelum dan selepas pembentangan tugasan atau peperiksaan, saya akan meminta ibu bapa untuk doakan," katanya yang memperoleh CGPA 3.85 menerusi Ijazah Sarjana Muda Bahasa Gunaan (Kepujian) Bahasa Inggeris Komunikasi Profesional.
Dia juga berkata, banyak kelebihan diperoleh sejak dia menyertai aktiviti kampus itu.
"Saya dapat memperoleh pengalaman baru di luar silibus pembelajaran seperti membuat banyak kenalan baru serta dapat memantapkan kemahiran komunikasi dan pengalaman ini penting untuk pembentukan diri saya," katanya.
Sementara itu, penuntut Universiti Putra Malaysia (UPM), Muhammad Syahmi Sahara, 22, berkata, dia terpaksa menyambut hari raya berseorangan di kampus untuk memastikan semua tugasan dan aktiviti dapat diselesaikan.
"Pengorbanan terbesar saya adalah saya tidak dapat meluangkan masa bersama keluarga dan terpaksa berjauhan dengan mereka selama setahun.
"Sedih itu pasti tapi itu antara perkara yang saya perlu gadai untuk memastikan semua kerja disiapkan," katanya pemegang Ijazah Sarjana Muda Sastera Pengajian Bahasa Perancis Dengan Kepujian.
Dia yang kini menyambung pengajian Ijazah Sarjana Sastera Pengajian Wacana (Perancis) itu berkata, kesibukan aktiviti kampus mengajar dirinya untuk menjadi lebih disiplin, pandai membahagikan masa dan tidak mengharapkan kepada satu jalan sahaja.
"Disebabkan saya terpaksa sibuk dengan debat saya, saya mengambil inisiatif untuk melakukan pembelajaran bersendiri dan tidak mengharapkan sepenuhnya kepada pensyarah sahaja.
"Latihan tambahan ini menjadikan saya lebih faham apa yang pensyarah ajar," katanya yang memperoleh CGPA 3.70 dan kini mengikuti pengajian ijazah sarjana.
Katanya, untuk menjadi pelajar yang cemerlang, akademik sahaja tidak memadai dan perlu elak menjadi pelajar 3K (kuliah, kafe dan katil).
"Kita kena keluar, mencuba perkara baharu dan ambil semua peluang yang ada supaya kita boleh bersedia untuk dunia pekerjaan.
"Memang awalnya sukar, tapi kalau kita pandai membahagikan masa dan mengutamakan perkara yang penting, semuanya akan berjalan lancar," katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro07:02
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.