Malaysian Attention Engine
NewUnconfirmedupdated 1 h ago

Sindiket ambil kesempatan cuaca berjerebu seludup PATI

Only social or community posts, or a single source.

Attention
41
no previous hour
Momentum
48
2 vs 0 mentions/h
Sources
1
2 mentions
Platforms
1
News
First detected 20 Oct, 18:11 MYTLatest activity 20 Oct, 18:26BMconfidence 62%

What happened

PELABUHAN KLANG - Sindiket penyeludupan migran dipercayai mengambil kesempatan terhadap keadaan cuaca berjerebu di utara perairan Selangor bagi menyeludup masuk warga Indonesia ke negara ini.Bagaimanapun, kegiatan itu dipatahkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Selangor selepas menahan sebuah bot kayu membawa 57 pendatang asing tanpa izin (PATI) di perairan Tanjung Karang, kira-kira jam 12 tengah malam Selasa.Pengarah Maritim Malaysia Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin Muhammad Salleh berkata, keadaan jerebu berpotensi menyukarkan pengesanan sasaran.Menurutnya, la (Sinar Harian, 18:11)

Read the reporting

2 reports
Sinar Harian·News·BM·2 min read

Sindiket ambil kesempatan cuaca berjerebu seludup PATI

By MUHAMMAD AMINNURALIFF MOHD ZOKI · 20 Oct, 18:11 MYT

PELABUHAN KLANG - Sindiket penyeludupan migran dipercayai mengambil kesempatan terhadap keadaan cuaca berjerebu di utara perairan Selangor bagi menyeludup masuk warga Indonesia ke negara ini.Bagaimanapun, kegiatan itu dipatahkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Selangor selepas menahan sebuah bot kayu membawa 57 pendatang asing tanpa izin (PATI) di perairan Tanjung Karang, kira-kira jam 12 tengah malam Selasa.Pengarah Maritim Malaysia Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin Muhammad Salleh berkata, keadaan jerebu berpotensi menyukarkan pengesanan sasaran.Menurutnya, laluan utara yang digunakan bot berkenaan turut berada di kawasan pinggir liputan radar, menyebabkan pengesanan lebih mencabar berbanding kawasan yang lebih hampir dengan pantai."Jerebu boleh memudahkan mereka memasuki kawasan perairan kita kerana pengesanan radar menjadi lebih sukar."Sasaran yang dikesan mungkin kelihatan terlalu kecil pada paparan radar, menyebabkan ia tidak dapat dikesan dengan baik," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Maritim Malaysia Selangor, Pelabuhan Klang di sini pada Selasa.Beliau berkata, kejayaan tangkapan itu hasil maklumat risikan yang diterima kira-kira jam 11 malam."Sebuah bot iaitu bot Pengalang 41 kemudian diatur gerak ke lokasi bagi menjalankan pemeriksaan."Hasil pemeriksaan mendapati bot kayu berwarna merah berjalur hitam itu membawa seorang tekong, dua awak-awak dan 54 penumpang terdiri daripada 31 lelaki serta 23 wanita berusia antara 18 hingga 60 tahun," katanya.Abdul Muhaimin berkata, siasatan awal mendapati setiap individu dipercayai dikenakan bayaran antara RM1,300 hingga RM1,500 untuk perjalanan berkenaan."Tekong pula dipercayai menerima upah kira-kira RM1,600, manakala setiap awak-awak menerima sekitar RM1,500," katanya."Perjalanan dari Indonesia ke Malaysia mengambil masa kira-kira 26 jam dan sindiket dipercayai mengumpulkan migran di satu lokasi di Indonesia sebelum menggerakkan mereka menggunakan laluan laut," katanya.Menurutnya, sebahagian migran dipercayai memilih laluan tidak sah untuk memasuki semula negara ini kerana pernah disenarai hitam, termasuk akibat tinggal melebihi tempoh dibenarkan.Katanya, kegiatan itu turut didorong faktor ekonomi apabila ada antara mereka yang datang untuk mencari pekerjaan di Malaysia."Modus operandi mereka berubah-ubah, ada yang sudah biasa menggunakan laluan ini dan ada juga yang baru pertama kali memasuki Malaysia."Kita sentiasa memantau kegiatan ini dan akan terus meningkatkan usaha penguatkuasaan bagi menghalang kemasukan migran melalui laluan tidak sah," katanya.Beliau berkata, Maritim Malaysia tidak akan berkompromi dengan jenayah rentas sempadan dan akan memberi tumpuan kepada usaha mengesan dalang, tekong serta ejen sindiket."Kes disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 kerana memasuki perairan Malaysia melalui laluan yang tidak diwartakan serta Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM)."Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kegiatan jenayah di laut diminta menghubungi Pusat Operasi Maritim atau talian kecemasan MERS 999," katanya.

As published in Sinar Harian’s feed.Read at Sinar Harian

1 / 2 · arrow keys switch reports

Why it is new

  • 2 mentions in the last hour after none the hour before
  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 2 mentions/hpeak 42first news pick-upNEWnow
Latest 18:42 MYT
41New
Mentions / h2Velocity0.03/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Sinar Harian) source
  2. News
    First news outlet reports it (Sinar Harian) source

Where it started

Sinar Harian (News)
20 Oct, 18:11 MYT
Origin confidence 90% · 15 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Sinar Harian
    18:11

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Sinar Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (2)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.