
SISPAA medium perbetul kepincangan, bukan alat aniaya guru
Only social or community posts, or a single source.
What happened
DALAM sesebuah organisasi, teguran dan aduan adalah sebahagian daripada proses memperbaiki kelemahan dalam sesuatu perkhidmatan. (Berita Harian, 08:04)
Read the reporting
1 report
SISPAA medium perbetul kepincangan, bukan alat aniaya guru
DALAM sesebuah organisasi, teguran dan aduan adalah sebahagian daripada proses memperbaiki kelemahan dalam sesuatu perkhidmatan.
Jika dalam perkhidmatan awam, matlamat utamanya adalah untuk memperbetulkan sebarang kepincangan atau pelanggaran tatakelola satu prosedur operasi standard (SOP). Teguran hanya membawa manfaat apabila dibuat dengan niat membetulkan keadaan, berasaskan fakta dan disampaikan melalui saluran betul.
Atas sebab itu, kerajaan mewujudkan Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) bagi membolehkan orang ramai menyalurkan aduan terhadap mutu perkhidmatan kerajaan, termasuk kelemahan, kecuaian dan salah laku penjawat awam. Mekanisme ini penting untuk memastikan setiap aduan diberikan perhatian, sekali gus meningkatkan kecekapan, integriti dan akauntabiliti perkhidmatan awam.
Namun, timbul persoalan apabila saluran yang baik ini disalahgunakan untuk mencari kesalahan, melemparkan tuduhan atau membina persepsi buruk terhadap penjawat awam, termasuk guru. Lebih membimbangkan apabila aduan dibuat bukan kerana berlaku salah laku, tetapi didorong rasa tidak puas hati, masalah peribadi atau berniat menekan individu tertentu.
Guru, misalnya, bukan sahaja bertanggungjawab menyampaikan ilmu, malah perlu mengurus disiplin, membentuk sahsiah dan memastikan keselamatan murid. Ketegasan melaksanakan tanggungjawab kadangkala tidak disenangi ibu bapa bahkan murid, lalu SISPAA dijadikan ruang mempersoal atau menuduh guru yang menjadi sasaran.
Selain mendidik, guru juga bertanggungjawab menegur kesalahan, membentuk disiplin dan membimbing murid memahami batas tingkah laku. Jika setiap teguran dianggap sebagai penganiayaan dan jika tindakan disiplin berakhir dengan aduan, guru mungkin berasa takut untuk bertindak walaupun demi kebaikan murid.
Atas faktor ini, apabila Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mahu supaya SISPAA Kementerian Pendidikan (KPM) diperketatkan, ia difahami sebagai satu bentuk rayuan. Ini kerana NUTP mendapati saluran itu terdedah luas kepada eksploitasi, termasuk bagi memfitnah, mencemarkan reputasi dan menganiaya pendidik.
NUTP menggesa SISPAA KPM dirombak dengan mewajibkan pengesahan identiti pengadu serta tapisan integriti dakwaan sebelum siasatan terhadap guru dimulakan.
Bermakna, setiap aduan perlu dinilai secara adil, berserta bukti dan penjelasan daripada semua pihak sebelum sebarang kesimpulan dibuat. Aduan palsu atau berniat menganiaya juga perlu ditangani melalui mekanisme sesuai supaya SISPAA tidak menjadi senjata menjatuhkan reputasi guru.
Masyarakat perlu memahami hak mengadu datang bersama tanggungjawab untuk bercakap benar. SISPAA bukan medan membalas dendam, mengadu domba atau mencipta kesalahan, sebaliknya saluran memperbaiki mutu perkhidmatan kerajaan. Bagaimanapun, tidak wajar pula semua pengadu dilabel berniat buruk. SISPAA terbukti mempunyai peranan penting sebagai saluran menyuarakan ketidakpuasan hati dan membongkar kelemahan mungkin tidak diketahui pihak pengurusan.
Yang penting, aduan menerusi SISPAA sepatutnya menjadi medium untuk menyelesaikan masalah, bukan alat menyebar fitnah , menimbulkan spekulasi dan manipulasi bagi menghukum seseorang berdasarkan dakwaan sebelah pihak sahaja.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian08:04
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.