Malaysian Attention Engine
Live wire
49Yuran peperiksaan RM15 jadi ingatan Hajiji, pendidikan anak miskin mesti dibela39Politics : GRS Needs To Prioritise Sabah, Coalition Over Personal Interests – Hajiji38Two killed, including 6-year-old, when truck drives through Kansas youth football match: Police37General : 24 Flood Victims Evacuated To SK Seri Penanti Relief Centre35KAB Gold kongsi rezeki dengan asnaf3575 peratus tahanan 41 penjara terlibat kes dadah35Around 550,000 people take part in protests across France, about 400 arrested: minister33Sport : Italy's Oberbacher, Spain's Villaroel Conquer Mount Kinabalu Climbathon33General : UKM's Mention Celebrates 50th Anniversary With 125 Alumni3225,000 ziarah pusara Tun Hasmah, ubati kesedihan Tun Mahathir31Go away, I don’t want to see you, Tuanku Muhriz rebukes Negeri Sembilan MB31Hasil Sabah dijangka lepasi RM7 bilion tahun ini
NewUnconfirmedupdated 3 h ago

SKMM siasat akaun palsu hina Agong, Yang Dipertuan Besar

Only social or community posts, or a single source.

Attention
18
−100% / 60 min
Momentum
19
0 vs 1 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 18 Oct, 16:49 MYTLatest activity 18 Oct, 16:49BMconfidence 60%

What happened

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, SKMM kenal pasti lebih 2,000 kandungan dijana guna AIatau bersifat sangat jelik, dan 600 akaun palsu, telah dikenal pasti hina Sultan Ibrahim. PETALING JAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang menyiasat beberapa insiden tingkah laku tidak autentik terancang (CIB) yang menyasarkan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil. (Free Malaysia Today, 16:49)

Read the reporting

1 report
Photo: Free Malaysia Today
Free Malaysia Today·News·BM·1 min read

SKMM siasat akaun palsu hina Agong, Yang Dipertuan Besar

By FMT Reporters · 18 Oct, 16:49 MYT

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, SKMM kenal pasti lebih 2,000 kandungan dijana guna AIatau bersifat sangat jelik, dan 600 akaun palsu, telah dikenal pasti hina Sultan Ibrahim. PETALING JAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang menyiasat beberapa insiden tingkah laku tidak autentik terancang (CIB) yang menyasarkan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Beliau berkata, lebih 2,000 kandungan yang dijana menggunakan kecerdasan buatan (AI) atau bersifat sangat jelik dan 600 akaun palsu, telah dikenal pasti menghina Sultan Ibrahim.

“Siasatan awal SKMM mendapati kebanyakan akaun palsu yang menyerang Agong menerusi Facebook dipercayai berasal dari luar negara dan siasatan masih dijalankan.

“Sekiranya kita mengenal pasti secara positif individu-individu tertentu, kita akan usaha untuk bawa mereka ke muka pengadilan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Smart Parents Interactive Hub di Kuala Lumpur hari ini, lapor Bernama.

Bagi kes yang menyasarkan Tuanku Muhriz, Fahmi berkata, sejumlah akaun palsu dipercayai diwujudkan kira-kira sebulan lepas sebelum digunakan untuk mencetuskan perbincangan berunsur penghinaan terhadap institusi diraja.

Sesetengah akaun, katanya, tidak mempunyai pengikut atau hanya mempunyai seorang pengikut, sekali gus menimbulkan syak bahawa ia diwujudkan bagi tujuan tertentu.

Sementara itu, Fahmi berkata, kerajaan sedang meneliti keperluan untuk memperkenalkan mekanisme kawal selia yang lebih tegas, termasuk proses Kenali Pelanggan Anda (eKYC) dan pengesahan umur, bagi membanteras buli siber menerusi platform pesanan segera seperti WhatsApp.

Beliau berkata, walaupun WhatsApp menetapkan had umur minimum 16 tahun untuk membuka akaun, platform itu masih menimbulkan cabaran dari segi keselamatan, khususnya dalam kalangan pelajar sekolah kerana komunikasi di dalamnya dilindungi penyulitan hujung ke hujung.

“Berdasarkan Akta Keselamatan Dalam Talian 2025, pada waktu ini mod komunikasi seperti WhatsApp belum lagi terpakai," katanya.

“Jadi, saya akan minta pihak SKMM teliti dan berhubung dengan pihak Meta kerana mereka memperkenalkan WhatsApp, dan WhatsApp itu sendiri meletakkan had umur."

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow18:00
Latest 18:09 MYT
18New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Free Malaysia Today) source

Where it started

Free Malaysia Today (News)
18 Oct, 16:49 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Free Malaysia Today
    16:49

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Free Malaysia Today

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.