
SoftBank, Grab, PETROS bekerjasama teroka platform AI
Only social or community posts, or a single source.
What happened
KUCHING: SoftBank Group Corp (SoftBank), Grab Holdings Ltd (Grab) dan Petroleum Sarawak Bhd (Petros) hari ini memeterai perjanjian rangka kerja untuk meneroka pembangunan platform kecerdasan buatan (AI) dan infrastruktur digital di Sarawak. (Berita Harian, 04:29)
Read the reporting
1 report
SoftBank, Grab, PETROS bekerjasama teroka platform AI
KUCHING: SoftBank Group Corp (SoftBank), Grab Holdings Ltd (Grab) dan Petroleum Sarawak Bhd (Petros) hari ini memeterai perjanjian rangka kerja untuk meneroka pembangunan platform kecerdasan buatan (AI) dan infrastruktur digital di Sarawak.
Kesemua syarikat dalam kenyataan bersama memaklumkan akan bekerjasama melalui perjanjian itu untuk membangunkan pelan hala tuju bagi pembangunan platform berkenaan secara berperingkat.
Perjanjian itu ditandatangani Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif SoftBank Group, Masayoshi Son, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan Pengasas Bersama Grab, Anthony Tan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petros, Datuk Janin Girie.
"Kerjasama itu turut meneroka peluang dalam keseluruhan rantaian nilai AI, termasuk pengkomputeran dan perkhidmatan AI, teknologi termaju, robotik, tenaga kerja tempatan serta pembangunan komuniti.
"Kerjasama tiga pihak ini menghimpunkan kekuatan yang saling melengkapi dalam bidang teknologi, platform digital, pelaburan dan infrastruktur bagi menyokong aspirasi Sarawak untuk membangunkan ekonomi bernilai tinggi yang dipacu teknologi selain menyumbang kepada pengembangan infrastruktur digital dan kesalinghubungan Malaysia," menurutnya.
Menurut kenyataan itu, SoftBank akan menyumbangkan ekosistem teknologi dan AI global, dengan kepakaran merangkumi infrastruktur AI, pengkomputeran termaju, semikonduktor dan AI fizikal.
Grab pula akan menyumbangkan ekosistem digital Asia Tenggara yang mantap, keupayaan AI gunaan serta rangkaian pelanggan dan rakan kongsi serantau yang meluas.
Petros akan menyumbangkan pengalamannya dalam memanfaatkan sumber tenaga Sarawak bagi memacu pembangunan ekonomi menerusi Pelan Hala Tuju Gas Sarawak dan sebagai Pemaju Utama Hab Rendah Karbon Kuching (KLCH).
"Ini termasuk membangunkan penyelesaian bekalan tenaga dan infrastruktur sokongan, memudah cara pembabitan tempatan serta memperkukuh penyertaan dan penciptaan nilai tempatan di seluruh rantaian bekalan Sarawak.
"Kerjasama ini mencerminkan pandangan bersama ketiga-tiga pihak mengenai potensi Sarawak untuk menjadi destinasi bagi infrastruktur AI dan industri teknologi bernilai tinggi, sekali gus menyokong aspirasi Malaysia untuk menjadi hab serantau bagi AI dan infrastruktur digital," menurutnya. - BERNAMA
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian04:29
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.