Malaysian Attention Engine
Live wire
40General : Marriage Between M'sian Muslim And Foreign National Of The Islamic Faith Won't Change Ethnicity To Malay - Saifuddin Nasution39General : Malaysia Targets 250,000 International Students By 2030 - Zambry37Lima rakyat Malaysia ditahan di Jepun, seludup kokain RM3.1 juta dalam kasut37Pan-gon bimbang pemulihan Faisal ambil masa lebih lama36Pelajar universiti ‘kantoi’ seludup 4 kilogram syabu dari Malaysia36F1 GP Bahrain di Sepang jana impak ekonomi hampir RM950 juta35General : Husbands Can Also Be Victims Of Domestic Violence - Welfare Dept35Business : Govt Settles RM17.15 Bln In Excess Tax Refunds As Of Sept 3035Epic Games Delays Disney Project, Asks Developers to Use More AI35General : MPs Welcome Higher Allocations For Sabah, Sarawak, Urge For Finalised Special Grant Formula35General : JPN Ensures Strict Controls In MyKad Issuance - DG35Nexal Pad launches at RM1,099 with an 11in screen and 10,000mAh battery
NewUnconfirmedupdated 3 h ago

Sokongan padu artis dan peminat tegar serlah kejayaan

Only social or community posts, or a single source.

Attention
19
no previous hour
Momentum
24
0 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 14 Oct, 06:33 MYTLatest activity 14 Oct, 06:33BMconfidence 60%

What happened

Sokongan padu artis dan peminat tegar serlah kejayaan (Harian Metro, 06:33)

Read the reporting

1 report
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·2 min read

Sokongan padu artis dan peminat tegar serlah kejayaan

By Ridzuan Abdul Rahman · 14 Oct, 06:33 MYT

mohamadridzuan@hmetro.com.my

KAPASITI dewan yang sederhana besar menyaksikan Showcase Jiwarasa Nizam Laksamana & Kawan-Kawan 5.0 dibuka hanya terhad kepada 600 penonton sahaja.

Bagaimanapun, kemeriahan dan sambutan yang diberikan terhadap persembahan artis yang ditampilkan seolah-olah menyaksikan program itu dihadiri oleh 5,000 penonton.

Inilah keistimewaan program berkonsep berhibur sambil beramal hasil cetusan idea penyanyi Nizam Laksamana yang berlangsung di Noah Grand Ballroom, Wisma LJT, Taman Melawati, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Program yang kali terakhir diadakan pada 1 Jun 2024 dengan nama Showcase Amal Artis Legenda 4.0 ini dianjurkan kembali dengan masih berpaksikan slogan, Dalam Hiburan Ada Kebaikan.

Sambutan kurang memberangsang terhadap jualan meja pada peringkat awal selepas pelancaran showcase bertukar sebaliknya apabila pelbagai pihak mula membelinya pada saat akhir.

Keadaan itu secara tidak langsung gagal mendapatkan tiket sekali gus terlepas peluang untuk berhibur dengan nyanyian Zamani, Azmani, Hazama, Tam Spider, Haiza, Unic dan Nizam Laksamana sendiri.

Turut membuat persembahan pada program yang dihoskan oleh DJ Muaz Mohamed ini ialah AJ Azril Mentor Otai sebagai pembuka pentas.

Tidak dinafikan penonton dan pembeli meja sangat beruntung kerana konsep acara yang bersifat intim membuatkan mereka berasa amat dekat dengan artis pujaan masing-masing.

Zamani dan Hazama mengambil peluang turun ke bawah bertemu peminat di meja dan kesempatan ini diambil mereka untuk bergambar kenangan.

Malah, Haiza turut menjemput peminat naik ke atas pentas untuk menyanyi bersamanya, sementara Tam Spider dan Unic pula bijak mengendalikan penonton.

Manakala, Nizam sebagai tuan rumah 'tapau' habis apabila melontarkan tona suara yang tinggi ketika menyanyikan lagu antaranya Karam yang pernah dipopularkan oleh Allahyarham Malek Zabarjad.

Sepanjang persembahan, suasana gamat apabila dewan turut bergema dengan nyanyian peminat yang mengiringi persembahan barisan artis-artis ini.

Sementara itu, Nizam yang ditemui melahirkan rasa gembira dan bersyukur kerana niat murninya membantu golongan kurang bernasib baik akhirnya tercapai.

"Alhamdulillah, semua ini atas semangat kerjasama team saya dari Showcase Amal Artis Legenda (SAAL) 1.0 hingga SAAL 4.0. Program ini tidak mungkin terjadi jika tidak bersatu hati dan memahami tujuan asal penganjurannya.

"Kejayaan showcase ini adalah kerana dorongan pengikut tegar SAAL yang sentiasa menyokong dengan membeli meja atau kerusi dan mereka kekal menyokong hingga ke siri 5.0 ini.

"Saya juga bertuah dan berterima kasih kepada barisan artis yang sentiasa bersetuju bersama kita dengan rasa penuh ikhlas untuk turut sama membantu," katanya yang agak terharu.

Untuk program kali ini, penganjur Zara Event Management menyumbang wang tunai RM20,000 kepada Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Millenium dan Adina Charity Circle seperti yang dijanjikan.

Lebih mengharukan, ada antara barisan artis yang menjayakan persembahan tidak mengambil bayaran atau sebahagian bayaran disumbangkan semula untuk menjayakan showcase itu.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow07:0008:0009:0010:00
Latest 10:01 MYT
19New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Harian Metro) source

Where it started

Harian Metro (News)
14 Oct, 06:33 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Harian Metro
    06:33

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

Sokongan padu artis dan peminat tegar serlah kejayaan · Malaysian Attention Engine