
Soon Huat-Shevon lolos, ujian getir menanti
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
KUALA LUMPUR: Beregu campuran profesional negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie mengekalkan rekod tanpa kalah ke atas pasangan Amerika Syarikat, Chen Zhi Yi-Francesca Corbett untuk melangkah ke pusingan kedua Terbuka Denmark, hari ini. (Berita Harian, 21:19)
Read the reporting
1 report
Soon Huat-Shevon lolos, ujian getir menanti
KUALA LUMPUR: Beregu campuran profesional negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie mengekalkan rekod tanpa kalah ke atas pasangan Amerika Syarikat, Chen Zhi Yi-Francesca Corbett untuk melangkah ke pusingan kedua Terbuka Denmark, hari ini.
Pasangan ranking ke-10 dunia itu melakar kemenangan straight set 21-15, 21-13 dalam aksi pusingan pertama di Arena SJF Bank, sekali gus meneruskan penguasaan ke atas lawan di ranking ke-43 dunia itu dengan kemenangan kelima berturut-turut tahun ini.
Soon Huat berkata, mereka sudah mengenali corak permainan lawan selepas beberapa kali bertemu musim ini.
"Namun, kami tetap melakukan persiapan rapi dengan memberikan penekanan kepada rentak permainan dan kelajuan bulu tangkis bagi memanfaatkan peluang menyerang," katanya kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF).
Shevon pula berkata, perubahan yang dilakukan lawan tidak begitu ketara, namun pasangan negara berjaya menyesuaikan permainan apabila Chen-Corbett cuba lebih agresif di bahagian depan gelanggang dan memaksa mereka bertahan.
"Kami tidak melihat banyak perubahan dalam permainan mereka. Cuma, mereka cuba bermain lebih di bahagian depan gelanggang dan memaksa kami berada dalam posisi bertahan.
"Kami berjaya menyesuaikan diri dan mengambil kesempatan untuk menguasai semula permainan di depan," katanya.
Bagaimanapun, cabaran lebih getir menanti Soon Huat-Shevon apabila dijadual berdepan pasangan nombor tiga dunia dari Denmark, Mathias Christiansen-Alexandra Boje, pada pusingan kedua, esok.
Walaupun Soon Huat-Shevon memenangi dua pertemuan terdahulu pada 2023 dan 2024, lawan mereka kini berada pada tahap berbeza selepas meraih tiga gelaran Jelajah Dunia musim ini menerusi Terbuka Thailand, Terbuka Singapura dan Terbuka Indonesia.
Shevon mengakui jadual pertandingan yang padat selepas mengharungi saingan Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 turut menguji kecergasan mereka, namun menegaskan mereka tidak mahu menjadikan faktor itu sebagai alasan.
"Memang agak sukar kerana tiada rehat antara kejohanan, Sukan Asia dan sekarang di sini. Tetapi kami tidak mahu menjadikan itu alasan kerana pemain lain turut melalui situasi sama. Kami perlu bijak mengawal rentak dan menjaga keadaan fizikal," katanya.
Menurut Shevon, aspek mental juga memainkan peranan penting untuk mengekalkan konsistensi ketika berdepan jadual pertandingan yang padat, selain memastikan mereka dapat menamatkan setiap kejohanan tanpa kecederaan.
"Bagi kami, perkara paling penting ialah menamatkan setiap kejohanan tanpa kecederaan. Kami mahu bermain badminton dengan baik dan menikmati permainan. Menang atau kalah, atau sejauh mana kami pergi, itu perkara kedua," katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian21:19
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.