
Vissel Kobe raih kemenangan kedua berturut-turut
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
KOBE: Vissel Kobe meneruskan permulaan cemerlang dalam saingan Liga Juara-Juara Elit AFC apabila menewaskan wakil Korea Selatan, Jeonbuk Motors, 2-0, sekali gus meraih kemenangan kedua berturut-turut dalam fasa liga zon Timur, hari ini. (Berita Harian, 21:54)
Read the reporting
1 report
Vissel Kobe raih kemenangan kedua berturut-turut
KOBE: Vissel Kobe meneruskan permulaan cemerlang dalam saingan Liga Juara-Juara Elit AFC apabila menewaskan wakil Korea Selatan, Jeonbuk Motors, 2-0, sekali gus meraih kemenangan kedua berturut-turut dalam fasa liga zon Timur, hari ini.
Yuya Osako membuka tirai jaringan buat tuan rumah pada minit ke-12 selepas melepaskan diri daripada kawalan pertahanan untuk menyudahkan sepakan penjuru Katsuya Nagato.
Yuya Kuwasaki kemudian mengesahkan kemenangan Kobe menerusi jaringan pada minit ke-68 hasil gerakan Yoshinori Muto, yang membuka ruang sebelum Kuwasaki melepaskan rembatan menewaskan penjaga gol Jeonbuk, Song Bum-keun.
Osako menyifatkan kemenangan di laman sendiri itu amat penting bagi memastikan kempen Kobe bermula dengan langkah positif.
"Saya fikir amat penting untuk mendapatkan tiga mata di laman sendiri.
"Saya gembira kerana kami dapat memulakan kempen di laman sendiri dengan baik dan mencatat keputusan positif," katanya.
Kobe menguasai sebahagian besar permainan pada awal perlawanan dan wajar mendahului menerusi jaringan Osako. Bagaimanapun, Jeonbuk meningkatkan tekanan selepas rehat untuk mencari gol penyamaan.
Pemain sayap Brazil, Italo, beberapa kali memecah benteng pertahanan tuan rumah sebelum menyediakan peluang kepada Bruno Mota yang menyaksikan percubaannya terkena tiang.
Pemain gantian, Lee Seung-woo, kemudian menanduk bola yang sedikit tersasar daripada sasaran, sebelum Choi Woo-jin turut menggegarkan palang gol menerusi rembatan dari jarak jauh.
Bagaimanapun, Kobe menghukum kegagalan Jeonbuk, memanfaatkan peluang apabila melancarkan serangan balas pantas yang disudahkan Kuwasaki untuk memastikan tiga mata menjadi milik tuan rumah.
Kemenangan itu menyaksikan Kobe mengumpul enam mata, menyamai pungutan rakan senegara, Kashima Antlers dan Gamba Osaka, serta wakil China, Beijing Guoan.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian21:54
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.