Malaysian Attention Engine
Live wire
54General : Rantau Panjang MP Siti Zailah Injured In Kuala Lipis Road Accident52Remaja dituduh bunuh pelajar politeknik46Hanya 34.1 peratus kes kecemasan kritikal terima respons bawah 15 minit45General : Haze: Boarding School Students Advised To Remain In Hostels During Closures - Fadhlina43AirAsia in talks with govt over potential funding support, sources say42World : Saudi Arabia Says 3 Killed In Attacks On Riyadh's King Khalid Airport42Bayi antara 2 maut kemalangan 4 kenderaan di Gua Musang37Miskin hina saya yang dulu tetap bangga jadi rakyat Malaysia – Stacy37Budak lima tahun maut dirempuh kereta pandu melulu di Jalan Kuching36Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi35Malaysia terus diselubung jerebu, Indonesia perinci usaha tangani kebakaran35Agong berkenan terima menghadap Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota ATM
NewUnconfirmedupdated 3 h ago

‘Spoiled brat’ berusia 80 tahun

Only social or community posts, or a single source.

Attention
30
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 12 Oct, 08:00 MYTLatest activity 12 Oct, 08:00BMconfidence 60%

What happened

Saya tanya Google makna spoiled brat dalam bahasa Melayu. Jawapannya ‘budak manja’. Apa pula makna brat ? Kata Google ‘anak nakal’. Saya simpulkan spoiled brat bermakna ‘budak manja yang nakal’? Atau mungkin juga ‘jahat’ instead of sekadar ‘nakal’? (Free Malaysia Today, 08:00)

Read the reporting

1 report
Photo: Free Malaysia Today
Free Malaysia Today·News·BM·4 min read

‘Spoiled brat’ berusia 80 tahun

By Mohsin Abdullah · 12 Oct, 08:00 MYT

Saya tanya Google makna spoiled brat dalam bahasa Melayu. Jawapannya ‘budak manja’. Apa pula makna brat ? Kata Google ‘anak nakal’. Saya simpulkan spoiled brat bermakna ‘budak manja yang nakal’? Atau mungkin juga ‘jahat’ instead of sekadar ‘nakal’?

Definisi Inggeris begini: A spoiled brat is a child or perhaps a person who acts badly, throws tantrums or shows no regards for others because they are used to getting whatever they want.

Bagi saya itulah dilakukan Donald Trump setiap kali tidak dapat apa yang beliau mahu. Maklum anak orang kaya. Cuma Trump bukan seorang budak. He is 80 years old and president of the United States.

His latest tantrum ‘meletup’ beberapa Jumaat lalu apabila beliau tidak dianugerahkan the Nobel Peace Prize 2026. Tentu kita ingat tahun lalu pun beliau tidak dapat anugerah itu meskipun ‘beriya-iya’ mahukan kemenangan.

Pemenang 2025 ialah Maria Corina Machado, pemimpin pembangkang Venezuela. Machado ialah musuh politik Nicolas Maduro yang semasa menjadi presiden Venezuela telah ‘diculik’ Trump dan dibawa ke AS untuk menghadapi the US justice system berhubung tuduhan jenayah berkaitan dadah.

Machado menyerahkan pingat emas Nobel Peace Prize yang dimenangi kepada Trump sambil mengucap terima kasih kepada presiden AS itu mengambil tindakan ke atas Maduro dan rejimnya.

Pemenang Nobel Peace tahun ini tidak tunjuk tanda akan mengikut langkah Machado. Malah, Navanethem atau Navi Pillay semasa dimaklumkan mengenai penganugerahan itu memberitahu kawan-kawanya yang bertepuk tangan menyambut berita gembira itu if you clap a little bit more I may share this prize with Trump . Sinis.

Navi Pillay, peguam hak asasi kemanusiaan dari Afrika Selatan pernah membela Nelson Mandela ketika pemimpin terkenal itu melawan dasar aparteid Pretoria.

Sebaik saja penganugerahan Navi diumumkan, Trump merungut, memberontak dan mengamuk persis spoiled brat . Navi diperkecilkannya. “ The Nobel prize was given out to a liberal person who works at the United Nation who nobody has ever heard of ,” kata Trump.

Sebenarnya, Navi is not somebody nobody has ever heard of . Navi dikenali ramai sebagai ketua hak asasi manusia PBB yang mempengerusikan suruhanjaya yang merumuskan Israel bersalah melakukan genosid di Gaza.

Jadi, tidaklah memeranjatkan Benjamin Netanyahu mengkritik keras penganugerahan Navi. Oleh kerana Trump sahabat baik Netanyahu dan merestui apa dilakukan Israel di Gaza beliau senada dengan pemimpin Israel itu.

Tetapi, yang membuat Trump berapi tidak diberi Nobel Peace Prize adalah beliau melihat dirinya seorang pemimpin yang menghentikan perang .

“The United States of America represented by me as your president should have received the Nobel Peace Prize but didn’t. And this is an indelible stain on the country of Norway and those people that made such a disgraceful and embarrassing decision.

"The Nobel Peace Prize has been forever discredited by a handful of radical idealogues who are anti democracy and really enemies of civilization. We will not forget Norway that you didn’t give this prize.”

Trump menjadikan Norway sasaran kerana Nobel Peace Prize dianugerahkan oleh jawatankuasa negara itu.

Trump mendakwa beliau telah selesaikan lapan peperangan. Kata CNN ini tidak betul. Yang menarik ialah peringatan Daniel Dale menerusi analisisnya juga di CNN bahawa Trump started an ongoing war with Iran . Benar. Tanpa peringatan Dale pun kita tentu ingat Trump bersama Netanyahu memulakan perang ke atas Iran pada 28 Feb lalu. Sehingga sekarang perang berterusan, dan Trump terus mengancam mahu menghapuskan Iran .

Selain pernah menjadi pesuruhjaya PBB mengenai hak asasi manusia, Navi Pillay juga pernah menjadi hakim Mahkamah Jenayah Antarabangsa dan pernah memegang jawatan presiden tribunal jenayah antarabangsa mengenai Rwanda dan sekarang memegang jawatan itu untuk tribunal mengenai Myanmar.

Saya tidak pasti sama ada kedudukan dan peranan Navi dalam Mahkamah Jenayah Antarabangsa atau ICC ada kena-mengena dengan tindakan pentadibran Trump mahu membubar atau “ dismantle the ICC brick by brick ,” kata Setiausaha Negara Marco Rubio.

Kata Rubio, AS akan mengenakan pelbagai sekatan termasuk cutting off the court’s resources to stop investigations into US personnel and allies like Israel.

Jelas AS tidak mahu ICC bertindak katas Tel Aviv meskipun Israel melakukan genosid di Gaza. Dan bagi, Mahkamah Jenayah Antarabangsa ‘tidak ada hak mengambil tindakan terhadap warganya’. Ertinya walaupun jika mereka melakukan jenayah antarabangsa.

Pada masa lalu ICC mengambil beberapa keputusan yang tidak disenangi AS dan Israel. ICC pernah keluarkan waran tangkap ke atas Netanyahu dan bekas menteri pertahanannya Yoav Gallant.

Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres menyifatkan keputusan pentadbiran Trump yang diumumkan pada hari Navi diisytihar pemenang Nobel Peace Prize 2026 a serious blow to our collective pursuit of international criminal justice of which the ICC is a key pillar.

United Kingdom bersama Kanada, Denmark, Jerman, Perancis, Itali, Jepun dan Belanda menzahirkan rasa kesal terhadap tindakan AS dan strongly disagree with the sanctions.

Lapan negara itu menegaskan sokongan tidak berbelah bahagi dan berterusan terhadap ICC.

ICC adalah institusi kehakiman penting dalam membawa keadilan kepada mangsa jenayah antarabangsa. Sesungguhnya ia mesti dipertahankan. ‘Persetankan’ keputusan Trump.

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili FMT.

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow
Latest 08:49 MYT
30New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Free Malaysia Today) source

Where it started

Free Malaysia Today (News)
12 Oct, 08:00 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Free Malaysia Today
    08:00

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Free Malaysia Today

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

‘Spoiled brat’ berusia 80 tahun
Free Malaysia TodayNewsmainstreamBM

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.