
SPRM dan BMR Brunei kukuh kerjasama banteras rasuah rentas sempadan
Only social or community posts, or a single source.
What happened
SPRM dan BMR Brunei kukuh kerjasama banteras rasuah rentas sempadan (Harian Metro, 16:27)
Read the reporting
1 report
SPRM dan BMR Brunei kukuh kerjasama banteras rasuah rentas sempadan
amir_hamid@mediaprima.com.my
Putrajaya: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Biro Mencegah Rasuah (BMR) Brunei Darussalam memperkukuhkan lagi kerjasama dalam operasi siasatan dan perisikan bagi meningkatkan keberkesanan usaha membanteras jenayah rasuah rentas sempadan.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya berkata, kerjasama erat kedua-dua agensi penting dalam aspek perkongsian maklumat, bantuan siasatan dan penyelarasan operasi.
"Hubungan kerjasama antara SPRM dan BMR yang sudah terjalin diharap dapat terus diperkukuh melalui pertukaran maklumat yang lebih berkesan, komunikasi yang baik serta penyelarasan tindakan yang lebih cekap," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Mesyuarat Kumpulan Kerja Kali Ke-19 Bantuan Kerjasama SPRM dan BMR Brunei Darussalam dalam Bidang Operasi Siasatan dan Perisikan serta Taklimat Operasi Bersama di sini, semalam.
Turut hadir, Pemangku Ketua Penyiasat Khas merangkap Ketua Bahagian Special Intelligence Services (SPIN) BMR, Ahmad Fadhli DP Junaidi, serta pengarah kanan dan pengarah bahagian serta negeri SPRM.
Mesyuarat dikendalikan Bahagian Siasatan SPRM itu menjadi platform untuk menyelaraskan permohonan bantuan rentas sempadan, berkongsi maklumat dan bertukar pengalaman dalam menangani jenayah rasuah.
Pada mesyuarat berkenaan, SPRM berkongsi pengalaman berkaitan pemulihan aset dalam kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) serta penggunaan poligraf dalam operasi siasatan.
BMR pula membentangkan cadangan rangka kerja kerjasama rentas sempadan bagi menangani kes suspek yang melarikan diri merentasi sempadan Malaysia-Brunei, selain berkongsi pengalaman berhubung permohonan bantuan siasatan.
Ahmad Khusairi berkata, perkara yang dibincangkan perlu diberikan perhatian sewajarnya oleh kedua-dua pihak, termasuk meneruskan kerjasama dalam bidang latihan dan pembangunan kapasiti.
Sementara itu, Penolong Pengarah BMR, Rahimah Hassan berharap perkongsian berkenaan dapat memperkukuh saluran komunikasi serta mengenal pasti bentuk bantuan yang boleh diberikan oleh kedua-dua agensi pada masa hadapan.
Beliau berkata, kerjasama itu mampu memberikan manfaat kepada kedua-dua pihak menerusi pertukaran pengetahuan, pengalaman dan kepakaran dalam menghadapi cabaran penguatkuasaan.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro16:27
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.