Malaysian Attention Engine
Live wire
57Momen anak-anak cium tangan sebelum pergi sekolah sangat berharga- Syed Saddiq52Sport : Record-breaking Zuhairie Delivers Malaysia's First Gold In Asian Para Games52Takiyuddin persoal asas Perlembagaan penamatan 10 Exco Negeri Sembilan52'Munafik' cetus kecoh di Dewan Rakyat51Wan Azri bebas tuduhan dakwa kerajaan ‘pro-Israel, pro-Barat’49Business : Economic Reforms Over The Past Four Years Have Strengthened Malaysia -- PM Anwar48Istana Selangor serah pada polis siasat menyamar pengawal peribadi Raja Muda Selangor451MDB wins appeal for fresh hearing on US$3.7bil judgment against Jho Low, father44General : Saifuddin Nasution To Lead M'sian Delegation To ASEAN Transnational Crime Meeting42Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi42Kes MyEG-Zetrix: 15 pegawai JPJ, bank dirakam percakapan41Business : Govt Continues Servicing Legacy Debt Including 1MDB's, Seeks To Reduce New Borrowing - PM Anwar
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Statistik bantu negara merancang masa depan lebih baik

Only social or community posts, or a single source.

Attention
30
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 19 Oct, 13:46 MYTLatest activity 19 Oct, 13:46BMconfidence 60%

What happened

SHAH ALAM - Statistik bukan sekadar himpunan angka dan formula, sebaliknya menjadi asas penting dalam memahami realiti kehidupan rakyat serta membantu negara merancang pembangunan berdasarkan fakta, bukan andaian.Ketua Perangkawan, Siti Asiah Ahmad berkata, statistik memainkan peranan besar dalam pelbagai aspek kehidupan, termasuk perancangan perbelanjaan isi rumah, peluang pekerjaan, kegiatan perniagaan dan pembangunan kemudahan awam.Menurut beliau, maklumat seperti Indeks Harga Pengguna (IHP), pendapatan isi rumah dan taburan penduduk membolehkan masyarakat serta kerajaan membuat keputusan l (Sinar Harian, 13:46)

Read the reporting

1 report
Sinar Harian·News·BM·2 min read

Statistik bantu negara merancang masa depan lebih baik

By NOOR AINON MOHAMED · 19 Oct, 13:46 MYT

SHAH ALAM - Statistik bukan sekadar himpunan angka dan formula, sebaliknya menjadi asas penting dalam memahami realiti kehidupan rakyat serta membantu negara merancang pembangunan berdasarkan fakta, bukan andaian.Ketua Perangkawan, Siti Asiah Ahmad berkata, statistik memainkan peranan besar dalam pelbagai aspek kehidupan, termasuk perancangan perbelanjaan isi rumah, peluang pekerjaan, kegiatan perniagaan dan pembangunan kemudahan awam.Menurut beliau, maklumat seperti Indeks Harga Pengguna (IHP), pendapatan isi rumah dan taburan penduduk membolehkan masyarakat serta kerajaan membuat keputusan lebih tepat mengikut keperluan semasa."Bayangkan sebuah kawasan yang mengalami pertambahan penduduk dengan pesat. Adakah sekolah sedia ada masih mencukupi? Perlukah sebuah lagi klinik dibina? Bagaimana pula dengan kemudahan pengangkutan?"Persoalan ini memerlukan maklumat statistik yang tepat supaya pembangunan dapat dirancang berdasarkan keperluan masyarakat, bukan sekadar andaian," katanya sempena sambutan Hari Statistik Negara (HSN) 2026 pada Selasa.Bertemakan 'Statistik Nadi Kehidupan', sambutan tahun ini menekankan kepentingan statistik dalam membantu masyarakat memahami perubahan sekeliling, menilai cabaran dan merancang masa depan.Siti Asiah berkata, perkembangan teknologi turut membuka peluang baharu dalam penghasilan statistik menerusi penggunaan kecerdasan buatan (AI), pembelajaran mesin dan analitik data, selain pemanfaatan data pentadbiran.Beliau menegaskan bahawa teknologi semata-mata tidak menjamin kualiti statistik tanpa kepakaran profesional, kaedah yang teratur serta perlindungan kerahsiaan maklumat.Dalam usaha memperkukuh Sistem Statistik Negara (SSN), kelulusan Rang Undang-Undang Statistik 2026 di Parlimen disifatkan sebagai perkembangan penting bagi meningkatkan penyelarasan statistik rasmi dan kerjasama antara agensi."Pembaharuan ini bertujuan memperkukuh penyelarasan statistik rasmi dan kerjasama antara agensi, di samping memperluas penggunaan sumber data untuk keperluan statistik negara."Aspek kerahsiaan dan perlindungan maklumat juga terus diberi penekanan agar kepercayaan masyarakat terhadap statistik rasmi sentiasa terpelihara," katanya.Menurut Siti Asiah, penghasilan statistik negara bukan tanggungjawab Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) sahaja, sebaliknya memerlukan penglibatan kementerian, jabatan, agensi kerajaan, komuniti perniagaan dan masyarakat sebagai penyumbang maklumat.Katanya, antara usaha penting yang sedang dilaksanakan ialah Banci Ekonomi 2026, yang mengumpulkan maklumat mengenai kegiatan dan prestasi pertubuhan perniagaan bagi tahun rujukan 2025."Usaha ini akan diteruskan melalui Survei Pendapatan, Perbelanjaan Isi Rumah dan Kemudahan Asas (HIES/BA) pada tahun 2027 bagi memperoleh maklumat tentang taraf hidup dan keadaan sosioekonomi isi rumah."Seterusnya, persediaan sedang giat dilaksanakan ke arah Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2030 bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai jumlah, taburan dan ciri-ciri penduduk negara," jelas beliau.Siti Asiah turut menekankan kepentingan literasi statistik dalam kalangan masyarakat, khususnya ketika angka sering digunakan dalam laporan media dan perbincangan awam.Katanya, pengguna perlu menilai sumber data, tempoh rujukan dan perkara yang diukur sebelum membuat kesimpulan kerana sesuatu angka tidak semestinya menggambarkan pengalaman semua individu."Sebagai contoh, kadar inflasi negara menggambarkan perubahan harga secara purata, sedangkan pengalaman setiap isi rumah mungkin berbeza mengikut lokasi dan corak perbelanjaan."Inilah kepentingan literasi statistik, iaitu kebolehan memahami makna di sebalik angka, menilai maklumat secara kritis dan menggunakannya dengan bertanggungjawab," ujarnya.Beliau berkata, penguasaan statistik juga menawarkan peluang kerjaya yang semakin luas kepada golongan muda, termasuk dalam bidang sains data, pemodelan, visualisasi dan analitik lanjutan.Sempena HSN 2026, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) turut menganjurkan pelbagai program melibatkan pelajar, institusi pengajian tinggi dan masyarakat, antaranya pertandingan pengucapan awam, debat statistik, DOSM Datathon serta pertandingan infografik.

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow14:00
Latest 14:35 MYT
30New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Sinar Harian) source

Where it started

Sinar Harian (News)
19 Oct, 13:46 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Sinar Harian
    13:46

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Sinar Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.