Malaysian Attention Engine
Live wire
52Polis tahan suspek kes kejar mengejar di PJ50Nahas 11 kenderaan: Pemandu lori positif dadah | Sinar Harian47World : Russell Tops Sole Practice Session For F1 Singapore Grand Prix44General : Road Transport Act To Be Amended To Compel Compensation From Drunk Drivers - PM Anwar41Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi40General : MEF Welcomes RM2,000 Minimum Wage, MSME Exemption40World : Egypt President To Begin Two-Day State Visit To Malaysia39General : Budget 2027: Individual Tax Relief Raised To RM12,000 - PMm Anwar37Gempa bumi kuat 7.7 magnitud gegar Panama37General : Budget 2027: RM160 Mln Package To Boost e-Hailing, p-Hailing Workers' Income36Kos operasi melonjak 52 peratus, pendapatan pesawah Kedah, Perlis terjejas36Sport : Denmark Open: Kai Wun-Wei Chong Targets Top Ten Ranking
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Stop letting private firms hold public funds, say anti-graft groups

Only social or community posts, or a single source.

Attention
17
−100% / 60 min
Momentum
19
0 vs 1 mentions/h
Sources
1
2 mentions
Platforms
1
News
First detected 10 Oct, 07:30 MYTLatest activity 10 Oct, 07:30ENBMconfidence 80%

What happened

JPJ suspended MYEG subsidiary Zetrix AI Bhd after the company failed to pay over RM314 million in unremitted road tax fees and traffic summonses collected since May. PETALING JAYA: Anti-graft watchdogs have urged Putrajaya to stop allowing private intermediaries to hold public funds when facilitating government collections, following the revelation that Zetrix AI Bhd owes RM314 million in arrears. (Free Malaysia Today, 07:30)

Read the reporting

2 reports
Photo: Free Malaysia Today
Free Malaysia Today·News·BM·3 min read

Henti benarkan syarikat swasta pegang wang awam, gesa kumpulan antirasuah

By Tamil Thendral Annadurai · 10 Oct, 07:30 MYT

JPJ menggantung perkhidmatan anak syarikat MYEG, Zetrix AI Bhd, selepas syarikat itu gagal menyerahkan lebih RM314 juta kutipan fi cukai jalan dan saman trafik sejak Mei. PETALING JAYA: Badan pemantau antirasuah menggesa Putrajaya supaya menghentikan amalan membenarkan orang tengah swasta memegang wang awam ketika mengurus kutipan kerajaan, susulan pendedahan bahawa Zetrix AI Bhd mempunyai tunggakan sebanyak RM314 juta.

Transparency International Malaysia (TI-M) berkata perjanjian konsesi baharu bagi kutipan fi mesti merangkumi perlindungan kontrak yang ketat bagi mengelakkan tunggakan hasil kerajaan dalam jumlah besar.

Presidennya, Raymon Ram, berkata kutipan hasil pada masa depan perlu dibayar terus ke akaun kerajaan, manakala bayaran kepada penyedia perkhidmatan dibuat secara berasingan oleh agensi berkaitan.

“Prinsip asasnya mudah. Penyedia perkhidmatan swasta boleh membantu mengutip hasil kerajaan, tetapi mereka tidak sepatutnya membiarkan sejumlah besar wang awam terkumpul di tangan mereka atau mempunyai kuasa budi bicara terhadap wang itu,” katanya kepada FMT.

Raymon Ram. “Kontrak perlu menetapkan pencetus penggantungan lebih awal supaya vendor tidak boleh terus mengumpul hasil kerajaan ketika notis peringatan dikeluarkan berulang kali,” kata Raymon sambil menambah bahawa kontrak konsesi pada masa depan perlu mempunyai mekanisme penguatkuasaan yang ketat.

Anak syarikat MYEG, Zetrix AI Bhd, mengumpul tunggakan sebanyak RM314 juta dalam bentuk fi cukai jalan dan saman trafik yang dikutip bagi pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tetapi belum diserahkan kepada kerajaan sejak Mei.

JPJ menggantung perkhidmatan kutipan syarikat itu pada 5 Okt selepas mengeluarkan 35 notis dan mengadakan empat sesi libat urus, yang akhirnya mendorong Zetrix AI mengemukakan cadangan penyelesaian kepada Putrajaya.

Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook turut mendedahkan bahawa syarikat itu yang dahulunya dikenali sebagai MyEG Services Bhd, telah menyerahkan cek bernilai RM231 juta, tetapi pihak bank kemudian memaklumkan bahawa ia menerima arahan daripada Zetrix supaya pembayaran itu tidak diproses.

Raymon mengkritik kelewatan selama lima bulan sebelum tindakan tegas diambil terhadap Zetrix, dengan berkata sekadar mengeluarkan notis berulang kali ketika tunggakan terus meningkat bukanlah mekanisme kawalan yang berkesan.

“35 notis peringatan tidak boleh dianggap sebagai mekanisme kawalan yang memadai apabila ratusan juta ringgit hasil kerajaan terlibat,” katanya.

Beliau menggesa Putrajaya melaksanakan audit forensik bebas bagi menetapkan kronologi kejadian dengan jelas, bermula daripada kegagalan pertama menyerahkan kutipan kepada kerajaan.

“Pihak yang bertanggungjawab juga perlu dikenal pasti sepanjang rantaian pembuat keputusan dan tidak seharusnya terhad kepada pegawai bawahan, sekiranya pegawai kanan mengetahui jumlah wang yang berisiko terus meningkat dan mempunyai kuasa untuk campur tangan.”

Bryan Cheah. Pegawai penyelidikan kanan Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4) Bryan Cheah pula mengingatkan supaya kakitangan kementerian tidak dipersalahkan secara terburu-buru, dengan mengambil kira notis yang dikeluarkan berulang kali serta cek yang gagal ditunaikan.

Bagaimanapun, Cheah berkata pihak berkuasa perlu menyiasat sama ada terdapat unsur rasuah di sebalik kegagalan menyerahkan wang kutipan itu kepada kerajaan.

“C4 menggesa kerajaan menilai semula dasar perolehan semasa bagi memastikan kontrak dan konsesi yang diberikan kepada pihak swasta mematuhi kod tatakelakuan yang ketat, termasuk protokol tindakan yang perlu diambil sekiranya berlaku ketidakpatuhan terhadap syarat kontrak.”

Beliau berkata matlamat utama pentadbiran awam yang baik ialah pengawasan bagi mencegah masalah daripada berlaku, sambil menegaskan bahawa tindakan menghukum hanya diambil selepas sesuatu kejadian berlaku.

“Secara asasnya, penalti ialah tindak balas terhadap keadaan apabila pelanggaran atau ketidakpatuhan terhadap syarat telah berlaku. Tadbir urus yang baik bertujuan memastikan perkara sedemikian tidak berlaku sejak awal lagi.”

As published in Free Malaysia Today’s feed.Read at Free Malaysia Today

1 / 2 · arrow keys switch reports

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
  • Discussed in English, Bahasa Malaysia

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow09:00
Latest 09:28 MYT
17New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Free Malaysia Today) source
  2. Language
    First Bahasa Malaysia coverage (Free Malaysia Today) source
  3. News
    First news outlet reports it (Free Malaysia Today) source

Where it started

Free Malaysia Today (News)
10 Oct, 07:30 MYT
Origin confidence 60% · 0 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Free Malaysia Today
    07:30

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Free Malaysia Today

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (2)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.