
Suara mak ajar matematik sampai ke rumah jiran
Only social or community posts, or a single source.
What happened
PETALING JAYA – “10 tolak 3 berapa? Kau nangis kenapa? Ambil jari kau buat 10, tolak 3 tinggal berapa? Tengok buku tu dan kira, tengok muka aku ni ada jawapan ke?” (Kosmo!, 12:17)
Read the reporting
1 report
Suara mak ajar matematik sampai ke rumah jiran
PETALING JAYA – “10 tolak 3 berapa? Kau nangis kenapa? Ambil jari kau buat 10, tolak 3 tinggal berapa? Tengok buku tu dan kira, tengok muka aku ni ada jawapan ke?”
Demikian ragam ibu bapa ketika mengajar anak-anak mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sepanjang sekolah ditutup akibat jerebu.
Menerusi perkongsian pengguna Threads dikenali sebagai Arifjaimie, dialog seorang ibu ketika mengajar anaknya itu jelas kedengaran olehnya sebagai jiran.
Katanya, situasi itu ada kalanya seperti dia sendiri yang sedang berada dalam sesi pembelajaran bersama-sama kanak-kanak terbabit.
Sementara itu, perkongsian lelaki tersebut turut mengundang pelbagai reaksi orang ramai yang rata-ratanya mengakui situasi berkenaan dekat dengan kehidupan mereka.
Seorang pengguna Threads @faraaheeeya, berseloroh apabila mengaitkan situasi itu dengan teguran ibu bapa terhadap anak yang leka bermain telefon bimbit.
“Tu ha main telefon lagi, kan dah tak pandai. Terus terasa aku sebagai jiran,” katanya.
Sementara itu, pengguna @nurainasauti berkongsi pengalaman apabila dia pernah mendengar suara jirannya mengajar subjek matematik sehingga terpaksa menggunakan pelbagai cara untuk membantu anak memahami konsep subjek berkenaan.
“Bila tak cukup jari, 10 simpan dalam kepala…satu taman masa tu simpan sepuluh,” kongsinya.
Bagi @the.munirahanim, sesi PdPR turut menguji kesabaran apabila mengajar anaknya yang mempunyai autisme menghafaz surah sehingga jiran menyangka dia membuka kelas mengaji di rumah.
“PdPR sesi hafaz surah. Anak aku pulak autisme (autistik). Memang ulang-ulang la ayat sama. Jiran tanya ada buka kelas mengaji ke? Nak hantar anak,” katanya.
Dalam pada itu @arey0uheretau mengakui dirinya turut menggunakan ayat hampir sama ketika mengajar anaknya yang berada di tahun tiga semasa sesi PdPR.
“Akak terasa tau. Ni la ayat aku semalam dekat anak aku tahun tiga. Terkebil-kebil cari jawapan dekat muka aku. Lepas itu ayah dia tanya ‘juma ke?”, kongsinya.
Turut berkongsi pengalaman, @ashknomr mengakui dia kini memilih pendekatan lebih lembut selepas menyedari kaedah mengajar sambil marah dan bernada tinggi tidak semestinya membantu anak memahami pelajaran dengan lebih baik.
“Sumpah dulu ingat ajar marah-marah ini cepat masuk. Kita pula emak darah pahlawan. Sekarang tukar method (kaedah), puji dan ajar elok-elok.
“Lebih masuk kepala dan anak pun seronok. Kunci dia sabar. Darah pahlawan tu simpan untuk kegunaan lain,” katanya. – KOSMO! ONLINE
The post Suara mak ajar matematik sampai ke rumah jiran appeared first on Kosmo Online .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Kosmo!) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsKosmo!12:17
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Kosmo!
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.