Malaysian Attention Engine
Live wire
64Business : JS-SEZ Attracts RM132 Bln In Investments Through June 2026 -- Anwar61Budget 2027: Entertainment duty waived for local film, theatre tickets in Federal Territories, creative sector gets RM130m59Business : Govt Continues To Strengthen Islamic Economy, Offers Up To RM5,000 Matching Grants To MSMEs For Halal Certification56Tabung Haji carum PERKESO untuk imam, bilal dan guru takmir54BELANJAWAN 2027 | Cuti Bersalin Penjawat Awam Naik Daripada 360 Kepada 490 Hari51Sukan harap suntikan baharu Belanjawan 202750Lori dipandu laju rempuh beberapa kenderaan di persimpangan lampu isyarat49General : PM Anwar To Table 2027 Budget In Dewan Rakyat This Afternoon48Budget 2027: Government to rollout MediAsas insurance starting Jan 202747Syarat ketat potongan cukai perbelanjaan gaji pekerja asing47Elaun pendidikan khas murid autistik meningkat ke RM200 sebulan46Budget 2027: Minimum wage increased to RM2,000
NewConfirmedupdated 7 h ago

‘Sudah tiba masanya Inteam balas jasa Hijjaz’

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
17
no previous hour
Momentum
19
0 vs 0 mentions/h
Sources
2
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 9 Oct, 11:00 MYTLatest activity 9 Oct, 11:00BMconfidence 80%

What happened

‘Sudah tiba masanya Inteam balas jasa Hijjaz’ (Google News Malaysia (BM), 11:00)

Read the reporting

1 report
Photo: Utusan Malaysia
Utusan Malaysia·News·BM·2 min read

‘Sudah tiba masanya Inteam balas jasa Hijjaz’

By . FATIN NURAIN MUSTAFA KAMAL · 9 Oct, 11:00 MYT

Lebih dua dekad bertapak dalam industri muzik tanah air, kumpulan nasyid, Inteam tidak pernah melupakan jasa Hijjaz yang menjadi antara individu penting dalam membentuk perjalanan awal kerjaya seni mereka.

Bermula sebagai anak didik ketika masih menuntut di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Inteam mengambil peluang untuk membalas jasa kumpulan nasyid lagenda itu dengan menerbitkan album serta menganjurkan konsert khas buat mereka.

Syah atau Mohd Syahril Abdul Khalid berkata, Hijjaz merupakan insan yang membuka laluan buat mereka dalam industri muzik menerusi lagu-lagu hits Inteam meskipun pada ketika itu masih bergelar mahasiswa.

“Ketika menghasilkan album Kasih Kekasih dan lagu Inang Kasih, kami masih belajar di UIAM. Hijjaz yang mencungkil bakat dan membantu menaikkan nama Inteam.

“Lagu-lagu yang dihasilkan Hijjaz untuk kami ketika itu semuanya mendapat sambutan yang sangat baik. Jadi, memang besar jasa mereka dalam perjalanan awal kerjaya kami.

“Sekarang, Hijjaz sudah bergerak dengan syarikat masing-masing, manakala kami pula mempunyai syarikat yang berpengalaman menganjurkan beberapa konsert.

“Jadi, kami rasa sudah tiba masanya untuk membalas jasa mereka. Kami mahu menggunakan kepakaran yang ada untuk menghasilkan konsert buat Hijjaz pula,” katanya.

Tambah Syah, pengalaman Inteam menganjurkan beberapa konsert sebelum ini, termasuk konsert ulang tahun ke-25 kumpulan itu di Idea Live Arena, memberikan keyakinan untuk menggalas tanggungjawab sebagai penganjur konsert Hijjaz.

“Sebelum ini, kami menganjurkan konsert untuk Inteam sendiri. Kali ini, kami mahu melakukannya untuk Hijjaz pula. Kami mahu melihat abang-abang Hijjaz berada di tempat yang sepatutnya.

“Walaupun ada cabaran sepanjang proses penganjuran, kami tetap berusaha menjayakannya. Mungkin selepas ini kami boleh melakukan perkara sama untuk kumpulan nasyid lain pula, Insya-Allah,” kongsinya.

Mahu lahirkan pelapis industri nasyid

Bagaimanapun, Inteam turut menyatakan hasrat untuk memberikan lebih tumpuan kepada usaha melahirkan bakat baharu menerusi syarikat rakaman mereka, Inteam Records.

Menurut Hazamin, sudah tiba masanya untuk mereka membantu mengetengahkan generasi baharu yang mampu memberi pembaharuan kepada muzik nasyid.

“Kami mungkin akan lebih memberikan perhatian kepada usaha melahirkan artis baharu. Di bawah Inteam Records, kami mempunyai kumpulan Zayne dan beberapa penyanyi solo yang kami terbitkan.

“Hijjaz juga sudah mempunyai generasi pelapis mereka. Jadi, generasi baharu inilah yang perlu tampil dengan elemen lebih segar,” katanya.

Pada masa sama, Hazamin tidak menafikan cabaran memperkenalkan karya baharu kepada pendengar memandangkan sebahagian besar peminat masih cenderung mahu mendengar lagu-lagu lama yang mempunyai nilai sentimental tersendiri.

“Kami sudah menghasilkan berpuluh-puluh lagu baharu, tetapi peminat tetap mahu mendengar lagu-lagu lama.

“Sebab itu, antara perancangan kami selepas ini adalah untuk menghasilkan semula beberapa lagu lama dan menyelang-selikannya dengan karya baharu,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Inteam Record bakal menganjurkan Konsert Hijjaz 3 Dekad: Rindu Sumayyah yang bakal berlangsung di IB pada 16 dan 17 Oktober ini.

Konsert tersebut bukan sekadar sebuah persembahan nostalgia, sebaliknya menjadi penghargaan terhadap perjalanan, karya, persahabatan, perjuangan serta legasi Hijjaz yang mewarnai perkembangan industri nasyid tanah air selama tiga dekad.

The post ‘Sudah tiba masanya Inteam balas jasa Hijjaz’ appeared first on Utusan Malaysia .

Why it is new

  • 2 independent sources
  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 34NEWnow14:0017:00
Latest 18:34 MYT
17New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources2Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Google News Malaysia (BM)) source
  2. Detected
    First detected (Utusan Malaysia) source
  3. News
    First news outlet reports it (Utusan Malaysia) source

Where it started

Google News Malaysia (BM) (News)
9 Oct, 11:00 MYT
Origin confidence 60% · 1 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Google News Malaysia (BM)
    11:00

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 2 established outlet(s): Google News Malaysia (BM), Utusan Malaysia

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (2)

‘Sudah tiba masanya Inteam balas jasa Hijjaz’
utusan.com.myNewsmainstreamBMnear-duplicate

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

‘Sudah tiba masanya Inteam balas jasa Hijjaz’ · Malaysian Attention Engine