
Sut 'Catwoman' Keely curi tumpuan
Only social or community posts, or a single source.
What happened
London: Juara Olimpik acara 800 meter (m), Keely Hodgkinson menegaskan sut perlumbaan hitam keluaran jenama terkemuka yang mencuri perhatian bukan sekadar gimik, sebaliknya berpotensi membantunya berlari lebih pantas. (Harian Metro, 13:15)
Read the reporting
1 report
Sut 'Catwoman' Keely curi tumpuan
London: Juara Olimpik acara 800 meter (m), Keely Hodgkinson menegaskan sut perlumbaan hitam keluaran jenama terkemuka yang mencuri perhatian bukan sekadar gimik, sebaliknya berpotensi membantunya berlari lebih pantas.
Keely membuat penampilan sulung dengan sut berkenaan pada kejohanan Athlos khusus wanita di London bulan lalu.
Sut itu mempunyai penutup kepala ketat dengan ruang untuk rambut ekor kudanya, selain menutupi tubuhnya daripada tapak tangan hingga buku lali menggunakan material licin.
Bahagian belakangnya pula hampir keseluruhannya terdedah, manakala permukaannya dihiasi corak bintik kecil berkilauan yang disusun secara strategik.
Bintang Britain itu mengakui selepas memenangi perlumbaan berkenaan dengan catatan satu minit 56.40 saat (s), dia mahu berasa "sedikit seksi" ketika menyarungkan sut unik itu.
Jurulatihnya, Jenny Meadows, kini mendedahkan Keely yang disifatkannya sebagai ikon fesyen mula menunjukkan rekaan berkenaan kepadanya serta suaminya, yang juga jurulatih, Trevor Painter, ketika mereka berada di Afrika Selatan pada awal tahun ini.
"Penaja sudah berbincang dengan Keely mengenai sut itu. Keely sendiri seorang yang suka melakukan pembaharuan. Dia sentiasa mahu melakukan sesuatu secara berbeza dan sangat meminati fesyen.
"Dia memanggil kami, 'Trev dan Jen, apa pendapat kamu tentang sut ini?'
"Reaksi awal saya ialah, 'Kamu perlu berani untuk memakai sut itu.' Trevor pula berkata, 'Ya, kamu nampak seperti Catwoman. Teruskan, memang sesuai dengan diri kamu.'
"Nike sangat menghormati kami sebagai jurulatih kerana mereka mahu kami benar-benar selesa dengan rekaan itu.
"Pada akhirnya, kami mengutamakan prestasi, bukannya sekadar penampilan.
"Kami perlu memikirkan sama ada sut itu boleh membantu pelari menjadi lebih pantas atau sekadar gimik.
"Kamu perlu berani tampil di hadapan penonton buat kali pertama dan memenangi perlumbaan dengan memakai sut itu. Ia memang satu rekaan yang mencuri perhatian," kata Meadows kepada Athletics Weekly.
Keely pada awalnya merancang untuk memakai sut berkenaan ketika saingan Liga Berlian di London, namun menangguhkan penampilan sulungnya selepas mengalami kecederaan lutut akibat terjatuh ketika membuat persiapan menjelang kejohanan itu.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro13:15
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.