
‘Tahun depan agak mencabar, BAP RM800 sangat membantu’
Only social or community posts, or a single source.
What happened
KUALA TERENGGANU – Kenaikan insentif Bantuan Awal Persekolahan (BAP) kepada RM200 bagi seorang pelajar yang diumumkan kerajaan dalam pembentangan Belanjawan 2027 semalam rahmat besar buat ibu bapa terutama mereka yang mempunyai anak ramai. (Kosmo!, 20:00)
Read the reporting
1 report
‘Tahun depan agak mencabar, BAP RM800 sangat membantu’
KUALA TERENGGANU – Kenaikan insentif Bantuan Awal Persekolahan (BAP) kepada RM200 bagi seorang pelajar yang diumumkan kerajaan dalam pembentangan Belanjawan 2027 semalam rahmat besar buat ibu bapa terutama mereka yang mempunyai anak ramai.
Seorang ibu, Siti Jamilah Hanim Jamil, 42, berkata, BAP tersebut amat bererti bagi persiapan empat anak yang bakal berada dalam darjah dua hingga tingkatan empat pada sesi persekolahan tahun hadapan.
“Alhamdulillah, tahun hadapan, anak-anak saya akan mendapat keseluruhan RM800 berbanding RM600 pada tahun ini.
“Kenaikan kadar BAP ini tanda keprihatinan kerajaan Madani yang mengurangkan beban rakyat berikutan kos pembelian pakaian seragam dan peralatan sekolah yang kian meningkat tahun demi tahun,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.
Siti Jamilah Hanim berkata, persiapan sesi persekolahan tahun hadapan yang bakal bermula 4 Januari depan sebenarnya agak mencabar kerana terlalu dekat dengan bulan Ramadan dan sambutan Aidilfitri.
Penjawat awam itu berkata, sebahagian besar pemberian BAP tersebut akan digunakan untuk membeli pakaian seragam, kasut dan beg sekolah sekiranya perlu diganti serta buku rampaian anak-anaknya.
“Jika ada lebih, ia akan di simpan untuk melunaskan sumbangan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) secepat mungkin.
“Harap peniaga tidak ambil kesempatan menaikkan harga peralatan sekolah. Kalau boleh juga, agihlah BAP awal. Saya tiada halangan hadir ke sekolah untuk menerimanya,” katanya.
Sementara itu di Baling, penoreh getah, Mohd Asri Bakar, 44, berkata, dia sememangnya menantikan pengumuman Belanjawan 2027 dengan harapan lebih banyak berita baik untuk golongan B40 sepertinya.
“Anak saya empat orang dan tiga daripadanya masih bersekolah, seorang di sekolah menengah dan dua lagi di sekolah rendah. Jadi, bantuan awal persekolahan ini amat menarik kerana ada kenaikan. Elok sangatlah sebab harga barang keperluan sekolah pun tinggi,” katanya.
Menurutnya, kenaikan sebanyak RM50 itu sekurang-kurangnya dapat meringankan sedikit beban kewangan keluarganya, terutama dalam membuat persiapan persekolahan anak-anak bagi tahun hadapan.
“Pendapatan saya tidak tetap, jadi bantuan seperti ini memang membantu kami membuat persiapan awal persekolahan anak-anak,” katanya.
The post ‘Tahun depan agak mencabar, BAP RM800 sangat membantu’ appeared first on Kosmo Online .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Kosmo!) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsKosmo!20:00
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Kosmo!
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.