Malaysian Attention Engine
Live wire
57Momen anak-anak cium tangan sebelum pergi sekolah sangat berharga- Syed Saddiq52Sport : Record-breaking Zuhairie Delivers Malaysia's First Gold In Asian Para Games52Takiyuddin persoal asas Perlembagaan penamatan 10 Exco Negeri Sembilan52'Munafik' cetus kecoh di Dewan Rakyat51Wan Azri bebas tuduhan dakwa kerajaan ‘pro-Israel, pro-Barat’49Business : Economic Reforms Over The Past Four Years Have Strengthened Malaysia -- PM Anwar48Istana Selangor serah pada polis siasat menyamar pengawal peribadi Raja Muda Selangor451MDB wins appeal for fresh hearing on US$3.7bil judgment against Jho Low, father44General : Saifuddin Nasution To Lead M'sian Delegation To ASEAN Transnational Crime Meeting42Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi42Kes MyEG-Zetrix: 15 pegawai JPJ, bank dirakam percakapan41Business : Govt Continues Servicing Legacy Debt Including 1MDB's, Seeks To Reduce New Borrowing - PM Anwar
NewUnconfirmedupdated 1 h ago

Taiwan 'halau' 16 kapal China terbabit gangguan maritim

Only social or community posts, or a single source.

Attention
30
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 19 Oct, 14:21 MYTLatest activity 19 Oct, 14:21BMconfidence 60%

What happened

TAIPEI: Taiwan mengesahkan telah mengusir 16 kapal pengawal pantai, kapal penyelidik dan bot nelayan China yang melakukan gangguan maritim secara serentak di sekitar perairan kepulauan itu pada Ahad. (Berita Harian, 14:21)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·2 min read

Taiwan 'halau' 16 kapal China terbabit gangguan maritim

19 Oct, 14:21 MYT

TAIPEI: Taiwan mengesahkan telah mengusir 16 kapal pengawal pantai, kapal penyelidik dan bot nelayan China yang melakukan gangguan maritim secara serentak di sekitar perairan kepulauan itu pada Ahad.

Pengawal Pantai Taiwan dalam satu kenyataan memaklumkan jumlah kapal China yang mengambil bahagian dalam operasi diselaraskan itu adalah luar biasa besar, merangkumi kawasan sekitar pulau utama Taiwan dan Pratas, sebuah pulau yang dipertikaikan di barat daya.

Menurut kenyataan itu lagi, kapal-kapal China termasuk empat bot nelayan berkenaan menjalankan operasi serentak di pelbagai lokasi dan terbabit dalam perang hibrid.

Lokasi pencerobohan dikesan di luar pantai timur, selatan dan barat daya Taiwan, selain sekitar Pulau Pratas, dengan beberapa kapal China dilaporkan memasuki kawasan perairan larangan Taiwan.

Beijing mendakwa Taiwan sebagai sebahagian daripada wilayahnya dan turut mengisytiharkan bidang kuasa ke atas perairan di sekeliling pulau itu, satu tindakan yang ditolak keras oleh Taipei.

China juga sudah lama mengancam untuk menggunakan kekerasan bagi menguasai Taiwan.

Pertembungan pada Ahad berlaku selepas Pengawal Pantai Taiwan menggunakan meriam air terhadap sebuah bot nelayan rekreasi China berhampiran Pratas, di bahagian utara Laut China Selatan pada 1 Oktober lalu, yang mencetuskan reaksi marah Beijing.

Sebagai tindak balas terhadap pencerobohan terbaharu itu, Pengawal Pantai Taiwan menegaskan kapal-kapalnya telah mengambil tindakan tegas serta-merta untuk mematikan ancaman secara berkesan.

"China cuba mengubah status quo secara sebelah pihak di Selat Taiwan dan mewujudkan tanggapan palsu mengenai bidang kuasa mereka.

"Tindakan sedemikian hanya akan menimbulkan kemarahan rakyat Taiwan, dan Pentadbiran Pengawal Pantai mengecamnya sekeras-kerasnya," kata kenyataan itu.

Beijing terus meningkatkan tekanan maritim ke atas Taiwan sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Data rasmi Taiwan menunjukkan China menempatkan rekod 244 kapal pengawal pantai, penyelidikan saintifik dan kapal kerajaan lain di sekitar pulau utama Taiwan pada Julai, berbanding hanya 55 kapal pada Jun dan 30 pada Mei.

Angka itu bagaimanapun tidak termasuk kapal perang tentera China yang diatur gerak di sekitar Taiwan hampir setiap hari. – AFP

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow15:00
Latest 15:11 MYT
30New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source

Where it started

Berita Harian (News)
19 Oct, 14:21 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    14:21

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.