Malaysian Attention Engine
Live wire
47Pemandu tidak mengaku pandu berbahaya langgar Asiah45Business : Global Fuel Price Surge Pushes Up Electricity Generation Costs – DPM Fadillah43Remaja mati dipukul, diseksa, 14 termasuk dua bawah umur didakwa hari ini42Nahas helikopter FDS: Audit dedah tiga ketidakpatuhan sebelum nahas42General : Long Lellang Heli Crash: Preliminary Report To Be Tabled In Cabinet Tomorrow - Loke39Dua kapal berdaftar di Singapura ditembak di Selat Hormuz, satu tenggelam39Malaysia pertimbang anjur F1 secara berkala, kerjasama negara lain34Unit K9 tingkat rondaan di KLIA, tumpu waktu puncak33Kes bunuh Gurun: 14 termasuk dua bawah umur didakwa hari ini33Russia detains Japanese journalist on suspicion of spying31Business : Need For Generation, Grid Investment To Support Malaysia's Energy Transition - TNB31Zahid meets Chinese Vice-Premier in Beijing
NewUnconfirmedupdated 1 h ago

Tajaan PETRONAS cipta peluang, perkasa masa depan pelajar

Only social or community posts, or a single source.

Attention
31
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 15 Oct, 11:28 MYTLatest activity 15 Oct, 11:28BMconfidence 60%

What happened

Kuala Lumpur: Menerima tajaan pendidikan PETRONAS Memperkasakan Ilmu daripada ribuan permohonan bukan sekadar satu pencapaian membanggakan, malah menjadi pemangkin kepada pelajar untuk terus mengorak langkah mengejar kecemerlangan dan merealisasikan cita-cita. (Berita Harian, 11:28)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·2 min read

Tajaan PETRONAS cipta peluang, perkasa masa depan pelajar

By Mahani Ishak · 15 Oct, 11:28 MYT

Kuala Lumpur: Menerima tajaan pendidikan PETRONAS Memperkasakan Ilmu daripada ribuan permohonan bukan sekadar satu pencapaian membanggakan, malah menjadi pemangkin kepada pelajar untuk terus mengorak langkah mengejar kecemerlangan dan merealisasikan cita-cita.

Lebih bermakna apabila peluang keemasan itu diraih pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah (B40), kerana tajaan berkenaan bukan sahaja membuka laluan kepada pendidikan berkualiti, malah berpotensi menjadi titik tolak untuk mengubah masa depan keluarga dan keluar daripada kepompong kemiskinan.

Bagi bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Dol Said, Alor Gajah, Melaka, Tan Shew Moi, 18, tajaan PETRONAS itu ibarat mengangkat beban besar daripada bahu ibu bapanya yang selama ini banyak berkorban demi memastikan dia mendapat pendidikan terbai.

Beliau yang memperoleh 11A+ dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 kini mengikuti program A-Level dan menyasarkan untuk melanjutkan pengajian dalam bidang Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (E&E) di United Kingdom atau Kanada.

"Kerisauan utama kami sekeluarga mestilah dari segi kewangan. Apabila mendapat tajaan PETRONAS, kami sekeluarga amat berterima kasih atas peluang penajaan ini.

"Saya mahu menjadi orang yang boleh diharapkan keluarga dan jurutera yang berbakti kepada negara," katanya yang juga anak sulung daripada dua beradik.

Katanya, bapanya yang bekerja sebagai guru manakala ibunya suri rumah menangis kegembiraan apabila menerima berita permohonannya berjaya, apatah lagi penajaan itu adalah yang pertama diterima keluarga mereka daripada PETRONAS.

"Saya mula meminati bidang ini sejak belajar Fizik kerana bidang E&E sangat berkait rapat dengan kehidupan harian. Saya berharap dapat menjadi peneraju bakat bagi memenuhi keperluan kejuruteraan negara," katanya.

Harapan bantu keluarga

Sementara itu, Nurfarihah Alya Mohamad Bakri, 18, dari Setiu, Terengganu, berkata peluang berkenaan memberi harapan kepadanya untuk membantu keluarga yang mempunyai lapan adik-beradik.

Bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Kuala Terengganu (SESTER) itu kini mengikuti program Kejuruteraan Bersepadu di Universiti Teknologi PETRONAS (UTP), yang disifatkannya sebagai langkah awal untuk membina kerjaya yang stabil, selain membantu ibu bapa serta adik-beradiknya.

"Saya berharap mendapat pekerjaan stabil supaya dapat membantu keluarga dan memberikan masa depan lebih baik, terutama kepada tiga adik yang masih bersekolah," katanya.

Sementara itu, Maghilan Raaj A/L Kalaichelvam, 18, dari Kerian, Perak yang juga anak bongsu daripada tiga beradik, menyimpan impian besar untuk menjadi pakar seni bina cip sebelum membangunkan perusahaan teknologi seperti Intel atau AMD di Malaysia.

Pelajar SMK Panglima Bukit Gantang yang memperoleh 7A+ dan 3A dalam SPM 2025 itu kini mengikuti pengajian Kejuruteraan E&E di UTP berkata, bidang itu menjadi pilihan kerana ia paling susah dan mencabar.

"Saya suka perkara yang mencabar diri. Pada masa yang sama, saya ingin menjadi pakar seni bina cip dan merealisasikan impian bergelar usahawan dalam bidang teknologi.

"Saya juga mahu membalas pengorbanan abang yang menjadi tonggak keluarga mengambil alih bapa yang ditimpa ujian kesihatan dan mengetepikan kehidupannya demi keluarga. Saya berazam apabila bekerja nanti, saya akan tanggung pendidikan jika ada anak buah nanti," katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 33NEWnow12:00
Latest 12:21 MYT
31New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source

Where it started

Berita Harian (News)
15 Oct, 11:28 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    11:28

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.