Malaysian Attention Engine
Live wire
72Sekolah, institusi pendidikan di kawasan IPU lebih 180 tutup esok55Penubuhan RCI tidak jamin LCS siap segera – Khaled Nordin46Perbelanjaan pembangunan naik, lonjakan projek baharu belum ketara45General : Budget 2027: Health Allocation Must Speed Up Access To Treatment, Cut Waiting Times44General : MINDEF To Use Idle Military Land For Food Security, Veteran Welfare -- Mohamed Khaled44General : TH Depositors' Money Not Used To Fund PERKESO For Religious Workers - Zulkifli44World : Haze: Malaysia, Indonesia Discuss Joint Solutions43Pemancing terkejut jumpa bom mortar di tepi sungai41Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi40General : Sinkhole: JKR To Install Bailey Bridge On Gua Musang-Kota Bharu Road402 suspek curi kabel ditahan selepas kereta terbabas39Gaji minimum naik dari RM1,700 kepada RM2,000 - PM
NewConfirmedupdated 22 min ago

‘Tak berani saya sesatkan orang, moga Allah pulihkan iman dia’

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
35
no previous hour
Momentum
40
1 vs 0 mentions/h
Sources
2
2 mentions
Platforms
1
News
First detected 11 Oct, 13:38 MYTLatest activity 11 Oct, 15:42BMconfidence 68%

What happened

PETALING JAYA – Penerbit dan pengarah Erma Fatima terkejut selepas mengetahui pelakon wanita yang pernah menjayakan drama sensasi, Bidaah didakwa terlibat dengan amalan pelbagai ritual keagamaan, ramalan kad Tarot dan kepercayaan spiritual lain termasuk ajaran New Age Movement (NAM) sepertimana tular di media sosial. (Kosmo!, 13:38)

Read the reporting

2 reports
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·2 min read

Erma Fatima tak berani jatuhkan hukum isu ritual agama

By Affan Rostam · 11 Oct, 15:42 MYT

KUALA LUMPUR: Pengarah dan penerbit terkenal, Erma Fatima enggan membuat sebarang kesimpulan berhubung dakwaan seorang pelakon wanita yang pernah membintangi dua drama arahannya, Bidaah dan Walid, terbabit dalam ritual keagamaan bukan Islam yang mencetuskan perdebatan di media sosial.

Erma berkata, beliau belum mengetahui kesahihan dakwaan berkenaan, termasuk sama ada video yang tular sejak semalam benar-benar memaparkan kejadian sebenar atau dihasilkan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).

Justeru, beliau memilih untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menimbulkan tanggapan negatif terhadap individu terbabit, apatah lagi perkara itu menyentuh soal akidah.

"Saya tidak berani bercakap lebih mengenai perkara ini kerana kita tidak mengetahui kesahihannya. Kita pun tidak tahu sama ada video itu dijana AI atau benar-benar berlaku.

"Jadi, saya tidak mahu pandai-pandai menjatuhkan hukum terhadap sesiapa," katanya kepada BH Online.

Erma berkata, beliau tidak mahu terburu-buru membuat kesimpulan selagi tiada siasatan menyeluruh dilakukan bagi menentukan kesahihan dakwaan berkenaan.

Sebaliknya, beliau menyerahkan perkara itu kepada pihak berwajib, khususnya institusi agama, untuk meneliti isu berkenaan berdasarkan fakta dan maklumat yang sahih.

"Ini soal akidah, bukannya perkara yang boleh dipandang ringan atau sekadar berkaitan penggambaran. Saya rasa saya tidak layak untuk menjatuhkan sebarang hukum terhadapnya.

"Biarlah pihak yang sepatutnya, khususnya institusi agama, meneliti perkara ini. Saya juga tidak berani memberikan sebarang komen selagi belum mendapat maklumat yang sahih," katanya.

Mengulas dakwaan itu, Erma mengakui tidak pernah menyaksikan sendiri sebarang kejadian seumpama itu sepanjang menjalankan penggambaran bersama pelakon berkenaan.

"Saya sendiri tidak pernah melihat perkara seperti itu berlaku di depan mata. Takkanlah dia hendak melakukan penyembahan di set penggambaran saya," katanya.

Terdahulu, tular di media sosial gambar yang didakwa memaparkan seorang lelaki beragama Islam mengadakan ritual Thaipusam di Batu Caves bersama pelakon wanita terbabit.

Individu berkenaan turut didakwa terbabit dalam pelbagai amalan ritual keagamaan, ramalan kad tarot dan kepercayaan spiritual lain, termasuk gerakan New Age Movement (NAM).

Susulan isu itu, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan pihak berkuasa agama dilaporkan sedang menjalankan siasatan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

As published in Berita Harian’s feed.Read at Berita Harian

1 / 2 · arrow keys switch reports

Why it is new

  • 2 independent sources, 1 new in the last hour
  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 35first news pick-upNEWnow14:0015:00
Latest 15:46 MYT
35New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources2Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Kosmo!) source
  2. News
    First news outlet reports it (Berita Harian) source

Where it started

Kosmo! (News)
11 Oct, 13:38 MYT
Origin confidence 90% · 124 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Kosmo!
    13:38

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 2 established outlet(s): Berita Harian, Kosmo!

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (2)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.