
Takaful IKHLAS salur zakat perniagaan RM956,200 bantu golongan asnaf
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Takaful IKHLAS salur zakat perniagaan RM956,200 bantu golongan asnaf (Harian Metro, 14:32)
Read the reporting
1 report
Takaful IKHLAS salur zakat perniagaan RM956,200 bantu golongan asnaf
zatuliffah@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Takaful Ikhlas Family Berhad (Takaful IKHLAS), anak syarikat MNRB Holdings Berhad terus memperkukuhkan peranannya sebagai institusi kewangan Islam yang bertanggungjawab menyokong pembangunan ummah di Malaysia dengan menyalurkan zakat perniagaan berjumlah RM956,200 bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2025.
Inisiatif itu mencerminkan komitmen berterusan syarikat dalam menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi masyarakat serta memperkasakan kesejahteraan golongan asnaf melalui kerjasama strategik dengan institusi zakat di seluruh negara.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful IKHLAS General Berhad, Datuk Rudy Rodzila Che Lamin berkata, sebagai pengendali takaful yang berlandaskan prinsip ta'awun dan peka dengan tanggungjawab sosial, Takaful IKHLAS percaya bahawa zakat adalah instrumen penting memperkukuh kesejahteraan masyarakat Islam di Malaysia.
Beliau berkata, zakat perniagaan Takaful IKHLAS Family dan Takaful IKHLAS General pada tahun ini disalurkan kepada institusi zakat di Sabah, Kelantan, Kedah, Perak, Melaka dan Wilayah Persekutuan.
"Melalui kerjasama erat dengan institusi zakat di negeri berkenaan, kami dapat memastikan bantuan disalurkan kepada golongan yang benar-benar memerlukan, sekali gus memberikan impak lebih mampan kepada kehidupan mereka.
"Kami melihat penyaluran zakat bukan sekadar satu kewajipan tetapi sebagai pelaburan sosial yang mampu membantu memperkasakan komuniti, meningkatkan taraf hidup penerima dan menyumbang kepada pembangunan ummah secara menyeluruh.
"Ia juga menjadi sebahagian daripada usaha jangka panjang Takaful IKHLAS untuk menyokong ekosistem bantuan sosial yang lebih tersusun, inklusif dan mampan melalui pengagihan yang bersasar kepada komuniti yang memerlukan," katanya dalam kenyataan.
Pelaksanaan zakat perniagaan itu diselaraskan menerusi IKHLAS Barakah House (IBH) iaitu platform pengumpulan dan pengagihan dana patuh syariah yang diwujudkan bagi memperluas impak sosial syarikat.
Platform itu memberi tumpuan kepada lima bidang utama iaitu pembangunan ekonomi, kesejahteraan kesihatan, pemerkasaan komuniti, peningkatan pendidikan dan kelestarian alam sekitar.
Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan menerima agihan tertinggi iaitu RM313,649.60 daripada Takaful IKHLAS General dan RM68,830.40 daripada Takaful IKHLAS Family.
Selain itu, Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) serta Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman (LZNK) masing-masing menerima RM156,842.80 daripada Takaful IKHLAS General.
Zakat Melaka dan Zakat Perak Al-Ridzuan (ZAPAR) pula masing-masing menerima agihan zakat RM51,622.80 daripada Takaful IKHLAS Family.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro14:32
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.