
Takut dipenjara, bekas suami culas bayar sekali gus RM40,000 tunggakan nafkah
Only social or community posts, or a single source.
What happened
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki sekian lama culas membayar nafkah kepada bekas isteri, namun tiba-tiba mampu pula bayar tunggakan berjumlah RM40,000 sekali gus hanya selepas sedar risiko dihantar ke penjara. (Berita Harian, 13:49)
Read the reporting
1 report
Takut dipenjara, bekas suami culas bayar sekali gus RM40,000 tunggakan nafkah
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki sekian lama culas membayar nafkah kepada bekas isteri, namun tiba-tiba mampu pula bayar tunggakan berjumlah RM40,000 sekali gus hanya selepas sedar risiko dihantar ke penjara.
Perkara itu dikongsi Pengarah Kanan (Kehakiman) Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Abu Suffian Abu Yaziz berdasarkan pengalaman kes dikendalikan beliau ketika bertugas sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur.
Beliau berkata, kes berkenaan menjadi bukti alasan sering diberikan bekas suami ketika prosiding kononnya tidak mempunyai wang atau tidak berkemampuan untuk melunaskan tunggakan nafkah.
Bagaimanapun, katanya keadaan boleh berubah apabila kes sudah sampai ke peringkat pengkomitan dan mereka berdepan kemungkinan dikenakan hukuman penjara.
"Kebiasaannya kita sudah tahu trendnya. Apabila perintah tahanan ke penjara dikeluarkan, mereka akan takut dan akan cari jalan untuk buat bayaran.
"Ketika perbicaraan, mereka kata tidak mampu, tidak ada duit dan sebagainya. Tetapi apabila prosedur sudah sampai ke peringkat mahkamah hendak memerintahkan penjara, mereka akan bayar," katanya.
Situasi itu memperlihatkan cabaran dihadapi bekas isteri dalam mendapatkan hak nafkah yang sudah diputuskan mahkamah, apabila pembayaran tunggakan hanya dibuat selepas kes melalui beberapa peringkat penguatkuasaan.
Berkongsi perkara sama, Ketua Hakim Syarie Selangor, Nenney Shuhaidah Shamsuddin, mengakui ada kes di mana bekas suami hanya membayar tunggakan nafkah anak selepas berdepan tindakan penyitaan harta.
Bagi bekas suami yang mempunyai aset, katanya Mahkamah Syariah boleh mengambil tindakan penyitaan terhadap harta seperti kenderaan dan barang-barang alih, tertakluk kepada proses serta peruntukan undang-undang.
Bagaimanapun, beliau berkata tindakan penguatkuasaan tidak semestinya mampu menyelesaikan semua kes tunggakan nafkah kerana ada bekas suami benar-benar tidak mempunyai kemampuan kewangan.
"Situasi ini menimbulkan persoalan berbeza kerana matlamat utama tuntutan nafkah memastikan bekas isteri dan anak menerima hak mereka, bukannya semata-mata menghukum bekas suami yang gagal membuat bayaran.
"Bukan semua suami sengaja tak mahu bayar. Memang ada yang tidak ada duit. Jadi, bila sampai ke tahap ini, kita sudah selesaikan hiwalah (pemindahan tanggungan hutang).
"Hukuman penjara juga tidak semestinya menyelesaikan masalah sekiranya penghutang benar-benar tidak berkemampuan kerana matlamat utama pihak yang menuntut adalah mendapatkan nafkah yang diperintahkan mahkamah," katanya.
Dalam keadaan bapa atau suami benar-benar tidak berkemampuan membayar nafkah, beliau berkata undang-undang turut menyediakan ruang untuk tuntutan dibuat terhadap pihak tertentu dalam keluarga, termasuk bapa atau adik-beradik lelaki suami, bergantung keadaan dan peruntukan terpakai.
Katanya, mekanisme berkenaan pernah dilaksanakan, namun tidak semua pihak memilih jalan itu dan tidak semua keluarga mempunyai kemampuan untuk menanggung nafkah berkenaan.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian13:49
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.