Malaysian Attention Engine
Live wire
5412 rakyat Palestin, wartawan AS cedera dalam serangan peneroka Israel di Tebing Barat46Rodtang meriahkan Muay Thai LAGA 202641No, QR payments are not getting a service charge from Nov 1, says Finance Ministry4127 mangsa dipindahkan ke PPS SK Seri Penanti40Mayat bayi tanpa kepala, satu tangan ditemukan dalam longkang39General : Selangor KPDN Investigates 10 Complaints Of Suspected Water-mixed Petrol37Graduate pay must reflect skills, not location, says Ramanan36Gambar pelajar disunting guna AI jadi bahan lucah36General : Six Women Honoured At YTF Women In Technology Awards 202635Around 550,000 people take part in protests across France, about 400 arrested: minister35Enam warga Pakistan ditahan dalam serbuan di Kampung Nakhoda35Gagal capai KPI, wakil rakyat DAP berisiko digugurkan sebagai calon - Loke
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Tangan kiri lumpuh, pemuda masih degil tunggang motosikal tanpa lesen

Only social or community posts, or a single source.

Attention
18
−100% / 60 min
Momentum
19
0 vs 1 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 18 Oct, 11:32 MYTLatest activity 18 Oct, 11:32BMconfidence 60%

What happened

Tangan kiri lumpuh, pemuda masih degil tunggang motosikal tanpa lesen (Harian Metro, 11:32)

Read the reporting

1 report
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·2 min read

Tangan kiri lumpuh, pemuda masih degil tunggang motosikal tanpa lesen

By Nor Azizah Mokhtar · 18 Oct, 11:32 MYT

am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Biarpun tangan kirinya lumpuh akibat kemalangan dua tahun lalu, seorang pemuda berusia 21 tahun masih tidak serik menunggang motosikal walaupun berdepan risiko kehilangan nyawa.

Pemuda yang tidak memiliki lesen memandu itu antara lebih 800 penunggang diperiksa dalam Operasi Bersepadu Samseng Jalanan di Jalan Ampang, di sini, awal pagi tadi.

Ketika disoal polis, dia mengakui masih mahu menunggang motosikal atas alasan hobi, selain tidak menunjukkan rasa kesal walaupun pernah ditimpa kemalangan.

"Hobi," katanya ringkas ketika ditanya mengapa masih berminat menunggang motosikal meskipun mengalami kecacatan kekal pada tangan kirinya.

Pemuda yang belum mempunyai pekerjaan tetap itu turut memberitahu sering membantu rakannya membaiki motosikal kerana minat.

Dalam operasi sama, dua rakan berusia 21 tahun turut berputih mata apabila motosikal masing-masing disita selepas melakukan pengubahsuaian termasuk membuang brek belakang.

Seorang daripada mereka, Putra, dari Nilai, Negeri Sembilan, mengakui membelanjakan kira-kira RM5,000 untuk mengubah suai motosikal Yamaha 125ZR miliknya.

Putra yang mempunyai lesen memandu berkata, pengubahsuaian itu dilakukan secara berperingkat untuk kepuasan diri, selain menghasilkan kandungan media sosial.

"Buat untuk kepuasan diri, nak buat kandungan (media sosial).

"Serik juga bila sudah ditahan polis macam ini," katanya yang pertama kali dikenakan tindakan penguatkuasaan.

Rakannya, Hakim, 21, yang bekerja sebagai pembantu peribadi pula mengakui sengaja mencuba menunggang motosikal tanpa brek belakang selepas melihat trend pengubahsuaian berkenaan dalam kalangan peminat motosikal.

Hakim yang ke ibu kota dari Bangi, Selangor didapati tidak mempunyai lesen dan motosikalnya baru siap diubah suai dua hari lalu dan mengakui mahu mencuba hasil pengubahsuaian itu.

"Saya tengok ramai yang buang (brek belakang). Nampak kosong, ranggi dan kemas.

"Rasa takut juga sebab bila cuba bawa tadi, rasa lain daripada sebelum ini yang ada brek. Sekarang rasa menyesal dan janji tidak buat lagi," katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa, berkata kira-kira 800 kenderaan diperiksa dalam operasi bermula jam 3 hingga 5.30 pagi tadi.

Beliau berkata, lebih 60 motosikal disita dan kira-kira 300 saman dikeluarkan.

Selain itu, seorang individu ditahan mengikut Seksyen 108 Akta Pengangkutan Jalan 1987 berkaitan identiti motosikal.

"Hampir 90 peratus daripada kesalahan ini membabitkan pengubahsuaian motosikal yang tidak sempurna, termasuk brek, enjin dan ekzos.

"Selain itu, ramai penunggang tidak memiliki lesen memandu yang sah walaupun usia mereka sudah dewasa," katanya pada sidang media operasi berkenaan.

Mohd Zamzuri berkata, operasi itu membabitkan 80 pegawai dan anggota JSPT Kuala Lumpur dengan bantuan 12 anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) serta lima anggota Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

Beliau berkata, sebahagian penunggang juga didapati mengambil ringan risiko kehilangan nyawa, malah tidak mengendahkan nasihat ibu bapa.

"Rata-rata mereka yang kita soal secara lisan seolah-olah tidak sedar bahawa tindakan sendiri boleh mengakibatkan kehilangan nyawa.

"Mereka mengambil mudah bukan sahaja keselamatan diri, tetapi juga nasihat ibu bapa dan penjaga. Ada juga yang ditahan adalah remaja bawah umur," katanya.

Mohd Zamzuri berkata, ibu bapa perlu lebih tegas memantau kegiatan anak masing-masing bagi mengelakkan mereka menunggang motosikal tanpa lesen.

Katanya, semua motosikal yang disita dibawa ke Balai Polis Trafik Jalan Bandar untuk pemeriksaan dan tindakan lanjut, termasuk ujian bunyi oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS).

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow12:0013:00
Latest 13:09 MYT
18New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Harian Metro) source

Where it started

Harian Metro (News)
18 Oct, 11:32 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Harian Metro
    11:32

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.