
Tasik Bera ibarat ‘hidup segan, mati tak mahu’
Only social or community posts, or a single source.
What happened
BERA – Di sebalik kegiatan pencerobohan dan penerokaan Hutan Simpan Kekal Tapak Lembap Berkepentingan Antarabangsa (Ramsar) Tasik Bera, keadaan di tasik itu terus sunyi daripada kunjungan pelancong. (Kosmo!, 08:45)
Read the reporting
1 report
Tasik Bera ibarat ‘hidup segan, mati tak mahu’
BERA – Di sebalik kegiatan pencerobohan dan penerokaan Hutan Simpan Kekal Tapak Lembap Berkepentingan Antarabangsa (Ramsar) Tasik Bera, keadaan di tasik itu terus sunyi daripada kunjungan pelancong.
Ketiadaan chalet dan operasi di tasik itu menyebabkan ia terus sepi daripada aktiviti pelancongan sejak lebih 10 tahun lalu.
Berdasarkan tinjauan Kosmo! mendapati kawasan tasik berkenaan yang dibuka pada Sabtu dan Ahad begitu sunyi dengan keadaan chalet yang tidak beroperasi.
Keadaan ini juga menyebabkan lalang memenuhi kawasan chalet yang baru dibina dan tiada kemudahan yang tersedia untuk pelancong ke situ.
Difahamkan kawasan itu dibuka semula pada Februari lalu sempena sambutan Hari Tanah Lembap Sedunia 2026 sebelum kembali sepi apabila tiada operator yang mengendalikan kawasan chalet berkenaan.
Air tasik dilihat jernih, namun di sekitar kawasan laluan dan jeti ia kelihatan sangat cetek sehingga jelas menampakkan dasar tasik.
Seorang pelancong tempatan, Aina Ahmad, 48, dia membuat keputusan memasuki ke Tasik ini ketika dalam perjalanan dari Bera menuju ke Muadzam Shah.
Katanya, berdasarkan pandangannya tasik ini sebenarnya mempunyai keunikan tersendiri dan boleh dibangunkan sebagai pusat pelancongan terkenal.
“Namun saya kecewa kerana ia seakan terbiar sepi, dan tiada kemudahan sesuai seperti tandas dan juga kafe untuk pelancong bertandang, malah tiada apa-apa aktiviti yang ditawarkan.
“Saya lagi kecewa apabila mendengar berita kawasan hutan tasik seindah ini telah ditebang dan digantikan dengan sawit,” dakwanya.
Dalam pada itu seorang pemancing tempatan yang dikenali sebagai Wan berkata, dia kecewa kerana gagal membawa hasil tangkapan selepas separuh hari berada di tasik ini.
Katanya, dahulu banyak ikan dapat ditangkap di tasik ini termasuk ikan berkualiti seperti tapah, namun kini amat sukar untuk memperoleh tangkapan.
Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Pahang, Leong Yu Man berkata, operasi chalet di kawasan itu masih belum dibuka sehingga kini.
Katanya, kejadian pokok tumbang sehingga merosakkan chalet sebelum ini menyebabkan pembukaan kemudahan di tasik itu tertangguh sehingga kini kerana melibatkan pelbagai perkara termasuk pembaikan.
The post Tasik Bera ibarat ‘hidup segan, mati tak mahu’ appeared first on Kosmo Online .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Kosmo!) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsKosmo!08:45
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Kosmo!
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.