Malaysian Attention Engine
Live wire
5412 rakyat Palestin, wartawan AS cedera dalam serangan peneroka Israel di Tebing Barat46Rodtang meriahkan Muay Thai LAGA 202641No, QR payments are not getting a service charge from Nov 1, says Finance Ministry4127 mangsa dipindahkan ke PPS SK Seri Penanti40Mayat bayi tanpa kepala, satu tangan ditemukan dalam longkang39General : Selangor KPDN Investigates 10 Complaints Of Suspected Water-mixed Petrol37Graduate pay must reflect skills, not location, says Ramanan36Gambar pelajar disunting guna AI jadi bahan lucah36General : Six Women Honoured At YTF Women In Technology Awards 202635Around 550,000 people take part in protests across France, about 400 arrested: minister35Enam warga Pakistan ditahan dalam serbuan di Kampung Nakhoda35Gagal capai KPI, wakil rakyat DAP berisiko digugurkan sebagai calon - Loke
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Tatu Siam punca diganggu lembaga hitam

Only social or community posts, or a single source.

Attention
31
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 18 Oct, 11:12 MYTLatest activity 18 Oct, 11:12BMconfidence 60%

What happened

MEMPERBANYAKKAN amal ibadah dan melakukan amalan berlandaskan agama untuk mendekatkan diri kepada Tuhan menjadi usaha Amir (bukan nama sebenar) bagi melupakan kesilapan yang pernah dilakukannya sebelum ini. (Kosmo!, 11:12)

Read the reporting

1 report
Photo: Kosmo!
Kosmo!·News·BM·3 min read

Tatu Siam punca diganggu lembaga hitam

By FADILA AWALUDIN · 18 Oct, 11:12 MYT

MEMPERBANYAKKAN amal ibadah dan melakukan amalan berlandaskan agama untuk mendekatkan diri kepada Tuhan menjadi usaha Amir (bukan nama sebenar) bagi melupakan kesilapan yang pernah dilakukannya sebelum ini.

Tidak dinafikan, darah muda yang mengalir sewaktu remaja membuatkan Amir lupa tentang halal, haram dalam agama sehingga mendorongnya membuatkan keputusan salah.

Katanya, perkara itu sudah berlaku beberapa tahun lalu, sewaktu dia bercuti bersama beberapa orang rakan ke Thailand.

Disebabkan terlalu teruja dengan budaya warga setempat, Amir mengambil keputusan untuk mencacah tatu kecil pada bahu kirinya.

Bukan sekadar tatu biasa, tatu tersebut dipenuhi simbol dan tulisan yang sukar difahami secara mata kasar.

Masakan tidak, tatu tersebut dibuat oleh seorang sami yang arif dalam menghasilkan tatu tersebut kepada warga setempat dan pelancong.

“Saya buat sekadar suka-suka dan fikir boleh dipadam semula jika tidak suka. Kawan yang menemani untuk membuat tatu itu juga tidak menghalang dan mengatakan akan baik-baik saja.

“Ketika tatu itu dibuat, saya tidak mengalami sebarang kejadian misteri sehinggalah pulang ke rumah. Waktu itu, saya mula berasa ada yang tidak kena,” katanya kepada CitaRasa.

Kongsi Amir, sehari selepas pulang ke tanah air, tatu yang dicacah pada bahagian bahu kiri mula berasa panas dan berdenyut.

Sesekali, Amir akan berasa sakit pada bahagian itu seperti dicucuk-cucuk jarum sehingga mengganggu waktu tidurnya.

“Disebabkan rasa sakit, saya kerap berjaga malam dan kadangkala akan terdengar seperti ada suara bisikan dalam bahasa yang tidak pernah saya dengar di telinga.

“Suaranya kedengaran seperti berbisik dan ada waktunya saya melihat seperti ada kelibat lembaga hitam yang tidak jelas rupanya di rumah.

“Awalnya, saya fikir hanya khayalan, tetapi apabila kerap perkara itu berlaku, saya menjadi semakin bimbang.

“Ini kerana bayangan hitam itu semakin kerap muncul, begitu juga dengan suara bisikan,” katanya.

Disebabkan tidak tahan dengan kemunculan kelibat lembaga hitam itu, Amir mula mengambil pendekatan untuk mendapatkan rawatan Islam.

Setelah diteliti, Amir difahamkan bahawa gangguan itu berpunca daripada tatu Siam yang sebenarnya mempunyai makna mistik tersirat.

Katanya, tanpa amalan atau bacaan tertentu, tatu tersebut mungkin akan ‘makan tuan’ dan mengganggu kehidupan individu tersebut.

“Beberapa kali saya menjalani rawatan Islam. Setiap kali menjalani rawatan, bahagian tatu itu akan berasa sakit dan saya akan mendengar bisikan bersuara garau dalam bahasa tidak saya ketahui.

“Kadangkala, suara garau itu seperti berteriak dan kedengaran menyeramkan sehingga membuatkan saya takut. Badan berasa panas dan tidak selesa.

“Perkara itu berlarutan sehingga pada suatu malam, kelibat lembaga hitam itu menampakkan diri dalam bentuk makhluk yang menakutkan dengan rupanya gelap, kulitnya seperti hangus terbakar dengan matanya kemerahan.

“Disebabkan terkejut, saya demam hampir seminggu sebelum membuat rawatan laser kulit untuk memadam tatu tersebut selepas ustaz mengesahkan tatu itu sudah boleh dipadam,” ujarnya.

Ujar Amir, kemunculan makhluk hitam di depannya merupakan kemuncak kepada episod misteri yang dialaminya, sebelum keadaan menjadi seperti biasa.

Katanya, suara bisikan yang mengerikan dan makhluk hitam itu sudah tidak muncul sejak tatu tersebut dipadam sepenuhnya.

Disebabkan itu, dia menasihati anak muda supaya jangan mudah terperdaya dengan amalan dan budaya masyarakat luar yang tidak diketahui fungsi serta kesannya.

“Insiden ini secara tidak langsung membuatkan saya lebih mendekatkan diri dengan Tuhan dan memperbanyak amal ibadah, serta tidak mudah percaya dengan perkara yang jelas bertentangan dengan agama Islam.

“Tidak sangka, niat saya yang awalnya hanya suka-suka, berubah menjadi ‘bencana’ disebabkan kekufuran iman,” katanya.

The post Tatu Siam punca diganggu lembaga hitam appeared first on Kosmo Online .

As published in Kosmo!’s feed.Read at Kosmo!

1 / 1 · arrow keys switch reports

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow
Latest 11:34 MYT
31New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Kosmo!) source

Where it started

Kosmo! (News)
18 Oct, 11:12 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Kosmo!
    11:12

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Kosmo!

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.